Monday, March 29, 2010

time flies...

sungguh bersawang blog aku nih, byk entry tertangguh pulak tu! hhmmm... cepat sungguh masa berlalu smpaikan entry yg ntah bila kurun perlu dipublishkan kat sini...aku jugak tadak mood sudah mau tulis. ces! wat a mess...... rindunya nak bloghopping and fb-ing, tp tu lah... time is so limited and make me sicks everytime i glimpse onto my watch. errgghhh.....! here i am, presenting my cutie pie lil' dani yg melasak tk hengat nih. tengok idung sudah cemeiiii sbbnya masa dia baru2 nk belajar merangkak sudah confident angkat tgn sebelah. so dah tertomoiihhh!! hahahaha, lama giler aku tk guna perkataan nih. comot la idungnya... alkisah berlaku 1day before pi nak pi shoot pic dia utk passport. huh! cancel la... kang nmpk idung berparut pulak. haaiihhh! ni kira dh lekang keroping2nya tu, seb bek tk penyet terus. kikikiikii....
kalo dah boleh main mmg tk ingat2, sesuka hati ja nk melanda sume tempat. tapi dalam byk2 toys dia, kereta merah ni jugak menjadik idaman. infact kalo masuk kereta pun dia suka nak duduk kat tmpt driver, menjerit2 nak ke depan... bagi la sekejap utk lepaskan hajat. apakah betul telahan hubby ku ri tu, "instinct dari dalam perut tuh" hhmmm... damia dulu tk dernya kesah nk duduk mana2. janji pasang ja cd, settle la dia! hihihihi... so obvious la ini dua beradik.
ha... penjara kasih! cekciiiiiiiiiiii... kekekekee. sudah memanjat, sudah cuba2 meniti, even kaki goyang2 lagi. masa memula dulu dia sgt marah bila aku kurung dia dalam "penjara" nih. ihhihihi... tp bila dah buleh panjat2 cenni, syiokkk la dia. agaknya rasa puas hati la dapat observe sesuatu yg baru or dlm erti kata lain, ini gunanya kakiku! hik hik hik... sukanya, sgt cumilsssss bila berdiri goyang2 siap eksen lepas2 tangan pulak. adoiii, baru sehari dua dik ooii. sabaq lah!

lil' princess @work

one sweet day... THE ARCH WANNA BE followed me to the office, i guess for the third times since she was a baby. hhhmmm... behaved! phewwww, make me feel so released, seems to be understood how did her mum was at work, bz wit phone calls, discussions and calculation works. SUCKssss... errkk! why am i misbehaved in my own page? hahahaa... senget minda skit nih... (opppss! shiera, pinjam blog name hg sat keh! TQ) my dotter was so excited to come along and we had a big bekfast @ McD before started the boringness day....
there she goes... memula layan vcd... A-BA-TA and upin and barney... buhsan sudaaaa... then she started mingling around my table looking forward to do some work. gave her my unused plans and coloured pencil, get her to do some art works. bosan gak! she demanded for a marker then... huh, merah pulak tu!! siokkknyaaaa... tired seh! finally tertido sekejap then woke her up... TIME TO GO DARL!!! jommmmmmmmmmmm balik.

Wednesday, March 17, 2010

termenung sejenak...

entry ni sekadar luahan rasa aku dan buah fikiran insan kerdil di muka bumi Allah... lately ni aku agak byk berfikir, terfikir dan memikirkan soal2 hidup. jatuh bangun dan asam garam kehidupan yg sangat memeritkan insan2 yg aku kenal dalam kehidupan. setiap yg berlaku ada hikmah dan ketentuanNya, cuma belum dizahirkan secara nyata... tp sebagai manusia tetap kena teruskan usaha utk hidup. entah, agak sukar utk dimengertikan tp mmg rata2 ahli keluarga, sahabat, kenalan jauh or dekat, jiran2 atau sesiapa saja yg aku kenal termasuk diri sendiri mmg tak pernah lekang dihujani masalah kan...
KISAH 1 : tp dalam byk2 hal, ada satu yg melekat dlm kepala otak aku nih. bermula dgn perkenalan sejak sekolah, mereka menyulam cinta hingga ke jinjang pelamin. mmg ada masa2 up and down, adat dlm bercinta... menjadi saksi pertunangan dan perkahwinan mereka aku sgt2 bersyukur dan happy for them. majlisnya meriah dan pd pandangan mata kasar aku ni mahal jugak la segala hantaran dan persiapan yg dijalankn. jauh di sudut hati, dah boleh baca ada yg bakal terbeban di sini... aku kenal dan tahu dan faham akan ekonomi kehidupan yg rata2nya sederhana tetapi bilamana majlis perkahwinan agak hebat, sudah tentunya ada sumber kewangan tambahan. ya. pinjaman... dan usai berkahwin, hutang juga menggunung. mana dengan kewarasan fikiran diletak jauh2 tatkala berbelanja, tanpa mengukur baju di badan sendiri, sume mau branded dan butik mariiiiii.... hari demi hari dilalui penuh bahagia (walau dlm kepura-puraan, sekilas ikan di air...) hingga ke detik entry ini ditulis, aku rasa pemerhatian dan gerak hati aku jarang sekali mengecewakan. aku tak mahu mendoakan yg tidak baik, tp aku rasa ada sesuatu yg tak kena di situ. apabila si suami sudah mula menidakkan tanggungjawab terhadap keluarga, tapi sanggup berhabisan utk perkara lainnya, dan si isteri pula mula bosan dgn kehidupan "sempit" hasil tinggalan hutang berlambak2 ketika mahu membina istana cinta... makanya mcm2 masalah timbul. wahai hati, bersabar la untuk sedikit masa lagi. semoga ada sinar harapan utk kalian berdua. entah... di mana silapnya. duit juga menjadi punca! takut melihat akan keretakan yg mula meruncing. jangan la ada kisah duka yg bakal menjelma. air mata aku ni tk tertahan2 lagi... setiap kali aku terkenangkan mereka, hati aku meronta2 mahu menolong, tp apa yg boleh aku buat selain dr berdoa dan terus berdoa?? bila cuba nak nasihat, byk la alasan2 dan paling tk best if disalahertikan pulak. so mengambil sikap tunggu dan lihat (aku sgt tidak suka sikap ini!!) sejauh mana aku boleh bertahan menanti kejernihan itu bakal berlaku? si anak kecil baru belajar mengagah dunia, tapi keseronokan ibubapa tidak ditumpahkan kepadanya. kesian... sebak mengenangkan mereka, tapi apakan daya aku hanya insan yang terpilih utk menilai dan mengambil iktibar dari permasalahan mereka!
KISAH 2 : semalam aku balik ofis, park kereta kat depan pagar rumah ja... sebabnya hubby ke ipoh, tk dapat jemput anak2 balik nursery. dlm fikiran aku lepas siap mandi dan prepare bubur utk dani baru nak amik dia org. malas nk bukak pagar masuk parking 2 3 kali... tup tup nampak motor keluar dr kawasan surau dan penunggangnya gelap mcm berbangsa india. tiba2 dia senyum dan berhentikan motor sebelah tingkap kereta aku. sambil senyum dan mintak turunkan cermin, mahu berbicara lagaknya. aku fikir 2 3 kali jugak la, ushar keliling tadak pulak budak2 main kat luar time2 cenni. haaiihh! tengok muka boleh percaya gak ni... aku turun kan sikit cermin sebelah penumpang setakat boleh sangkut batang idung dia ja, janji dengar la apa dia nk tanya. berdasarkan citer sedih, dia mualaf baru convert from indian to muslim, the whole family 7pax. tapi kena buang keje, jiran sume india tak suka dia... so skrg tk cukup duit, nk beli susu anak pun tadak. nak wat i/c baru mau tukar status ke islam pun tk boleh... hhmmm... ok, aku congak pi congak mai, bg jer la sedekah tapi dok igt2 balik masa lunch td office mate yg bayarkan harga makanan aku sbb aku tadak small change, yg ada sekeping note Rm10 and the rest sume Rm50. aku dah bayar ke belum kat liza... kalo dah bayar confirm rezeki rm50 la kat mamat ni. seluk pi seluk mai, mana wallet aku nih??? addooiiii! tertinggal dlm drawer kat opih lerrrrrrrrrrrrrrrr! dlm keta tadak cash sikit pun, sume guna touch n go ja. mmg tadak rezeki hang la weiiii. dgn muka sedih aku ckp sorry, dan muka sedih jugak dia blah centu ja. hhmmm... nak wat cemana kan. sama ada dia cuba menipu sbb tu tk berjaya, or Allah nk suruh dia bekerja keras utk mencari jalan kebenaran kan. bukan dgn menadah tangan. sesungguhnya aku juga sgt careless! huuiishh... esok pi gheja tk dak lesen, tadak i/c and tadak duit sekupang pun. ihihhihii... jgn la ada polis gedik nak pull my car aside. lalalalalalala.....
itu saja kisah aku kali ini. tp mmg bila aku fikir2 balik... hidup manusia ni tk hbs2 bermasalah dgn duit, duit, duit! besaq sgt la duit tu kan... apa daaaa!

Thursday, March 11, 2010

tetiba jaaa....!

saya rasa mau berenti kerja dan duduk rumah! jaga anak, jaga rumah, masak makan sume sendiri!! huh! tetiba ja kan??? apakah.... lalalalaaa.... ngongs sebentar! actually apek bos gi OZ, so segala tugas2 opih and jd mata2 kat opih tu aku la kena buat sementelah dia tiada. naik muak aku nih. tu yg tetiba ja rasa nk resign! haahhahaaa... buleh ka centu? sekali balik umah disebabkan rasa mau berenti sesgt tu aku pun pulun la merajinkan diri seketika. koi 5.15pm dah terpacak depan pintu, masuk2 ja pegang penyapu bersihkan lantai dan habuk2. pehtu kuarkan magic mop sepantas kilat aku gilapkan lantai putihku itu. uiisshh! buleh tahan penat nih... sesambil tu kuar kan ikan dan bahan2 lain utk masak. anak2 and hubby stil kat padang main2 buai la gamaknya depa. balik ja askar2ku confirm kalut kalo nak memasak... sbbnya kejap nak makan itu kejap2 nak makan ini si kakak tu. tak pun nak wee-ee. nak poo-poo ada jer la dia nak buat. pehtu tengok kartun pun tak tenang if kita tak temankan dia. si adik lak meragam takmo duduk sorang2 kalo org tak main ngan dia. so ini hari aku sudah beli biskut milna, bakalan menjadi umpan buat dedani dok dendiam dlm bby chair dia. nasib baik sgt menjadik idea itu. dia layan 2 keping biskut sampai comot muka, baju, kerusi dan lantai! wahhhhhhhhhhhh! baru ja aku mop tadik. addddoooiiiii!!! tak per lah, anak punya pasal kan. huk! huk! huk! janji dia tak kalut dan tak buat kacau kala mood mau masak sudah mariiiiiiiii.... tetiba ja rasa nak masak kari ikan. out of order nih! tak pernah2 aku tringin... call mama tanya cemana, sbbnya aku mmg tk reti masak kari sementelah aku juga tidak minat makan kuah kari walaupun aku org utara berdarah keturunan mami... pelik tp benar! hhmmm... dpt ja resepi simple dr mama (she claimed resepi kari malas) sbbnya tk guna santan, tk taruk jintan juga... boleh la, lg aku suka sbb tk renyah2! then tgk ada daun pegaga, malasnya mau bikin sambal belacan... apa kata kita buat kerabu ja??? bunga kantan ada... jom! rencik2 kan bahan sume, masuk kerisek yg dh beli 2-3 minggu lepas pehtu gaulkan. tadaaaaaaaaaa... sgt lazat! dan sy yg habiskan sume ni bersama damia. yes! anak dara ku itu sgt suka vegie and ulam and segala salad di dunia. owh ya! mama kan ada dtg ri tu dia bawak pekasam kasi sama aku. huh! goreng dgn bawang dan cili padi dan halia dan serai. addoooii! tetiba aku rasa sgt tidak tinggal di kota ini. terbayang2 mkn ngan nasi panas kat tepi sungai ka bendang ka... confirm habis seperiuk!! rindunya mau duduk di kampung... (ceh! mcm la umah parent aku tu kampung sgt!! propa betoi) dan mmg aku telah makan nasi dgn banyaknya mlm tu... encik edi juga ternganga melihat aku makan tak panggung2 kepala... mana dgn si dani yg tido awal sekaligus memberi laluan utk aku makan dgn tenang dan bersahaja tanpa perlu cepat2 kunyah seperti biasa! heaven seh........ periuk nasi kasi licin dan selamat dicuci bersih sebaik selesai dinner. then hidangkan dessert pelam masak yg dah seminggu tk habis2 lagi beli dari pasar malam. ishhh... terasa nikmat jd surirumah walaupun sekerat hari ja. bila la agaknya aku bakalan tidak bekerja nih... tapi mampukah aku duduk2 sesaja kat rumah kalo betul aku tak kerja nih? mcm tak percaya ja ngan diri sendiri. hihihihihiii... tengoklah cemana. cewah! cita2 sgt la tuuuuuu. poodaaahh! back to reality la cik ieta ooiii. sekian!

Monday, March 8, 2010

my wish!

syukur alhamdulillah.... when hubby asked me what i want for my bday, i told him i had enuf material at this very moment. u've given we sort of million things that is so precious till i wish for nothing except to love and to be loved by u till the end. but he still insist on buying me something for my special day.... thanx anyway!
introducing min and hubby... azam, wit lil' kiddo nawalnur & nuwairi... cool heh??
me and min, you'll alwez be my best buddy!
but one thing i kept asking from him since my best buddy gave birth to his charming prince Azmin Nuwairi... i wanna visit her! tapi kami sgt bz with lots of thing and plans and vacations so we end up having her visited us on last saturday! wat ashamed kan?? hihihihi... actually my hubby juz got back from his seminar in s'pore juz before min and family arrived at my place. mmg yasmin pun bakal mula kerja hari senin so dia mau habiskan jalan2 cuti berpantang ke sana sini termasuklah berlepaking di rumah aku! wah.... sungguh syiok ibarat bulan jatuh ke riba, org ngantuk disorongkan bantal!
melepak sembang sumbing di ruang tamu... aku and min gosip jauh sikit dari depa. hahahahaa
sementelah aku jugak demam selsema n batuk tahap gaban, anak2 pun baru nak recover so kami menyambut tetamu dgn sungguh gumbira. kebetulan mama pun ada sini utk temankan kami sementara ayah tiada di rumah! even tk sempat masak pelbagai juadah lazat dgn alasan min baru lepas pantang tk leh mkn sedap2 lagi... kakakakakakaaa.... tetamu dtg lepas asar dan kami bergumbira bersembang bertukar cerita ceriti anak2. seperti berjanji punyai anak sepasang lahir dlm tahun yg sama, cuma bby boy dia lahir awal thn 2010, tersasar sikit di situ... tapi dgn harapan mau menyulam kenangan zaman remaja membesar sesama, mau jugak anak2 kami berkawan rapat sesama. semoga impian ini boleh jadi kenyataan. AMIN.
damia sedang baca doa makan sambil nawalnur aminkan... aku sedang menanti untuk suapkan diaorg, sementara yasmin solat maghrib dulu.
main lompat2 even masing2 lepas dimandikan yasmin sbb sepetang pun sudah main2... adus! bebudak... mana reti dok diam! aku pun baru dok kalut2 sediakan makanan mau suap depa 2org nih... hihihiii...
our hero... anak yasmin sgt semangat okeh! tenggelam dedani sementelah dia pun baru susut badan sejak kuar sepital ri tu... hhmmm, cepat dik makan byk2 lumba ngan nuwairi!
borak pi borak mai beransur ke isya' baru mereka pulang. biasa lah, bila dah lama tk berkumpul terasa sgt rindu dan itupun tak sempat nak update sume citer2.... mana yg penting2 ja. if only we could turn back time.... sgt girangs waktu dulu membesar bersama suka duka gelak tawa menyusuri alam remaja! itu org kata... bila nama kawan, lama mana tk berjumpa pun the "clickness" is there... and we will alwez have it all the way till the end! love u min....
girls photo session! ewahhhh.... GIRLS gitu.

Saturday, March 6, 2010

am 31!

*Gulp!* tengok pada angka... makin senior aku di dunia ini, tp makin bakal menjadi junior di alam satu lagi... agagagagaaa... apakah! hhhmmm... lama betul tk update blog nih. as mention before in my FB Feb is my lepaking month, so sgt gumbira holiday sana , jenjalan sini... come to March onwards, ketahuan la oghang kedah kata! sbbnya sgt membz kan diri dan terus masuk gear 5. plus apek gi OZ, so sume responsibility bounce on me to handle the biz. chhaaiitt! lotih... at least once a year sure kena punya, sudah lali aku dgn tugas2 yg ditinggalkan, and ada kala naik muak n mahu muntah hijau jugaaaa.... hhhmmm.... melalut sudah! weii, aku dah 31 lerrr! last 28 feb, sama besday ngan mum gak tp dia 51! aku adalah hadiah harijadi dia yg paling bermakna, sapa nk bg hadiah anak dia hari jadi? hanya Allah saja yg berhak... dan aku telah dipilih oleh Allah. AMIN. tapi sepanjang idup, ini kali besday agak kelam kelibut. dedani kuar wad 3days before my big day. tp melarat ke demam2 kala mlm menjelma pulak. si kakak pun start selsema n batuk2. aku juga merasakan bakalan tidak tahan dgn penyakit2 yg ada dlm rumah ni. hubby is going to seminar in singapore pulak. owh sgt tidak ber mood utk celebrate! sbbnya jauh di hati ada rasa sudah veteran, so agak segan2. pehtu agak penat beronggeng sakan, rasa sudah puas merasai kebahagiaan dan keseronokan duniawi, pehtu plus sakit2 badan sbb tk cukup rehat menjaga anak kecil yg telah warded... then rasa mau demam jugak. segalanya berbaur menjadi satu, membuatkan aku tidak punya rasa utk meraikan hari besar itu. yg penting aku tahu angka itu pasti bertambah, garis halus di wajah bakalan kelihatan, tulang temulang makin rapuh dek kalsium yg berkurangan sementelah usia makin meningkat.... pehtu silap haribulan ada pulak rerambut putih attaaiihh kepala nih sehelai demi sehelai... ihihihhi, wah! sungguh cantik aku kan bilamana rambut bertukar kaler. hahahahaa... ngongs! sabtu 27 feb, hubby ajak anak2 nyanyikan besday song for ibu... sbbnya anak2 bakalan tidur awal so tk sempat menanti detik 12mlm, sementelah sumenya pakat2 mkn ubat kan. sian lak nk tahan diaorg... aku tk la taksub sgt nk celebrate on the dot. then hubby pun mau pegi futsal frenly game ngan sapa ntah la groupnya mlm itu. video besday song sgt panjang, tk larat mau tunggu uploadnya di sini. best, sbb dah ada suara2 halus nyanyikan lagu utk aku thn ni... even stil pelat2 bunyiknya, aku tetap suka. rasanya the best song in life! hahahaaa... blow candle, potong choc cake (yg mana pisaunya fully conquered by damia) pehtu mkn2 sampai kembung. lepas tidoqkan bebudak itu, aku lepak tunggu hubby balik futsal.
tetiba sgt lapar! baru tingat tk dinner pun td, mkn kek jaaa... terus tengok dlm peti es ada nasi goreng tapau for dinner td, perangat and layan sensorang. errkk! after 12am mkn nasik??? confirm moksss la pehni! hahaaaa... owh tidak... sekali ja baru. sambil2 berbalas sms ngan family members yg hantar besday wish kat aku. sempat jugak aku belek2 besday card from hubby and kiddo. sgt teruja damia bila mana ayah tolong pegang tgn dia sambil coret2 kat besday card tu, ala2 dia yg buatkan utk aku... takper, sabar yer nak, dah besar skit and dah pandai menulis sendiri buatkan yg special utk ibu.
special gift from hubby dearest... a piece of gold chain with grape shape pendant designed by Habib. thanx a lot yeah. i didnt expect so much due to we already had great time sepanjang Feb... and still looking forward for more vac. in line. wwooohhhaaaa! ke manakah dan bila kah! kekkekeee... think thats all for now. kepala aku still fening2 lalat sbb selsema sgt teruk sampai telinga ni tak baper dgr, berdengung ja aaiihh. apapun, bersyukur sbb masih diberi kesempatan hidup hingga ke hari ini, menikmati segala nikmatNya disamping keluarga kecilku dan keluarga besarku serta kawan2 yg sgt baik hati! AMIN....

Related Posts with Thumbnails