alhamdulillah... tat kala entry ini di published saya dah pun melangkah hampir ke sebulan berpantang. tapi semua pic and huraian ni saya buat sikit2 la mengikut idea dan sumber yg ada pada hari kejadian. okeh, meh sini nak share bab2 berpantang ngikut amalan turun temurun dari arwah nenek dan sekarang mama saya yg take the lead. tp ada skit upgrading part la ngikut kesesuaian zaman dan jugak logika.. hihihihii.. nak jugak gaduh ngan org tua2 ek :P
sengaja nak buat entry ni, mana tau kot2 ini kali terakhir saya update bab2 mengandung, bersalin & berpantang kan. *wink*wink* tp kalau ada rezeki sy tk tolak yer kawan2! tak pun sekadar journal utk adik2 & anak2 saya refer nanti, dan juga utk sy sendiri...mana tau kot tetiba saya kena jaga org bersalin, boleh la jadikan panduan sikit sebanyak kan.
amalan2 wajib sy seawal pg (tp tk la gelap2 subuh nun - sy tk rajin sgt bangun awal, hehehehe...) lepas sarapan, mandi air rebusan daun2 utk panaskan dan segarkan tubuh (biasanya campuran daun serai wangi, daun inai, daun pandan) dan bertangas muka dgn air daun inai yg baru mendidih tu kita guna wap dia la...ala2 sauna gitu! mmg segar dan kembali merah muka kita yg pucat lesi akibat kehilangan byk darah kan. huhuhuu..
pehtu boleh bertungku selama 1jam (1/2 jam fokus bahagian perut, 1/2 jam lg bahagian badan yg lain) ini kira my feveret aktiviti sbb sejuk2 dingin dapat peluk batu tungku yg panas2 suam tu sgt la heaven okeh! boleh ja nk terlena balik. keekkeke ngelat kan... nak pulak kalo baby pun joint tidoq sekaki. mmg layan! :)
sarapan sy pulak di minggu2 awal adalah biskut kering cicah milo or kopi O. wahh... tp tk la satu mug penuh, sy kurang minum air2 manis. dpt secawan kecik pun dh cukup. selebihnya air suam panas la yg diterima tekak. bila dah masuk minggu2 seterusnya kami upgrade skit sbb dulu2 mana ada sume ni, mmg mama kata dia mkn biskut kering ni sampai la 44hari. sian weh. so, utk zaman sekarang ni, sy mula cari cornflake ngan milo ke susu ke or roti pound bakar sapu mentega. supper pun ada tau, but sy suka minum nestum ja habuan tenaga nk tarik selimut kata mama. hehehee... simple ja, so sy sediakan sendiri semua nih.
masuk jam 11.30am sy dah bersedia utk lunch. timing bergantung kepada bila mama siap masak la. kdg lewat skit kdg awai. ini menu wajib seminggu pertama dan kedua berpantang, lunch n dinner ini la yg saya hadap. selalunya dinner dalam 7-7.30pm centu la. before dinner tu bertungku dulu dalam pukul 6pm centu la selepas mandi ptg. so nak tak nak kena makan jugak la kang lapar. pehtu memandangkan takde sayur2 berkuah maka digantikan dengan ulam segar i.e pegaga or buah sunkist utk kasi serat and mudahkan pergi toilet! :P
.

nasi panas tabur lada hitam, jeruk halia, ikan kering talang goreng ngan bawang, serai
.
masuk 3rd week boleh la nak berkuah2 sikit... tp tk la makan mcm taruk sup. sekadar nak bagi rasa2 skit ja kat nasi putih tu. ikan talang tu goreng mcm biasa taruk bawang, serai, halia, pehtu mama buatkan rendang asam. bukan rendang hari raya okeh! :P actually kuah dia tu taruk asam jawa ja and kasi rasa pedas2 sikit taruk cili kering. tp cili kering tk leh makan lagi, risau luka2 dalaman belum cukup pulih kang pedih lak perut tu. sekadar sebagai perisa dalam kuah ja. huhu.
.
nasi panas tabur lada hitam, jeruk halia, rendang asam ikan talang.
.
dalam 3rd week juga badan dah rasa kuat dan sihat skit, nampak cergas dah mula la nak jalan sana sini dalam rumah kan! :P so menu pun harus la berubah utk memberi tenaga tambahan. kekeekekeke... but ikan kering talang goreng masih menten. cuma ada tambahan sayur2 berkuah. tp bukan tumis or goreng. rebus2 ja. dan dlm kuah tu taruk serai, halia, bawang, cili merah, tabur lada hitam sikit. sedap weh rasanya dari kuah sayur biasa. tak cayer cuba try test buat tengok! yuummmeehh! sayur2 pulak terdiri dari sayur hijau mcm sawi n bayam. so far tk pulak aku nmpk sayur lain mama masakkan. mmg 2 jenis ni ja pun.
.
nasi panas tabur lada hitam, ikan kering talang goreng, sayur rebus
.
nasi panas, ikan gelama goreng bawang, kerabu & sayur rebus.
.
sambil tu mama sulam2 kan dengan kuah pindang dan ikan basah pun dah boleh makan. yeeehhhaaa! ikan goreng sedappppp bila panas2. pehtu ikan terpilih lak tu, yakni ikan merah, ikan kerisi, ikan gelama, ikan senangin, ikan tenggiri. nasib sume pun sedap2. layan aaaa aku makan kan! walllaaahhh.... kalo dah buat kuah pindang (guna kunyit hidup) or sup maka sayur tk dihidang. takkan nk goreng lak, tk sesuai! kalo nk dikuahkan lagi pun byk sgt menu berkuah nih, so kita match kan dgn ulam segar. yg wajib adalah pegaga mau kasi rapat2 balik apa yg dh longgar. **aagagagaga**
.
nasi panas tabur lada hitam, ikan merah goreng, ulam pegaga, kuah pindang
.
ada satu menu special yg saya suka iaitu nasi daun lemuni dan nasi daun inai. (click link utk resepi menu yerrr) sume nasi2 herba ni baik utk kesihatan lepas bersalin tau. mmg tiap kali berpantang mesti mama bikin nasi ni utk saya. macam nasi lemak gak, tp dia tk la taruk santan. kang kembung perut ibu dan bby yg menyusu. so lawannya ikan kering talang gak tpi dibuat sambal yg ala2 ja nak bg rasa2, bukan mcm saya dok mcm sambal tumis selalu2 tu. nehi nehi nehi.... mama buatkan juga ala2 kerabu campuran ulam2 pegaga, cemumaq, mengkudu tp tak la guna kerisik. gaul2 ngan awas2 halia, bawang, serai n cili merah yg ditumbuk halus then taruk asam jawa ja. hhmmm... jadik la kan kerabu ala2. :)
tapi kali ni sbb berpantang di bulan puasa sepenuhnya, maka sy amat la terliur dgn segala bahan makanan dan kuih muih utk berbuka. tapi ditahan2 jugak la nafsu ni. masa awal2 puasa tu mmg mama buat kering ja bila tgk aku terliur2 ni. (padan muka i!) tapi bila dh nk dekat sebulan ni boleh lak menu2 ditapis2 bg la saya rasa sikit sebanyak. antara yg sy dapat makan ialah home made nasi ayam sbb semuanya rebus2 ja, and sup pun mama taruk extra serai, halia n lada hitam. so mama jamu la anak sulong dia nih. pehtu bengkang roti pun dia bg sy bedal sbb katanya ok. so sy ikutkan saja. kekekekee.... alhamdulillah rezeki!!
.
ada hari nak kasi hilang boring makan nasi ja (sbb sy bukan hantu nasi weh) so mama goreng kering bihun hailam with extra lada hitam. dlm bihun tu tk taruk apa2 special kecuali daging ja. tu pun dh cincang2 halus. risau lambat hadam katanya kang pegi toilet susah pulak. bila dapat jamah bihun goreng hailam mmg bertambah2 saya nih. laju ja menyuap! heaven sehhhhhhhh.
sesekali bila adik2 beli makanan ada gak rasa teringin nk makan. tp bwk2 la sedar diri... but mama sporting! dia bg ja saya cicip skit apa yg patut sekadar lepaskan hajat. dpt rasa semulut dua pun jadik la. time2 gini bebudak kt umah ni pulak suka ja order pizza la, beli kfc la... adeh, kalo hari2 biasa kita sendiri dh muak, tp bila dlm pantang sume jd lahhhhzzzaaatttt bangat!! so dpt la secuit rasa. hehehehee...
last but not least saya turut menggunakan ubat2 jamu utk wanita lepas bersalin. setakat ni 2produk yg saya pernah cuba iaitu mustika ratu dan sendayu tinggi. but nampak gayanya set bersalin Amme 60days dari sendayu tinggi lebih memberi keyakinan pada saya. so utk anak ke-3 ni pun saya ulang guna produk sendayu tinggi. simple dan mudah, cuma sbb sy dah ada amalan & menu2 berpantang seperti di atas, badan dh cukup panas kan. jamu yg saya makan tk la ngikut sukatan, saya kurangkan la. kang cirit birit lak bby. berpatut padan la.
tak per, drag ja ubat tu selagi ada sampai lepas pantang pun ok. and my routine yg tak tinggal2 sejak dulu iaitu pergi bersauna kat spa adalah sgt penting utk bulan2 awal selepas berpantang. kan letih menjaga anak kecik tgh2 mlm bangun menyusu bagai, so aktiviti sauna ni sgt membantu saya release kan kepenatan, stress keje dan sekaligus bg badan & otot2 rasa ringan ja. lega sangat rasanya. hhhmmm... ok till then, enjoiceeeeeee.... *wink*wink*
.
.
p/s : amalan ini bukan menjamin 100% result utk kurus, tapi sekadar mengikut kaedah dalam pantang sejak dulu kala yg diamalkan dlm keluarga saya utk kembali sihat dan cergas serta konsep berhati2 semasa 44hari berpantang. ianya juga tidak seragam, mengikut kepercayaan dan amalan diri serta keluarga masing2. ada juga yg boleh belasah ikut suka ja nak makan or buat apa2 pun ketika berpantang dan resultnya masih sihat dan kurus juga. wallahualam. semoga kita semua berada dlm peliharaanNya. AMIN.





































