Wednesday, December 28, 2011

....in my dream....

"akuuuuu...inginkan dirimu.... ~lalalalala~" "andainya engkau...kumiliki.... ~lalalalalala~ haaiiihhh, bait2 lirik lagu yg tk berkenaan ni pusing2 dlm kepala. cemana nk ikhtiar nih. cemana nk lawan kehendak dari keperluan nih. cemana nk kawal nafsu yg membuak2 nih. *istifar* aduhaiiiii. selalu insyaAllah la kan, apa terlintas bakal berkunjung jatuh ke riba. knowing my hubby yg pemurah n gila ngan gadjet2 maka aku adalah pembantu makmal eksperimen dia utk mengetahui best ke tak sesuatu gadjet baru tu kan. tp ini kali aku benar2 kepingin ini. benar2 jatuh chenta sejak hari mula dilancarkan. beberapa bulan lalu. namun sekadar cakap dlm hati. sekarang sudah terluahkan. tapi lain pulak jawapan diterima. maka aku akan terus bermimpi dan mampu berangan... ya. itu sahaja. hhmmm.... gitu la.

- Posted using BlogPress from my iPad ..yours truly, ~ietafakyra~

Wednesday, December 14, 2011

weekend di lost world.... lagi.

salam readers...
ya. weekend dh lepas, tp saya masih nak bersiaran cerita weekend kami. :p lokasi dah bosan sbb agaknya selagi suami saya bekerja dgn syarikat ini maka sunway lagoon n lost world akan menjadi routine lokasi berehat saban tahun bila sume tmpt menarik dh penuh. hhhmmm....adeh. tk jemu, seronok tengok anak2 enjoy...tp mak bapak ni letih nk jalan pusing taman tema. besaq. aging factor i guess, coz si anak2 berlari sakan mcm tadak masalah stamina at all. so utk kesekian kalinya kami melepak di lost world of tambun, ipoh lagi. tk perlu ulang tayang pica yg sama la kot. bikin berat blog saja hehehheee...
org ramai sempena cuti sekolah kan. plus hotel lost world pun dah di buka. ya. ini project ibu pulak. sambil melawat site sambil minum ayaq. tp tk dpt bookg sini sbb dh penuh, so sewa ja kt apartment berdekatan. senang cerita.puas berjimba di theme park, esoknya berterjun tiruk di kolam renang rumah sewaan itu. kali ni sy rendamkan si dayyan sekali. kt theme park dia tk mandi, risau pencemaran air kolam dan treatment klorin tahap dewa sbb ramai giler org yg dtg kan.
syok kami berendam 1jam, bawak dia naik rumah. tinggal la damia dani n ayah ja teruskan sukan air mereka. siap mandikan budak bobok ni dgn hot shower, sy lap kering2, pakaikan diaper dan balut dgn selimut tebal sbb bilik beraircon. dengan pesanan "ibu mau mandi yaaa... kamu duduk dendiam kejap." dlm 8minit kemudian. ya betul...8minit ok. saya siap mandi, keluar n tgk dia sudah nyenyak tidur tanpa berbaju dan bersolek. tenang. sunyi. sejuk. sedapppp... bikin ibu geeerrrreeemmmmm bangat! kamu seperti ulas durian kucing tidur ya nak! alhamdulillah. sekian kisahnya. :)
.
.
- Posted using BlogPress from my iPad
..yours truly,
~ietafakyra~

Saturday, December 10, 2011

raja hebatku rebah!

6.30pm. ibu sibuk memasak utk dinner. tp suara nyaring anak2 bermain diluar dpt ibu dengar jelas butir bicaranya. seronok mereka ya. dunia penuh keriangan. senyum ibu sendirian bila bait2 perkataan si dani iskandar sangat pelat, cuba menarik perhatian ayah.
"ayah!! kenok ni ayah! kenok ni!"
apa saja yg nak ditunjukkanpada si ayah. mcm2 peel dia sekarang ni, aja ja idea nk curi perhatian ramai. mmg 2nd child syndrome sgt ketara sejak dh ada adik ni. tp kami semua enjoy melayan dia, even kdg2 a bit geraaaammmmm!!!
tiba2 kedengaran tangisan kuat lagi bingit suara hero kecil ku itu. cepat2 ibu perlahankan api dapur dan berlari ke hadapan, tertinjau2. risau. harus!
"kenapa sayang? ya Allah! kenapa ni???!!"
"uuuwwaaaaa....nani jatuh kongkang kat kolat,uuuuwwaaaaa!!!"
ibu ketap bibir sekuat hati agar tidak pecah tawa berderai! pandangmuka ayah pun nampak sangat dia menahan gelak, mata bersinar tersenyum. kesian hero ibu, notty2 lasak2 garang2, bila sakit nangis sakan eh. n bahasa pelatnya bikin kasihan jadi kelakar! adoooiiii....
korang faham? kongkang (longkang) kat kolat (solat = surau) rupanya dia jerit2 tadi panggil ayah suruh kenok (tengok) tu nak tunjuk skill jalan berundur. tapi kaki tersilang pulak. kesudahannya terjun longkang sekelip mata. Nasib baik sungguh malaikat sambut elok, tk cedera apa pun. jerit ja kuat. propa. tp comot sebelah badan bersalut air longkang. kekekekee....dani owh dani!
.
raja hebatku bersama si kakak konon2 insaf sekejap tanak lasak2 panjat sana sini...takut jatuh lagi. hhhmmm... yer la tu. senyap sunyi jap rumah ibu bila dua beradik ni layan tgk movie sama2 yg adakalanya jadi rakan dan juga lawan. muahhss!
.
.
- Posted using BlogPress from my iPad
..yours truly,
~ietafakyra~

Friday, December 9, 2011

karangan tanpa judul

menunggu kepulangan anakanda bertiga, sambil menghirup udara petang di halaman rumah adalah perkara yg sgt jarang dapat dibuat sekarang. rutin selepas jam kerja bermaksud terus "bekerja" smpai semua penghuni rumah tidur diulit mimpi. baru selesai. tp ptg tadi saya dapat berehat gara2 hubby ajak dating di kedai mamak. klasik!! sbb aktiviti wajib tu pun dh lama tk buat sejak kebelakangan ni. well... td lepas berjimba ngan teh tarik, sy terus balik. hubby g amik anak2 dan sambil tunggu mereka sy posing sorang2! ahhahahaaa... camwhoring sendirian. ok. layan. muka comot berminyak. shawl pun serabut pusing ke mana dah. tapi tk kira, nk meregeh gak! ah ah ah ah ah...
.
.
.
.
- Posted using BlogPress from my iPad
..yours truly,
~ietafakyra~

Wednesday, December 7, 2011

janji pada diri....

8400ml EBM in stock. :)
.
alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat dan limpah kurnia rezeki mu. amin! sekarang dayyan akan masuk 5bulan another 2weeks. dan bekalan EBM utk dia adalah mencukupi sehingga cecah 6bulan nanti. tempoh exclusive bakal dilepasi sudah. so my next target is up to 1y.o. sungguh teruja dgn rezeki yg Allah kurniakan utk dayyan. sungguh bersyukur dgn izinNya saya sgt berdisiplin dlm memastikan stok susu ni berkekalan. walau panas hujan kilat guruh petir gelombang bagai sy tetap akan pump setidak2nya 2x sehari, tapi sebaik2nya setiap 3jam sy cuba sedaya mungkin!
selebihnya BF direct sedari dia pulang dari nursery sampai la esok pg sebelum ke nursery lagi. mmg kat rumah dia totally dapat nikmat susu ibu panas2 gitu. hahahaa... infact bila dia dgr suara saya pun dia dh mula gelisah mencari di mana ibu utk bagi dia susu! sian, mesti dia sgt tidak puas kan tp sbb terpaksa jugak minum frozen/fresh EBM thru bottle siang2, dia pasrah la. if not lapaq satgi weiiii... semoga usaha murni saya ni dipermudahkanNya. semoga perjalanan kami anak beranak nak achieve target seboleh2nya sampai 2thn berjaya. amin amin amin!
.
. wajah hero di pagi ahad wat bunyi bising2 kejut ibu bangun. H-E-A-V-E-N!

Monday, December 5, 2011

december kita....

aduhai...cepat tul masa kan. thn baru Islam dh pun mula. ni thn baru omputih lak. bulan january thn baru cina lak. gitu... semua2 nk berthn baru aaa. :) btw as usual aku suka ujung2 thn gini, bukan per, nk x'mas ni sale dia best2 skit! serba serbi menariks. dari baju ke kasut ke handbag ke brg2 merapu merepek, ke brg2 sekolah anak... dan mcm2 ke lagi la kan! sume sale. sale sana. sale sini, sale situ. sale sinun, jenuh pekin duit tera nk sampai ke thn baru punya gaji. tak pun hutang kad kredit aku time ujung2 thn cenni la nk melambung, bayaqqqqq balik. hhhmmm.... jenuh! tk serik2 nk utang. :)

terjebak! tera dok kata tkmo shop till u drop lg dahhhh... since most of every wiken aku meronda mengangkut itu ini, semlm aku wat lagi. jahat tul nafsu serakah! tp nasib baik hat penting n best n sgt berbaloi n juga menggembirakan yg tercinta. 3years in a row aku terjebak ngan my very dior campaign nih. time hujung thn jugak la perfume hbs, foundation hbs, perfume hubby hbs *n wat muka sedih bila tunjuk botoi kosong....* tp lipstik tu aku teraddict. galak laaaaa... tk pa tk pa kira reward la keje keras sepanjang thn. n oso nk penaik smgt keje utk thn baru. katanyaaaaa.... >_<

- Posted using BlogPress from my iPad
..yours truly, ~ietafakyra~

Sunday, December 4, 2011

test post pic! :p

naluri ibu tersentuh tiap kali tgk pic ni. wajib share!! tenang ja wajah dia. even tgh berlakon bersolat, namun nampak bersahaja dan macam betul habis. gaya tu dah cukup buat ibu rasa bangga. dgn iringan doa bila dah cukup umur nanti dani tk liat nk tunaikn kewajipan yg satu ini... mesti buat dgn rela hati ya nak, walau tanpa ibu dan ayah di sisi. amin!

.

.

- Posted using BlogPress from my iPad
..yours truly,

~ietafakyra~

testing yollsss...

salam ollss... test post frm me. lama blog ni sunyi eh. sadis!!


- Posted using BlogPress from my iPad

..yours truly,
~ietafakyra~

Wednesday, November 9, 2011

salam aidiladha...

salam olls... masih terasa ek saki baki seronok beraya? as for me n whole family, raya korban kali ni sgt simple. yg kami utamakan ialah ibadah akikah untuk baby dayyan. next year baru kita wat korban pulak utk dayyan. and if ada rezeki lebih & dah alang2 dayyan pun nak buat korban, kami target nak repeat buat for the whole family terus. insyaAllah. moga Allah perkenankan doa kami ni. seawal pagi sibuk siapkan anak2, damia & dani follow ayah ke masjid sesama ngan MIL and my other ipar duai utk solat raya & takbir. syahdu. rindu mama & my family kt kedah. tk kira la raya apapun, aku tetap tk tahan dengar takbir raya. adeh! pehtu aku lak bersiap kemudian tunggu dayyan bangun sbb dia pun nk ke masjid usai solat raya. lembu akikah adalah yg pertama nak dikorbankan. dayyan mesti tengok ini semua. nanti bila dayyan besar ibu akan ceritakan balik sbb dayyan surely tk ingat kan. hehehehee... btw sangat ramai. infact bangla2 pun ramai turun padang membantu pakcik2 tumbang lembu seekor demi seekor. kami tunggu sampai lembu ke-4 ja sbb dah panas sgt, risau dayyan demam pulak.
.
budak bedob suka sengih. final pic b4 kepala kena mesin :)
.
haaa... amekkaw! my lil'sumolah. alhamdulillah. lega tengok muka bulat dia. hihihii
.
bila dh balik umah hubby sibuk nk botakkan kepala dayyan. hhhmmm... sedih gk sbb tk dapat buat majlis cukur jambul macam dani dulu. bukan nk besar2 pun, tp seronok beramai2 jamu makan daging akikah dia tu. byk faktor menghalang & juga kekangan masa sebenarnya. plus MIL pun tk berapa nk kuat mcm dulu lagi. nak buat kt umah sendiri hubby rasa tk best lak sbbnya kawan2 MIL yg ada group berzanji, marhaban semua. jenuh la jugak nk suh depa mai perform kt damansara nih. boleh. tp leceh. so dia decide tak perlu la. ada masa & rezeki nnt kita wat ja kenduri doa selamat. ok la... huhuhu. janji yg wajib tu selesai. nawaitu yg penting kan. alhamdulillah. amin.

Tuesday, November 8, 2011

i heart DQ!!

sungguh teruja. segala angan2 ngada2 kami berempat jd kenyataan. tak sangka sikit2 lama2 jadi bukit. tak terjangka akan pergi sejauh ini perniagaan on9 n kecil-kecilan kami. jadi sekarang target mesti dinaiktaraf. dulu cuba2. sekarang mahu makin serious. dulu suka2. sekarang no turning back! semua pun pakat setuju buat sesuatu jgn separuh jalan. insyaAllah we can grow with DramaQueen'sCloset.
walau 1 of the partner DQ fitriah dah migrate to Vienna, kami tetap berhubung. dunia tanpa sempadan tk pernah jarakkan kami berempat. seorang lg pun DQ kak pah di utara sedang bertungkus lumus belajar di peringkat sarjana, namun masih mampu memberi kerjasama sebaik mungkin. aku & DQ haliza ja running here in KL to do most of the ground work. it is not easy juggling in between family, house chores, professional career and daily routine. but we have proven it can be done. but life is full with ups & downs. so no matter what it takes, we believe in each other, and believe our faith planned by Allah.
.
.
.
this pica taken from Utusan Malaysia.. hik hik hik... me on media! ciwi tengok muka sendiri eh even sipi2 ja nampaknya haaa... btw more stories from DQ blog & also Utusan on9 ok!
semoga kami makin sukses pada masa akan datang. semoga segala perancangan menjadi kenyataan. semoga persahabatan kami kekal ke akhir hayat. berkat doa & sokongan semua yg terlibat secara langsung atau pun tidak, hatta yg sedang membaca coretan ini pun aku dah rasa cukup berterima kasih yg tak terhingga. hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian. so jom kawan2 kita pakat2 like page DQ kat FB, follow blog DQ dan sekaligus membeli belah baju2 DQ yeahhh. insyaAllah hanya yg terbaik dari kami utk anda semua. amin.

Tuesday, November 1, 2011

hatinya berbunga riang!

salam ollssss... hepi tuesday yeah! nak share skit kerenah anak bujang saya semlm. kisahnya a few days ago kami dinner @McD n kebetulan mlm tu hujan. so saya pakaikan bby dayyan snow cap risau kena tempias hujan ka apa kan. knowing McD punya aircond pun boleh tahan sejuk maka saya pun tk teragak2 aaa kan serkupkan si comel debob itu.
nampak dek dedani bobok maka dia kejelesan sudahhhh. tapi dia faham cap tu tak muat di kepala pun. tup tup kakak pun nak pakai cap barbie dia. dani ja tadak cap. muka sedih. sian lak. adeh. pakaikan cap princess kakak yg dah tk muat tu. kepala dani mmg celuih la lagi kan. tapi princess gitu. apakah! belasah ja la utk malam tu ja pun.
then semlm ptg lepas balik keje saya tgk hubby bawak masuk 1 bungkusan. belek pi belek mai saya tengok ada cap hijau celoreng army tp gambar mickey mouse. utk si dani katanya. balik dari nursery ja bukan main sakan melompat happy la ensem boy ibu tu. makanya kecoh la rumah dgn jeritan seronok nyaring dia tu. disuruhnya kakak damia pakai cap jugak. disuruhnya ayah amik cap adik tp sbb ayah malas nk naik atas, maka ayah sarungkan cap princess kakak ja kat adik (sbb cap tu ada di bilik bawah :P) haiiisshh. then nak happy kan dia jugak ayah pakai la cap HRC yg ibu beli from vietnam tu. tinggal la ibu sorang2 tk bertopi sbb tgh masak.
"ala... tian ibu. ibu tak kakai (pakai) cap. ibu kakai kudun (tudung) ja lah" hahahahaa.... pelat ja dialog dia kan!
then hubby pun serkupkan kepala saya dgn cap lama dia. bukan main seronok la dani jerit sbb semua org pakai cap sama ngan dia. muka dia sgt ceria. SANGAT!! bercahaya mata dia. suara tk payah citer aaa, agak2 satu taman leh dengar kot.
"kamer (sama) kan! yeyyy... semua kakai cap kamer kan!!!"
.
.
aduhai sayang. ibu rindu sgt sama kamu even very the notty with 2nd child syndrome.*ngeee*

Monday, October 31, 2011

my happiness now & forever!

~quick summary of 3 precious diamonds in my world~
.
damia... on her concert day. turun ibu dah ni, tak malu nak aktif segala aktiviti sekolah! ah ah ah...
.
.
dani... high imagination in his own world, while playing cars. "car parking & car jammed" katanya!
.
.
dayyan... 3mos lil' baby bam bam. life mode : sleeping gorgeous!
.
.
.
and not to forget, the best diamond ever to create previous 3 precious germs, hiihihihi... my mr botax! i lebiu han.

Friday, October 28, 2011

mi casa.

rumahku syurgaku. cewah ayat! tapi mmg la. there is no other place like home. segala kasih sayang cinta rindu segalanya terkumpul di sini. jauhkan la sifat benci dendam marah dan segala yg negatif itu dari rumah ok. baru la aman tenteram bahagia sentosa. insyaAllah.
alhamdulillah setelah siap semua reno works, usai saja raya aidilfitri saya dah pun balik ke rumah "baru" :P ahhahahaa... cas mcm beli rumah baru la pulak! but anyway entry ni bukan nak kongsi segala cerita perihal reno umah... **sigh** tp nk highlight sikit ja hasil dari konsep yg dipersetujui bersama, sbbnya... ha... ada sebabnya weh. dlm banyak2 section dlm rumah selalunya org suka bilik tidur kan... ala2 romantik gitu, mcm bilik hotel lagi ek... ada pulak mak2 yg set suka bahagian dapur. sbbnya most of her time spent cookg/baking/food deco/catering la apa sume kt dapur tu la kan.
but as for me on top of apa yg saya dah plan kan kat keseluruhan rumah utk memenuhi konsep rumahku syurgaku, ada satu section yg sgt bermakna dalam hidup. hehehehe... tempat yg penuh dgn aktiviti & kasih sayang tanpa sempadan is my family living area which is located on the 1st floor. ;) nak tau kenapa... sbbnya saya maidless. and insyaAllah akan kekal maidless selagi hayat dikandung badan, dan selagi berkudrat utk melaksanakan tugas2 di rumah dgn 2 tapak tangan ni. and of course dgn bantuan hubby yg sangat la rajin itu. *malu i* kekekeke....
.
.
konsep yg kami pilih ialah ruang lapang dgn perabot minimal sesuai dgn aktiviti anak2 yg masih kecil, senang nak main lari2 ke sana ke mari n also "putbal" bak kata dani. (paling2 utk max. sehingga 5thn akan datang) saya dedikasikan keseluruhan kawasan untuk lepak2 di sofa empuk kalau nak membaca, main2 gajet or baring2 manja. ada carpet gebus bantal besar & kerusi pusing2 ngadap tv area. boleh golek2 juga. at the same time meja belajar & cabinet buku di suatu sudut sesuai utk anak2 buat homework secara berjemaah.
.
.
dan saya. ya. apa peranan saya. di mana tempat letaknya diri saya. hehehehee.... biasanya sy melepak kt tikar hijau ni la. tikar plastik pvc lembut beli kat giant. hahahaha... ini sebenarnya play mat dani, ada laluan jalanraya n image of small town. boleh la dia tolak2 gheta ka moto ka bekho ka... ikut laluan jalanraya yg terlukis tu. sesuka dia la nk main apa kat situ. saya boleh pilih untuk duduk dgn anak2 sambil pantau apa jua aktiviti mereka. sambil tu mata menjeling ke tv, tangan sibuk iron baju2 & sangkut di tempat yg dikhaskan. atau boleh pilih nak lipat kain baju. atau pun boleh juga nak duduk belajar/main dgn dani sambil pantau damia buat homework. but selalunya saya tgk dani respect kakak dia wat homework. dia main pun diam2 n ckp sorang2 dia ja. paling2 pun dia sibuk nk menulis kat whiteboard. esok2 peel dayyan saya tak pasti la. harap2 dapat beri kerjasama yg baik juga ~weeeee...
.
.
.
saya suka konsep ini. sbbnya byk perkara penting yg saya boleh selesaikan dalam satu2 masa. maka dgn harapan baju2 boleh diseterika segera dan kain tk bertimbun menggunung lama2. tapi of course la ngikut tahap kekalutan sedia ada. budak2 ni ada hari elok, ada hari tantrum. so give and take. apa2pun anak2 is my priority.
saya suka share kerja harian dgn anak2. even tk suruh depa buat, tp depa tengok. lama2 depa tiru. memang bahaya kalau sebagai contoh tgh iron baju anak datang terpa ke apa kan. mintak dijauhkan semua yg buruk itu. but yes, sejak dari kecil. sejak dari baby saya mmg akan berkerja depan anak2. kalo hari yg mereka sgt tidak boleh tolerate buat perangai pelik2 ja saya back off & hanya akan ngadap apa saja demand mereka itu. jadi alhamdulillah anak2 faham bahaya di depan mata. setakat hari ini dani & damia dididik begitu. semoga dayyan juga boleh terima konsep maidless ini. hihiihihii...
.
.
apa yg saya belajar dari anak2 ialah mereka nak tumpuan. walau sibuk mana ibu & ayah, kami tetap akan pastikan kediaman sentiasa bersih & kemas utk kesihatan & keselesaan anak2 jugak kan. kalo bukan kita yg buat, siapa lagi. anak2 bila tengok...depa pun akan ikut, bukan sekarang & immediate... tapi bila kita tak tengok. n bila kita pesan. insyaAllah if tak 100% ikut, but paling2 pun akan terbuat jugak kan... ok, sampai ketemu lagi. babai.

Thursday, October 6, 2011

working mode : activated

*propa semata2* hahahaaa....
.
tapi memang sudah seminggu yg lalu aku masuk bekerja setelah 2bulan stgh melepak di rumah kan. semangat yg suam2 kuku kejap ada rasa kejap tadak rasa mau kerja. tp bila fikir2 balik dgn paksaan ion2 positive yg masih bersisa dlm badan ni aku gagahkan jugak menceriakan kotak fikiran ni utk terus menyumbangkn khidmat bakti kpd syarikat. bukan apa, nama kata rezeki Allah dah tulis di sini, maka harus redha. kena ikhlas, jgn curi tulang. tp kalo dah siap kerja boleh ja nk main internet. ahakss! kekekekee...
.
~sisi keanakanku... syok sendiri! kekekeeke~
.
so sambil2 nak amik mood kerja tu kena la ceria2 sat kan. baru wat keja laju skit. baru hati seronok2, otak pun ligat, tangan pun tangkas la siapkan apa yg patut. alhamdulillah, hidup masih diteruskan seperti biasa walau rutin bertambah dgn adanya ci kenet yg baru nih. insyaAllah segala urusan akan terus dipermudahkan. Amin.

Thursday, September 22, 2011

raya yg ketinggalan... :(

sesungguhnya saya tk beraya dlm istilah beraya yg afdal pada thn ini. mood ke laut. sy lebih utamakan yg wajib. di pagi raya bersalam dgn semua ahli keluarga, kemudian balik ke kampung nenek sebelah abah utk seketika cuma, then balik rumah duduk dendiam *propa* ah ah ah... yer la, sy masih berpantang. tp yg sedihnya amalan2 rutin sudah berhenti kala syawal menjengah. mana sempat nk baring2 tungku2 manja2 lagi. dah tentu2 mama bz nak masak itu ini, layan tetamu bertandang dan juga main2 ngan anak cucu yg baru balik nak beraya. but... di sebelah mlm sebelum tidoq saya dapat la sesekali bertungku, mama risau takut saya sakit2 badan sementelah sy pun tk berapa berehat. insyaAllah saya ok. mama yg risau lebih2. :)
.
pagi raya yg kecoh! :) .
so, bila tk beraya sangat pic2 pun sy malas nak snap. in fact tadak pic formal utk raya kali ni. may b raya haji baru saya nak bayar balik hutang ni. hihiihhiii... ekceli segan2 malas nk bersiap. masih mok mok. :( baju pun tk muat. so abaikan saja nk bercamwhoring di sana sini.
kawan2 datang berziarah org tak raya, tp paling bestnya baby dayyan dapat byk duit raya sbb dia org baru... duit raya dia special. hihiiihii. kenapa ibu yg melahirkan tak dapat duit raya? nasib hubby baik hati bagi gak duit raya kat bini. ^__^
.
kawan2 dedara manis dari zaman sekolah *huggsss*
.
dalam pada dok berpantang sakan *propa lagik* saya dapat gak pi wedding biz partner a.k.a kak pah zurina. mana bleh tk pi weh. kawan baik dari sekolah rendah! kalo nyawa di hujung badan tu lain aaa, ni dah cergas sihat bagai, belasah la. lagipun on that day sy dah cecah 40hari, so boleh la kuaq sat. acara wajib, bukan suka2 nk meronda. jalan elok2. jgn kalut2. jgn catwalk2. pakai selipar jer. ~lalalalala~
.
reunion di wedding kak pah la katanya! :) .
geng "perfume" ah ah ah ah... *gelak jins*
.
saya juga pergi melawat anak buah nan sorang ini admitted PMC, Alor Setar sbb demam panas n batuk kahak melampau. sian dia, tp nasib sempat gak beraya kan... 3rd day raya dah tergolek demam tk larat. sian qays fareeq rifqy ini. huhu...
.
.
then bila balik ke kl, saya dah habis 44 hari pun, kami pi beraya dgn keluarga mertua. kami bawak MIL balik ke kampung dia di perak, nk jumpa kakak2 n abang2 nya yg rata2 sudah uzur dimamah usia. seronok tgk MIL jump sedara, syahdu tgk mereka sambut aidilfitri dlm serba kekurangan dari segi kesihatan. ada yg terlantar di katil, ada yg menunjukkan tanda2 nyanyuk... tapi ramai juga yg masih kuat bertenaga. syukur atas kegembiraan ini ya Allah.
.
kecoh berlima di dalam kereta...
.
tapi apapun, dengan sisa hari yg ada di penghujung syawal ini, rasanya masih belum terlambat utk saya wish readers semua....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.
.
.

mission accomplished!

wow! been a very long silent from me eh... biasa la kak, saya anak dh ramai. kelibut skit nk jaga satu batalion *propa* kekekeekekee. btw lets sapu sawang2 ni perlahan2 k. cuba sedaya upaya utk update, byk weh citer2 best antara sempat ngan tidak ja utk dibuat entry. huhuhuu...
btw next week, Monday 26 saya akan mengorak langkah ke office semula. semangat waja ni. ~lalalalala~ insyaAllah akan terus bekerja sehabis baik (katanyaaaaaaaaaa) dan menjadi "bos kecik" yg sempoi as usual. bos kah? *sighhhh* moga2 berkat rezeki bekerja ngan apek ni buleh la kami sekeluarga teruskan idup. uiisshh! pasrah kan bunyinya. hahahaha... celaru sungguh. antara nak kerja ngan tidak. antara nak berenti ngan tidak. antara antara antara mcm2 la antaranya.ok ok ok... jgn melaluts.
nak panaskan enjin dengan story janji dulu iaitu kisah EBM. alhamdulillah, seperti azam yg telah sy cerita, mmg berjaya dapatkan 60 peket frozen EBM utk bekalan dayyan ke nursery sebelum sy mula bekerja. walaupun sikit ja kalo nak banding dgn BF mother yg lain, tp sekurang2nya saya cuba. saya tekad. dan saya berjaya. bangga dgn diri sendiri. yey! *tepuk tgn skit* :)
.
.
transport EBM from AS to KL (6hrs journey) guna cooler, ice pack berbaga jenis. janji nak bagi sejuk & kekal frozen ja. hihihii...
.
.
masa ni ada 50 pack, ngam2 nak masuk dlm cooler box ini. balik KL sambung lagi kasi reached target!
.
dan sampai ke hari ni - genap 60 hari dah pun stock masih tak berkurangan, kekal 60 peket tapi sudah mix sukatan susu meningkat ke 7oz sepeket! alhamdulillah. murah rezeki anak teruna ibu yg mmg makin bob bob itu. 6kg@ 2mos old. lahirkan 2.9kg saja, ibu yakin dia bukan obes, tp membesar bagai johan ja. kikikikiki... ok. til next entry. enjoicceee!
.
.
.

Related Posts with Thumbnails