Friday, August 28, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan...uhh, agak terlewat saya publish entry ni, maklum la bz skit lately ni menyusun menu berbuka dgn mama! ahahahaa... nak mkn mcm2 tp kena bertapis itu ini, sume selection ada jer yg tak kena... biasa la, aku faham kenapa mama begitu cerewet dgn makanan org dlm pantang. tapi tetap dia bagi jugak bila aku wat muka kesian. ahakss! hari ni dah 40 hari pun, puasa pun ON macam biasa, alhamdulillah aku diberi kekuatan dan peluang untuk beribadat, makanya tak perlu mengganti puasa (harap2 la)... dani dah mula diberi susu botol kala siang hari, tp masa lepas mandi jer, pagi n ptg... dia ni set bantai ja apa yg diberi rasanya, tk pulak menolak or memilih or keliru puting... mlm2 mmg syok berkepit ngan ibu. best part is dani dah faham waktu tido dia, mlm2 mmg tak berjaga dah aku ni.... lega. tringat lagi masa memula lahir, dia mmg berjaga mlm, ada la dlm 2weeks aku jd burung hantu ngan dia. hahahaaaa... si kakak pun faham kami seisi rumah puasa, siang2 mkn nyer sikit ja... sbb dia tau, bila maghrib baru kami makan ramai2 dan sgt meriah. damia pun pulun! hmmm.... menu mama macam2 dia masak, and abah pun selalu bwk balik mcm2 kuih dr bazar... adik2 pun top up jugak ikut selera masing2, dan paling best, sume licin! ini puasa ke apa ni... ish ish ish.... hmmm... k la, apa pun semoga kita sume diberi hidayah dan keberkatan sempena bulan yg mulia ni. AMIN.

Friday, August 21, 2009

My kids!! (cewah....dah ramai woooo...)

Rasa meriah hidup! ni baru dua orang, tapi aku dah rasa tak cukup tangan dah, and macam 24hours tu kena extend lagi beb... hahahhaaaa... besa la budak baru belajar jadi mak2 ni. hmmm... layan jer la pics mereka, si kakak dgn aktiviti hilangkan kebosanannya coz lack of my attention kot... jenjalan keliling rumah maktok, kepak bunga raya then suh aku letak kat tocang dia... dah ala2 cina bukit pun ada gak aku tengok! hihihihi... sian anak dara aku tu. sabar ye, sempena bday ayah n hari merdeka nnt kita pi la mana2 sat hilangkan penat lelah n bosan menunggu ibu habis pantang ni. hari2 cerita jalan2 pegi hotel jer. letih dengar tau! and lil bro dgn happy faces sbb celebrate birthday bulan nya... hahahahaa...kejap ja dah 1month old! badan dah semangat and aku rasa lenguh2 gak la bila pangku susukan dia. agak2 dah 4kg kot, silap2 lebih dah pun! cool... tak lama lagi aku pun nak merdeka jugak... alhamdulillah aminnnn..

Tuesday, August 18, 2009

Change of plan

Huh...fenin222...ditelan mati emak, diluah mati bapak. cenni la aku rasa skrg. Ada 2 manusia penting dlm hidup yg punya pendirian tersendiri, dan aku rasa aku serta anak2 tersepit di antara mereka. hmmm... ada ka patut aku kena rasa centu? tapi ini yg aku rasa sekarang. finally the time has come and force me to think about all this. ok... anak dah 2... all this while damia sorang di jaga my mother in law, pergi pagi balik ptg. all of us... me, hubby and the rest of my ipar duai agreed that dah sampai masa mak berehat dr jaga budak2 kecik ni... sesekali nak tinggal for emergency cases tu lain la, but not to be looked after as her daily routine. she has her own good things to do... and enuf rest at her age is important too. i suggest to hubby untuk ambil maid, if really mak rasa tak sampai hati untuk biarkan cucunya dijaga Indon... boleh jer kita hantar maid pagi2 ngan anak2 pegi rumah mak. at least mak boleh monitor sambil berehat2. maid boleh buat keje2 rumah untuk mak. Tapi lain pulak dgn hubby... dia tanak ada stranger tinggal sekali dalam rumah kami. if ada maid, dia nak maid duduk dgn mak jer, pagi2 kami hantar anak2 ke sana. that was his plan, but mak pulak tk setuju. dia pun tanak org luar dlm rumah dia! adussss..... fenin gueee... hubby ni jenis rajin turun padang, menolong ringankan beban tugas aku di rumah. so he claimed that as long as dia boleh buat, why we need outsiders to help? hmmm... ini la masalahnya, aku pulak fikir nak spend quality time with family after working hours kan. if ada helper, boleh la rehat sambil tengok anak2 yg cepat membesar tu... setakat nak masak aku boleh buat la... tapi hubby ni agak cerewet orangnya, biar dia susah2 kemas sume tak per, asalkan dia puas hati dgn hasil kerja dia. mmg hasil kerja dia memuaskan pun, itu aku tak nafikan! a credit to him. Berbalik pada cerita mak tadi... bila dia tanak helper tinggal ngan dia, and at the same time nak jaga cucu2 sendiri at her age, cemana pulak? segan la kat sedara2, apa pulak kata mereka nanti... tak habis2 nak bebankan mak, penat lelah org tua tu sebab jaga anak2 aku... even depa tak cakap, tapi kita kena faham la sendiri. may be mak pun nak jalan2 pi rumah anak2 lain jugak, main ngan cucu2 lain jugak ker... we have to think wisely, kena baca fikiran orang juga... jgn pentingkan diri sendiri. tapi if mak tanak helper temankan dia kat rumah, means... kena ada orang lain temankan dia, other wise mak kena duduk sorang2 ja... bahaya jugak! Seperti lazimnya, warga emas tak kan nak tinggalkan rumah sendiri, melainkan kalo betul2 dah tak berdaya... so anak2 kena la ambik turn balik duduk dgn mak, macam yg kami sekeluarga buat selama 5 bulan lepas. tapi kali ni aku tak pasti cemana cara yg terbaik untuk temankan mak, harap2 hubby and the siblings boleh buat satu keputusan yg sewajarnya! semoga mak tak rasa or fikir yang bukan2 tentang 7pasang anak menantu dia... jgn la ada sekelumit pun rasa kami semua tak sanggup nak jaga mak. nauzubillah. mintak ampun awal2 dekat mak.... huhuhuuu... Semalam b4 hubby bertolak balik KL, dia cakap nak hantar anak2 ke nursery ja! hal mak dia nak urus dgn adik beradiknya. GULPPP!!! nursery??? sejarah damia ke nursery masa umur 10bulan mula berlegar2 dalam kotak fikiran aku ni. owh!! fengsan cenni.... ok cool down... damia mmg aku pun nak suh dia masuk school, tapi dani??? sekecik tu hantar ke nursery??? baru nak masuk 2bulan??? oh mee oh my..... boleh ka aku hadapi sume nih? kuat ka aku nak serahkan baby sekecik dani ke tangan org lain seharian? Ya Allah... berilah aku petunjuk! hubby ajak balik KL rite after aku lepas 44days, need my help to look around, check, survey, interview and etc. pasal nursery yg sesuai untuk kami hantar our kids. kat mana aku nak tuju nih... ishh... serabut dah kepala otak aku. so sementara nak tunggu raya, sempat la test hantar bebudak tu seminggu lebih centu, at least bila aku dah nak masuk office tak la risau sgt dah... cemana ni... hati aku benar2 cuak, otak aku sungguh sesak! H1N1 pun tak nampak tanda2 nak pulih lagi... mai pulak penyakit2 lain nanti... tau2 saja la nursery kan. So guys, if you know mana2 best nursery around kota damansara, bandar utama, tmn tun or tropicana area yg rasa2nya bagus, boleh di harap and yg penting bersih...tolong la inform me. mahal pun tak per la, aku sanggup ikat perut demi anak2 yg baru nak kenal hidup ni. saat2 cenni aku rasa tak de yg lebih berharga melainkan kesihatan dan keselamatan zuriat2 yg telah aku lahirkan.

Saturday, August 15, 2009

jom layan!

Teruja tengok segala2 yg cute and kecik ada pada baby! sumenya boleh buat aku geram nak geget2 jer rasa! pastu dah pandai buka mata besar2 and tunjuk aksi tido ala2 ultraman tiga! seronok tengok aksi2 dia tido, macam2 gaya ada... hmmm... kejap jer budak2 ni akan membesar, sedar tak sedar dah dekat sebulan menjengah dunia ni. and aku pun dah tak kuasa nak menghitung hari lagi, naik lunyai kalendar kat umah mama ni aku kerjakan. hahahahaa... sabar sabar sabar...

Tuesday, August 11, 2009

Help.....Gulp!!!

Semangat berpantang aku makin down! Tolong! Tolong! Kenapa kali ni rasa bosan teramat sgt nih… sungguh tak keruan dah aku ni hidup mcm org sakit. Masa damia dulu… yer la, 1st timer kan, so sanggup apa sahaja, sume arahan mama aku terima dgn redha… takut n risau perkara2 buruk menimpa kalo langgar pantang… adoi! Kali ni belum pun sampai sebulan, aku dah rasa rimas… bab mkn minum aku mmg takder masalah, coz aku mmg tk kuat makan. Belasah jer apa yg mama sediakan.
Tapi bab kena total rest, tak leh buaiihh22 tu yg aku jadi rimas tu… may be dah rasa kuat sikit, kira nak cergas jer la… mama menjeling2 jer, nak pulak aku dah mula ngadap lappie ni hari2! Tapi setakat jelling ja lagi sbb tak lama sgt kot 2hours centu ja per day. Tapi sesekali dgr gak dia perli aku! Hahahahaa….
But, seriously aku sgt rasa bosan and terkurung. Aku tak mintak la nak merayap pi mall ke apa, tapi aku rasa nak hidup mcm biasa jer, tak payah la sume perkara nak kena slow motion, mandi ayaq suam…weiii…hangatnya rasanya badan nih! Pehtu kena pakai stoking, mmg sgt hangat weiii…. Pehtu malasnya aku asik kena rehat, baring, bgn bertungku, makan, buh ubat sana sini… uiishhh! Takpa takpa… janji sihat noooo… ayat2 pujuk diri sendiri nih, hari2 aku doa kasi cepat putaran masa, cepat la jengah 44 hari… hari 45 tu aku nak merdeka! Ooowhh… hhhmmmm… sadis tul rasanya hari2 yg aku lalui saat ini.

Emosi betul....

Mengharung detik waktu saban hari sepanjang tempoh berpantang mendidik aku jadi lebih penyabar… tahap kesabaran yg tinggi diperlukan bagi melayan kerenah si kakak yg inginkan perhatian, rindukan gurauan ayahnya dan seiring perasaan kecamuk antara sayang dan cemburu dgn kehadiran orang baru. Walaupun damia tk meragam or menangis or demam or etc, namun sayu terpaut di hati aku setiap kali dia tanya ayah mana, kenapa ayah tak balik lagi, ayah work jauh sgt ker…lamanya ayah nak balik… kesian dia, mmg kami anak beranak tak pernah berjauhan lebih dari 2,3 hari, kira ni percubaan pertama. So lepas ni hubby boleh la ke Dubai ke Bahrain ke nguruskan project kat sana dgn tenang…b4 this dia selalu takut nk lalui pengalaman jauh dr anak isteri…ehhheee…(konon la…memula jer) ahaks!

Dani masih kecil untuk memahami erti rindu sebegini… in fact aku rasa rindu aku tak terzahir, sbb kena berlakon kuatkan semangat untuk kaburkan perasaan damia. Sesekali air mata ni tumpah jugak, especially bila bangun tgh malam susukan dani, sempat aku usap2 kepala anak dara aku tu… pernah sekali dia minta aku peluk dia sambil tido sedangkan time tu aku tgh susukan dani! Bila aku reply, “kejap lg ibu peluk2 mia ok, skrg ibu susukan adik, sian bby lapar” dia berpaling and terus trtido tanpa sempat aku peluk2 dia… sampai hari ni bila aku tringat peristiwa mlm tu rasa nk nangis jer! Sedih terpaksa hampakan permintaan si kakak yg mmg tak pernah kurang dgn perhatian tu. Sebenarnya aku ada satu rasa yg sgt pelik yakni aku mcm rasa kekok n tak tau cemana nak bahagikan kasih sayang ni… selalunya kita focus, cintakan suami, kasihkan keluarga dan sygkan anak nan sorang. Ketiga2 pihak ada caranya cemana kita kongsi kasih bersama, tapi ni tambah lagi satu anak, aku rasa serba salah… rasa kesian kat damia, rasa dia mcm bawa diri, rasa dia mcm kecil hati bila someone else steal the lite from her! Though dia tak rebel, tapi aku rasa dia mesti terasa punya! Mana dia reti nak cerita kan… kesian la… series aku rasa serba salah, aku rasa sgt terkilan bila dia kena bertolak ansur dgn situasi skrg… tak boleh nak entertain dia immediately. Sayu hati ni bila tengok dia main basikal sorang2, main toys pun tak meriah, baca buku pun tak der mood, muka bosan, pastu tunggu ja adik2 aku balik kerja untuk melayan dia… bila dia org kena OT ke apa ker sampai ke malam, mula la dia tunjuk rebel, kacau adik la…buat bising la, kacau maktok demand mcm2, nak itu nak ini, nak susu, nak mandi iishhh….segala! bingit telinga aku yg kdg2 buat rasa nak marah ja si damia tu. Tapi aku faham kenapa dia jadi centu. Diam tak diam, hari ni dah 23hari aku berpantang, dan dah 12 hari kami 3 beranak berjauhan dari ayah. So far everything under control, dan damia sibuk hitung jari tunggu ayah nak balik this Friday! Yey!! Tapi he’ll be leaving again on Tuesday pulak, boleh ker damia terima perpisahan ni lagi sekali??? Adoi…jgn kali ni jadi parah sudah la, tinggai 2weeks jer lagi, then boleh decide nak balik KL kejap or stay terus sampai raya…malas la nak travel ulang2 ngan budak kecik lagi… kesian n letih!

Sunday, August 9, 2009

Dani Iskandar ~ his arrival...

As expected, my son ni nak datang on the dot as per his due date. Pagi Subuh July 20th, aku mula rasa contraction makin kerap. Inform my hubby to be on stand by, I have a very strong feeling that this contraction bukan false alarm lagi. He decided not to go for work and we both went straight to PMC. Mujur memang tgh shift DR Wan, so tak perlu nak tunggu lama. I’ve been warded around 1pm, bila check baru bukak 3cm je…rupanya hasil kerja “jalan2 buka pintu” aku since last Saturday cuma dapat buka 1cm je…huhuuhu…after short discussion, DR decided to induce me, lembutkan dinding rahim since my contraction makin kerap tp not strong enuf to open up the way. At the same time I took pain killer injection to help me relax and only feel the contraction yg quite strong jer, mild one tk rasa sgt…ya Allah ease the pain a bit from me…uhhuuhuu…air mata ni bergenang jer, tk tau nk ckp cemana, hubby pun sama, tk tau nak tolong cemana…dia urut2 jer belakang aku, fening2 loya nak muntah sume siap.

Around 4pm, she examined me one more time…baru 4cm bukak, but I’m getting tired already wit the pain. Dia pecahkan air ketuban, tengok warna dah lain macam jer… rupanya baby dah start po-poo kat dalam tu. Have to hurry before the condition become more complicated. When they pull me to the labour room, macam2 feeling datang…gerun terkenangkan saat lahirkan Damia, tapi aku kuatkan semangat jugak. Hubby kat sebelah tak putus2 bisik ke telinga aku…sayu tengok muka cemas dia yg agak mabuk darah tu, tapi untuk bg semangat kat aku dia gagahkan diri. At last lepas 2jam lebih bertarung dgn kesakitan to the max inside the labour room, dah habis tenaga untuk grand finale, terpaksa la DR vaccum my baby, other wise boleh lemas ke apa ker…nauzubillah…

Keluar je baby aku dah tak baper sedar apa yg berlaku kat sekeliling. Tapi hubby citer aku mmg tak larat giler smpai doctor tunjuk bby pun aku tak pandang dah siap bagi isyarat tangan suh tunjuk kat dia jer…yer ker? Mmg aku tak sedar langsung beb! Bila masa kena jahit ker cuci ke ape ker, dah rupa kena operation jer, walhal tadak sapa bg bius pelali pun...DR ckp condition aku lemah sangat... Tau2 jer dah settle sume, tunggu untuk sedar semula then baru tolak ke ward. Hmm…sampai ke bilik, aku sambung tido lagi…bangun dekat jam 10, baru rasa lapar sume…makan, then teringat yg aku tk tgk baby lagi since dia lahir! Huhuuhuu…tak sempat nak breast feed dia saat dia nangis dahaga bertarung nak kuar jenguk bumi ni…intercom nurse minta hantarkan baby kejap. Baru la dapat belek n peluk n cium n tengok my newborn son itu.

Leganya…tapi memandangkan condition aku still lemah, doctor advise total rest the whole nite, esok pagi baru kuat betul…lagi pun baby still trauma untuk menelan sebarang cecair yg masuk ke mulut dia due to agak2 hampir lemas dlm perut aku tadi…dia Cuma diberi drip jer, kalo bg susu or air pun dia simpan jer kat tekak tak telan2. Agak merisaukan di situ. The next day kami tk boleh balik lagi, aku slowly mampir ke nursery and cuba2 breast feed dia…agak kecewa coz he refuse to give any action or positive feed back…tido jer, kesian tgk tiub2 berselirat tu. After lunch aku melawat dia lagi, this time dia nangis, so amik kesempatan untuk breast feed dia, lapar kot…agak dlm 20mins dia kemam jer, then baru cuba2 give feedback…yey! Esok boleh balik la cenni….hahahhaa…true enuf, after a few hours nurse dtg hantar bby suh bg lagi susu, we had a special bond attach on the 2nd day…so sweet…DR Tan the pead dtg examined baby then she released us on the next day, Alhamdulillah…tak sabar2 rasanya nak balik rumah. Damia dtg visit n sgt teruja bl tengok baby sambil mulut dia tak henti2 berceloteh…”baby dah kuar ker? ibu dah kurus ker? Tak demok22 lagi?” ahhahahaa…budak itu, soklan mauts untuk ibu. Tapi sian dia, 2mlm tido ngan nenek asik terjaga cari ayah ibu…mana pernah berenggang mlm2 ngan kami…mesti ada salah sorang. Bila nurse sume Tanya dia apa nama baby, dia ckp “baby Damia ler, apa lagi!” then kami pun disclose the actual name to her…adik ni namanya Dani Iskandar…panggil adik baby Dani ok? Pastu mula dia sebut2 ja nama adik dgn cara dia “Nanishkandar” apa2 saja la Damia…janji ko tau itu adik ko….hahhaaahhaa…

Saturday, August 8, 2009

Main cikgu2...

This pic was taken on final weekend before I gave birth to my son… melayan Damia main cikgu2 is quite fun n funny as well. Tapi yg merunsingkan aku ni bukan apa, she refuse to go to school! Sesungguhnya everytime tanya n pujuk n nk upah mcm2 dia tetap tanak pergi. She prefers to stay at nenek’s place and watch her favorite cartoon one after another. Dunno wat has stop her interest to go to kiddy and etc… hmmm… cemana ni, next year no matter wat she has to start schooling… turning 4 anyway. So my approach rite now is trying to make her love the school environment, create some fun stories and give her colourful set of pen n colors… hopefully she enjoy seeing n using all that… but… apa yg aku nampak, she enjoy doing wat she likes, ask me to read story books, enjoy learning and repeating wat I’ve taught her… playing pretend game… she became a student, n I’m a teacher... nampak positive jugak, tapi bila tanya tetap tanak pegi school… haru biru cenni! Tengok2 lastly bila dia bosan, kaki naik atas meja, pehtu conteng buku sepuas hati! Ha… best giler centu, baru thrill skit… Harap2 dia boleh la tukar sikit fikiran tu bila sampai masa untuk ke sekolah. Risau aku ni, bukan apa tapi she really has to go, other wise cemana aku nak pegi keje? Me n hubby da plan nak pull her out from nenek’s place, ganti dgn my newborn son. Kesian nenek tak larat nak belek kedua-dua sekali… dah la si Damia ni sgt aktif orgnya. Tak pun hantar kedua-dua sekali ke nursery! Full stop.

Related Posts with Thumbnails