Showing posts with label sickness. Show all posts
Showing posts with label sickness. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

dia... kami... mereka... semua diujiNya!

syukur alhamdulillah. setidak2nya aku tahu Allah masih sayangkan kami semua. hubby, me, my kids, my family. even kena lalui ujian ini kami tahu Allah Maha Mengetahui apa yg dirancangNya. segala ujian itu petanda yg Allah masih sayangkan kami dan mahukan kami sentiasa ingat akan kekuasaanNya. walau perit dugaan yg perlu ditanggung, tp apa lah sangat kalo nak dibandingkan dgn kesusahan mereka di medan kezaliman. masih ramai diluar sana dlm konteks kekeluargaan, masyarakat dan dunia yg lebih hebat kepayahan hidup nak dibandingkan dgn apa yg aku lalui...
hari yg di nanti untuk menyambut kepulangan insan tercinta berlalu begitu sahaja tanpa kelibat. semua saudara yg bakal menyambut rombongan dari Mekah turut bersedia... dan menempuh kecewa. ye, sama saja dgn aku sbbnya ahli keluarga mereka juga tidak ada tiba seperti dalam jadual. sbbnya.... entah, sgt samar utk aku tulis di sini, bukan apa takut tersalah faham sbbnya fakta kejadian belum aku terima secara jelas berlintas langsung dari sana. makanya aku cuma berserah. apa yg pasti penerbangan pulang rombongan yg membawa suami, ibu mertua, abg ipar dan 2org anak buah aku masih terkandas di sana. katanya ada masalah passport. kedutaan bakal terlibat tapi harus tunggu sampai sabtu sebabnya khamis dan jumaat adalah hari cuti bg mereka. paling cepat kalo ada penerbangan kosong maka ahad akan sampai la mereka... itu pun if tadak sebarang masalah.
namun, hati perempuan, isteri dan ibu tetap terpalit pilu walau sebesar zarah. bila pandang muka damia aku resah, nasib soal jawab tentang kepulangan ayah tidak dihebahkan kepadanya. langsung aku, mama n adikku bagi alasan work ayah belum siap... then mama cakap "owh plane ayah tadak minyak la kakak. dh isi penuh2 nnt baru boleh terbang." balas mia "lama ke nak penuh minyak tu" *toing!toing!* mesti dia terbayang2 macam aku isi minyak kereta, kan sekejap jer... kenapa berhari2 kena tunggu nih. tapi dia pun mcm tk kuasa nak amik port lagi. aku tgk dia lalui hari2 dgn tenang, pergi balik school mcm biasa... namun riak hati Allah yg tahu betapa rindunya dia dgn gelak tawa dan usik-mengusik dgn ayah yg sgt kids-friendly itu. *uuuwaaaaa... ibu-frenly gak ayah tu, uhhuhuhuhuuuu*
dani... pead ckp "he look so depress... is he missing something in life?" i nodded... his dad. semlm bawak lagi ke klinik bila mama complaint dani tk makan minum, mogok seharian. nak tido ja. jamah bubur sesudu. susu botol pagi jer. sampai ptg tak mo apa2 lagi dah. doctor check. pneumonia. confirmed. sbb dah 3 kali nab within 2weeks still tk baik2 batuk dia. but early stage consider underlying asthma. pead bg surat suh pi hospital. discuss itu ini... aku rasa aku boleh monitor if he gave me some options. susah la kalo warded, aku tk punya kekuatan nk buat sendirian. plus aku baru start keje jer.
so, nabulized sekali then go for antibiotic. if mlm nmpk makin serious PERGI JUGAK kata pead. aku monitor him closely. dia BF direct. sgt lapar OK! sian... tp dia cepat penat la bila susu kuat2 n aliran pun laju jer. tk kisah la janji dia nk minum gak. aku massage perut dia kasi kurang kembung sbb seharian tk mkn apa2. bg ubat. dia tenang tido smpai pagi. jaga sekejap2 utk menyusu in small qty. setiap jam aku bgn jelum kepala and check suhu n breathing condition dia. looks ok to me. stayed back at home ja til morning. 9am terpacak depan clinic lg for check up. Alhamdulillah - CLEARED wheezing dia. so tk perlu nab lagi, tapi kena teruskn ubat. ptg nnt dtg lagi for review since aku tk mo warded kan. maka kena kerap la jumpa doctor. esok pg pun kena lagi sampai la doctor puas hati and confirm dia dah sihat. harap2 cepat la dia recover!!!
dan sekarang aku pening2 lalat sbb tak cukup tido and rehat. stress and tiring. sedih and down sgt. tapi depan anak2 aku purak2 selamba. aura positive harus ada utk aku terus hidup. anak2 adalah aura positif aku. semoga aku terus kuat. semoga mereka sihat. dgn harapan kepulangan yg di nanti bakal menjelma sedikit hari lagi. aku PASRAH! amin........

Tuesday, June 15, 2010

hang in there kids! (& ibu too...)

uhuhuhuhuuu..... sabar yer nak, lagi sehari je ayah akan pulang! waduh!! si tecit dani ni dah beberapa hari asik demam malam jer. garinggggggggggggg sgt, dlm kul 3am centu la selalunya. so aku pun mcm dah teraddict tak bleh tido mlm, sbbnya asik berjaga jer kan. but after 3am makan ubat and jelum kepala sikti dia akan tido smpai pagi. siang2 elok ja pun.
kakak damia pulak dah demam pun last week, but not so serious skrg tinggal batuk2 skit ja. mmg anak2 i ni kalo batuk berkahak dan lambat sgt nk baik. gi klinik doktor suh amik gas jer kasi reda skit. sian tul, jgn masuk tahap kena asthma dah le. risau aku. haaaiihhhhh! aku sedang berusaha menguatkan imunisasi supaya tak terjebak ke kancah demam mereka. alhamdulillah kekuatan aku masih berada di tahap memuaskan!! syukur ya Allah, may b sbb aku ada mama kat rumah kot. hehehehehee....
haaiihhh.... tidurpun tak selesa, penat batuk2 smpai tertungging2 cenni....
kasi zoom skit.... pipi tembam dia masih nampak tp sudah susut lerrr. *sob*sob*
harap2 bila ayah dah balik anak2 aku akan sihat pulih ceria seperti biasa. org kata demam rindu... yer la demam rindu tu rindu jugak la, jgn melarat ke lain sudah. aku bg tempoh sampai weekend ni jer, if tak elok gak mmg angkut ke klinik lagi lah. aku mmg particular skit bab2 sakit demam bebudak. risaulah!!! uhuhuhhuhuu..........

Thursday, May 27, 2010

syukur alhamdulillah!

tatkala ini kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sebab masih berkudrat utk terus mengetuk lappie comel ini sambil melayan perasaan lega yg amat sgt setelah selesai sume yg menakutkan aku. 5hari lepas, blog ni sunyi tanpa update. aku pun tk sempat nk singgah ziarah ke mana2 blog kwn2 yg lain... baru ja selesai qado satu persatu. skrg baru ada ruang utk aku berblogging pulak. :D
slow n steady, setelah 5 hari berehat aku mula rasa segar sikit badan nih. cuma pening2 lalat dan sesekali ada jugak rasa sakit kepala serta hidung bila aku menguap. tp tk la sampai rasa tk leh tahan. boleh... saja galak nak ngadu. hiihihihihi... but bahagian tekak paling sengsara di sini, even surgerynya itu pada hidung tp dah nama pun endoscopic surgery so camera dan segala wayar masuk ikut tekak. luka la.... dah la 6jam dok proses dlm hidung yg conet nih. mana tk perit rasa tekak, smpai sekarang ni nk cuci mulut lepas berus gigi masih ada kesan darah pada kahak tu. seksa tiap kali memberus! jom la kita layan pic kehidupan kami di sepital tempoh hari yer...
mama n dani yg temankan kami buat seketika mlm itu. aku jugak susukan dani sepuas2nya sampai dia naik muak jugak rasanya.tapi sebab mata dah ngantuk, dia layan gak nenen! hiihii..
damia yg asik makan selagi tk pukul 12am. kami kena start puasa after midnite.so selagi ada makanan yg dia teringin sume dia balun. aku ja yg tk baper nk lalu makan sbb tingatkan apa yg akan kami lalui esok. budak2 centu la... mana reti apa. haaiiihh!
that morning... siap mandi sume bagai, dia dah mula merengek mintak susu... air la, roti la... mcm2 akal dia. nasib nurse call cakap org OT nk datang jemput sudah. mana ayah ni, cepat la! aku yg berdebar2 sbb damia nak kena buat dulu... budak2 mana tahan puasa lama2 kan, so by 8am dh stand by prep kat OT.... 8.30 sharp depa start sume procedure. anggaran proses flush hidung damia dlm 1 hour plus. by 10 should be settled.
mereka berdua on the way to OT dan berehat sekejap kat day ward. bila doktor anesthetic dtg dan bgtau procedure bius sume, aku dah bergenang ayaq mata. tak sukanya! peluk damia kuat2, bisikkan ayat2 suci dan kalimah syahadah... hubby mintak nak dukung dia ke OT... tk payah la kerusi roda segala bagai. aku tak berani ikut, aku tk sekuat mana... elok depa masuk dan hilang di celah2 daun pintu tebal berlapis2 tu aku dah hujan lebat kat day ward, tup tup hubby sampai. dia peluk aku kuat2. dan temankan aku balik bilik utk bersiap2 tunggu giliran pulak. kami diam seribu bahasa.. sungguh aku kelu saat itu. isshhhh, tk mau igt lagi lah! tiba giliran aku, nurse dtg bawak katil terus, katanya senang nanti tk payah turun2 change bed terus ja. so aku akur, hubby ikut sama. tp tengok2 depa tolak aku masuk pintu lain sbb dh guna katil... dia dok tunggu kat area day ward sama ngan tmpt damia. aku pasrah ja sbbnya aku pun risau kalo damia dh siap dan dh sedar mmg hubby kena ada dgn dia.... aku tunggu giliran kat depan OT yg damia ada kat dalam tu! aku pun tak tau... plus mata pun rabun sbb tk leh pakai spec or lense sume kan. tiba2 aku dengar suara nangis and nurse sume dok panggil2 nama damia suruh bukak mata... aku terpaksa kecikkan anak mata utk tangkap dari mana dtg suara2 tu... tiba2 bilik OT dpn aku tu dibuka dan depa tolak katil keluar. DR Awal pakar ENT yg buat surgery tu pandang aku and mcm faham ja, dia angguk dan tunjuk tangan ke arah damia. dgn mata berkaca tp "ala2 buta" ni aku tolak selimut pelan2... nurse bantu aku turun, cepat2 aku meluru ke katil damia. pujuk2 dia ckp ibu ada and jgn nangis2 nnt berdarah. dia cool kejap.. then hubby pun masuk. he kissed me on my forehead and released me to go in. drama la jugak sbb rare case ibu n anak masuk OT same day except for emergency cases jer. hiihihii...
bila smpai turn aku, dr anestatic tu ckp "puan, ubat ni saya bagi utk bius dan tidurkan puan, then saya akan hentikan jantung utk elak pernafasan melalui hidung, kita bagi bantuan oksigen. baru dokter Awal boleh lakukan surgery dgn mudah ya. selawat dan mengucap yer puan." aku pasrah... mmg tk sedaq apa dah lepas tu. so as docter said, my procedure will be about 3hrs, but depends on the condition jugak. tunggu la suami and anak aku ni dgn penuh tabah. hubby cakap damia lepas 1hour sihat terus and sibuk nak berlari ke sana sini. heran betoi! tk sakit kah dia.... aduhai anak!
after 6hours baru operation aku siap... lama wei, mcm major operation ja haiihhh! apapun syukur la sume dah selesai. tp sakit badan2 ni sbb bila rest, sume otot pun rest. so muscle pain jugak la awai2 tu tera nak bergerak mcm normal balik kan... then tekak aku perit smpai tk leh ckp sbb tiap kali telan liur rasa luka amat sakit la.mkn pun tk leh telan betoi2. dari luaran mmg tk nmpa teruk pun, hidung pun tk la bleeding tahap melampau. boleh cuci2 and tampal balik kapas kain tu. lepas 3hari doctor cakap akan stop darah2 tp kahak masih berdarah sbb luka di tekak tu ambil masa nak sembuh. mmg aku ala2 org bisu sekejap n byk guna isyarat ja. sabtu malam kami dh discharge, aku mintak rehat kat rumah ja sebab senang hati sikit dapat tgk dani sekali. plus mama ada utk bantu itu ini. so now aku lepak rumah la under medical leave sampai june 4th. sedang elok lepas hubby ke umrah. mmg Allah itu Maha Mengetahui apa yg dirancangNya adalah terbaik utk umatnya. semoga kami pulih segera dan boleh hidup ceria seindah pelangi selepas hujan. AMIN.
p/s : kepada rakan2 yg mendoakan kami, hanya Allah yg balas jasa baik kalian. to hanim n shepah, aku tk bagi visit sbb aku risaukan hampa sbb berada dlm golongan berisiko H1N1, so tk payah la cari masalah kat sepital ni. kalo tadak apa hal toksah dok melawat sepital ok. love u guys... thanx once again.

Friday, May 21, 2010

@ this moment....

sayu malam ni... sayu sangat! tiba2 hati aku tersentuh dgn pelbagai peristiwa yg berlaku lately ni. byk yg manis bakal aku tinggalkan dlm bulan May. dan yg pahit sekali akan aku tempuh dlm beberapa jam saja lagi. inilah dinamakan hidup, sekejap di atas, sekejap di bawah. sesekali rasa gundah menyelinap ke jiwa, memenuhi ruang2 kosong di celah2 keseronokan hidup aku. ya, mmg aku akui dan amat bersyukur sbb boleh dikatakan hidup aku penuh warna ceria. tapi sesekali dugaan kecil pasti muncul utk mengingatkan aku padaNya. syukur...
namun mlm yg sayu ni sgt mencuit rasa. terbyg wajah kecil mungil dani tatkala jam menginjak ke angka 11pm. dia mengantuk, tp masih cuba menguatkan semangat temankn aku di sini. pelukan2 dan gelak tawanya membuai perasaan aku. mcm mana la agaknya dia akan tidur mlm nanti di rumah? mata aku terpaku pada mama pulak, terima kasih tk terhingga sbb sudi hadir memberi aku semangat utk menempuh hari esok. dlm ketenangan itu aku tahu keresahan dijiwa mama bilamana saat mahu beransur kami sama2 menitiskan airmata. bila aku renung wajah hubby, nyata dia cuba sembunyikan keresahan terhadap 2kekasih hatinya yg akan ditinggalkan bermalam di sini. dia harus tunjuk kekuatan luar biasa tatkala isterinya juga sdg berlawan dgn 1001 rasa. sms pengganti diri dikirimkan kerana kami tidak mampu lagi utk saling berbicara seperti lunch siang tadi. keseronokan kami sambut hari bersejarah buat aku lupa seketika apa yg bakal aku lalui esok. aku rindu dia. rindu sangat. aku sayu!
malam ini aku tk punya bantal peluk "dedani" utk disusukan... bunyi pam madela memecah kesunyian bilik, sedaya upaya aku cuba kumpulkan susu utk dia buat bekalan hari esok walaupun aku sudah mula berpuasa. doktor advice at least for 3days dia perlu elak minum EBM sbb baki ubat masih tersisa dlm tubuh aku. malam ini juga dia akan tidur bersama ayah. susu aku pulak tidak semewah mana, puas sudah cuba dikumpul namun hasilnya tk sepertimana. agaknya aku stress fikirkan byk perkara... owh! ini tidak bagus... aku pasrah saja pada rezeki yg ada untuknya. semoga dia mahu minum lebih FM buat sementara waktu ini, dan jgn la FM itu memudaratkan anak aku. dan jgn juga dia terus tolak susu aku bila masa sudah mengizinkan kami menikmati sesi penyusuan ibu ini.
gelisah jiwa siapa yg tahu. dan aku di sini mlm ini, berperang dgn perasaan bilamana damia merengek minta dipeluk kesejukan sambil mahu dibisikkan doa2 dan zikir sebelum tidur spt yg ayah selalu lakukan. usai berdoa aku terangkan apa yg bakal dia lalui esok. aku terangkan dia perlu kuat. aku terangkan dia mesti jgn menangis sbb hidungnya boleh berdarah. aku terangkan ayah akan dtg utk temankan dia. dia diam tanpa soalan, tk seperti selalu petah bait bicara bertanya kenapa dan mengapa. malam ini dia terpaku, aku tk pasti dia faham atau tidak... tp aku tahu dia keliru. sunyi. hening. tangan kecil dia melingkari lengan ku. dan nafas lembut dihembus sambil mata kuyu itu terpejam. tidurnya bertemankan ibu. tidurnya nyenyak dlm dakapan aku.
Ya Allah, sungguh aku tk sanggup melihat anak kecilku disakiti esok. sunggguh aku takut dia tk boleh menerima kesakitannya esok. sungguh aku rasa bersalah kerana membawa penyakit ini kepadanya. namun apalah daya aku, insan kerdil dimuka bumimu Ya Allah... sungguh aku pasrah dan harus mencari kekuatan diri demi anak2ku. oleh itu Ya Allah, aku mohon Kau berilah kekuatan utk aku melawan kesukaran ini walau seketika cuma. Semoga segalanya berjalan lancar dan kami akan pulih seperti sedia kala. AMIN.
salam dari Damansara Specialist,

Thursday, May 13, 2010

history became sooooo scary!!

syukur sehingga detik ini aku masih dikurniakan kudrat utk berblogging. done with bday celebration, i'm moving to the next love chapter in May which is my wedding anniversary. but before me start being so much in love with the mood, there's some distraction came across.
hhmmm... kesahnya. dah lama kes ni, tapi aku yg cari pasal buat tak tau, tak mau amik tau and furak2 tak tau jugak. haaaiihhh! it is a long overdue case. aku noticed this problem since tgh carry damia. when i'm about 7mos preggy, my nose bleeding badly. and bukan bleeding lagi dah, muntah pun kuar darah. actually bukan muntah jugak, tp tau2 ja ada benda nak keluar dari mulut. pelik tp benar. memula aku tk amik port sbb sikit2.
kebetulan masa berlaku kejadian hari tu nk buat routine maternity check up tiba2 bleeding non-stop dari hidung n mulut. agak2 dalam stgh plastic tesco. all the way dalam kereta from my house to the hospital. sesampai ja ke ER, tp aku ok. masih cerah mata n boleh jalan (ala org preggy 7mos la kan) but nurse suh duduk kat kerusi roda, dia org nak tolak aku takut pitam. n tragicnya baju pun sume kena darah...nmpk series giler kes nih. kasi ais ketul taruk di kepala, tekan lama2 dongak ke atas. mau kasi darah stop baru leh check apa masalahnya. aku pun terkejut. last2 refer ENT. seksa gak bila dia nak teropong sume. n bila preggy tk leh masuk ubat sbbnya ada steroid. so further check up kena la dtg after bersalin. but i didnt go. (my bad)
then now damia dah 4thn... selama itu jugak hidung dia tak pernah kering n dah berbotol2 ubat kami bagi, bermacam2 petua kami buat. running nose, nose blocked, sneezing, dll yg seangkatan dgnnya selalu menghantui anak dara comel aku tu. naluri ibu ni tekad rasa ada yg tk kena n it is related to my history masa ngandungkan dia. tp kami masih tk pegi jumpa pakar. aku pulak lately ni sgt sakit kepala n sakit kepala yg pelik. rasa nak tumbang, rasa berat mata, bengang tinger, berpusing2, bila tunduk kepala mcm nk tertanggal! there u go... one day, aku nyaris2 eksiden sbbnya tk dapat anggar jarak kenderaan depan dgn tepat. lucky aku alert dan break kereta sgt kuat! since then aku dah cuak... fikir anak n suami. if apa2 jadi sapa nk jaga dia org... uiiissh terus wat appointment. neuro n brain specialist - ct scan - result : tumor, blood clog, gegaran otak, saluran darah bengkak and wat so ever yg lain - CLEARED! alhamdulillah... so wat is the cause of all that nonsense??
PANSINUSITIS... OMG, sejak bila aku ada resdung? dah 31 thn idup aku sendiri tak tau aku ada this problem, no sign of it, jerawat tadak, jerawat badan juga tadak, hidung bengkak tadak, belacan & seafood adalah kegemaran! then what? rupanya jenis yg tak keluar...jenis yg lepak dalam n kacau sistem dlm hidung n sakitkan kepala aku. patut laa... so aku follow up dgn ENT, lagi dia elaborate in detail. saluran hidung kecil dan ada saraf bengkak, buatkan resdung itu tk mengalir dr rongga ke luar utk dpt dibuang dgn mudah masa berahak or discharge ikut saluran bawah. thats why aku tk leh nak buang dgn sendiri kekotoran resdung tu. n ubat yg diberi juga tidak membantu. so bila dok berkumpul mcm2 "kerja" depa buat kat dalam... tulang hidung ada sikit senget n ada dikesan bendasing "rhinolit" yg perlu dibuang.
and lil' damia also aku terus bawak jumpa ENT. thru enuf from her x-ray showed the sinus is getting worse tho not as bad as mine. plus dia ada sikit alergi to habuk ka, sejuk ka, hama ka... tolerance hidung dia tu kira kureng skit aaa nk terima sume nih. sian dia... rupanya sinus n alergi ini penyakit keturunan. aku pun heran... sbb mmg aku tk pernah amik tau pun.
so in order to get this problem solved, we need to go thru minor operation, damias case will be like 1/2 hr process - flush off the sinus n kecutkan tisu dalam hidung yg bengkak so dia boleh bernafas dgn selesa. bukan ikut mulut lagi. and for my case will be like 3hrs timeframe due to a few complication. aku tanya doktor "boleh buat kasi hidung mancung sikit ka doc" muahahhahaaa... gelak besa jer dia "i'm not a cosmetic surgeon" kekekekee....
mama n a few other frens suggest aku try ubat kampung. mana tau ada yg serasi. tp bila tengok explaination doktor, bukan sekadar kes resdung, ada lagi hal2 lain. sbb tu my hubby tk setuju, dia mintak sgt2 aku proceed dengar cakap doctor. but again, the timing for the operation is very bad. i wanted to delay, but my hubby want it to be done fast! he's going to perform umrah in early june, aku nak tunggu lepas dia balik. tp dia nak pi dgn tenang tk payah risau2 lagi. dia nak tengok kami sihat baru dia rasa lega. tp aku yg takut. aku risau kalau buat serentak apa2 hal sume hubby nak kena settle n jaga kami. dani lagi... aku nak damia sihat dulu sbbnya dia kecik susah nak faham pantang2 ni. aku boleh tahan lg kepala ni. hhhmmm....
he's going on the 2nd, this weekend dia ada course kat ipoh. so aku ada time 17 - 23 May ja (my anniversary is on May 20th) utk fikir keputusan, booking date, dapatkan GL insurance and go thru the operation. tapi aku nk celebrate gak, kat sepital kah? nak makan apa dah tentu2 kena pantang! haaaiiihhhhhhhhhhhhhh.... so, at least by week 23 - 30 kami 2 beranak sedang recover, n hubby boleh pergi ke Mekah dgn tenang hati jiwa dan raga. susah la! dan sebab itu aku masih berjaga coz keputusan mesyuarat laki-bini baru ja selesai... :(

Saturday, April 24, 2010

bila kena quarantine.........

bosan kan? siapa suka kena quarantine... tak pasai2 ja kena dok umah dendiam. hikss! so utk tidak membuang masa dan mengurangkan rasa bosan, kami buat beberapa aktiviti ikut masa terluang dan kesempatan yg ada jer la. seronok melayan kekanak ini, even penat tp aku puas dapat jaga dia org dlm tempoh lebih kurang seminggu ni. even on off jugak kejap half day kejap full day kami dapat bersama, yang penting aku seronok. haaaa... rasanya dapat pi kerja cenni la yg aku suka. nak kata kena pi gheja tiap2 hari clock in clock out mmg tk best. tp nak kata duduk umah sehari semalam lima waktu pun aku tak best jugak. nak half22 cenni. kekekee... ada ka company yg nak hire aku dgn flexi hour sesuka hati mak bapak nih? en. edi, silalah bukak bisnes utk saya supaya cita2 ini termakbul. muahahahaha.... cita2 ku. sakan! :P
jom layan pics. saban hari menatap aksi kekanak ribena ni buat aku terharu dan segala macam rasa berbaur menjadi satu. sungguh aku cinta mereka berdua. err... and bapak depa jugak! <--- sib bek tak terlupa nih. ahhahahaa...
her imagination............ seronok tgk damia tekun buat art works. and she's good at it i guess! yang penting i'm impress with her colouring skill. even ntah apa2 jer warna dia tibai, the stroke is there to create some effects kan? proud of her... errr, ni ayah tk pulak kata instinct dari dalam perut... yer la, ibu kan sibuk design rumah segala masa preggy kan dia. discriminate betoi ayah ni! hahahaa...
sambil2 layan tv, jom kakak, kita lipat kain sesama. bagi la baju seluar kecik2 utk dia sibukkan diri. nasib adik tido... so cepat sikit kami buat keje nih. hhmmm...
art work lagik! suka dia boleh main gunting and gam... uiiishh, sakan suh aku draw mcm2 shape so that she can cut and paste it. layan!
ini budak........ pi jauh2 diam2 dia meronda ngan walker turun temurun nih. tiba2.......... GEDEGANGGGGGGGGGGGG!!! apakah??? ya rabbiiiiiiiiiiii, nasib tak timpa kepala!! dah tergolek high stool ibu. issshhhh la budak kenet nih. rotan kang. :D
ni aksi meragam sebab ibu sibuk layan kakak wat keje and dia nk sama segala buku n colour pencil and segala khazanah kakak. lagi satu sbb tk suka terkurung dlm walker tu ha, nak meragas sana sini. hhaaaihhh....
balik dari follow up check up, bila doktor cakap anak2 dah sihat.... kami lunch kat OU. suka dia dapat melepak kat buai nih. buat macam umah sendiri jer... sila! sila!! hahahaha... so chicky la budak nih. ggGGGrrrRRRrr....
and last but not leasttttttttttttt... most important is my EBM stock kembali penuh cukup utk bekalan 3 hari si dani. syukur Ya Allah atas limpah kurnia rezekiMu. paling tidak aku tk susah hati kalo termiss sesi memerah susu bila schedule kat ofis sgt padat! at least lepas ni bila aku express milk lagi, harap2 stock 8botol ni tak berusik... ni ja yg aku mampu simpan, dan dlm kekalutan hidup dani masih lagi consider 90% on breast milk. sbbnya kdg2 dlm 1 week teacher kat school kena gak bg sebotol dua FM bila dia meragam mintak susu lagi. siannn... takper la, aku redha dgn apa yg Allah bagi. semoga anak aku sentiasa mendapat manfaat kebaikan susu ibu nih. AMIN!

Monday, April 19, 2010

HFMD ooOOOoo HFMD...

u think why am i stil blogging at this hour? huh... monday & tuesday i'll be on EL. bukan aku atau ahli keluarga aku sakit, tp nursery yg sakit. hihihii... bukan apa, ada 1 baby carry HFMD kat sana, mak dia ingat ulser nk tumbuh gigi. so bila dah ada sorang bwk penyakit satu nursery kena close down. well, jabatan kebajikan sahkan nursery tu bersih dan bebas kuman, tp bila dah ada yg dtg dgn masalah, so dgn kadar segera jugak dah kena lagi sorang sbb mereka ini best fren! damia demam... secara tk langsung badannya lemah. balik rumah dia ckp tekak dia ada tulang. heran aku, mana dtg tulang itu? tp dia masih makan minum mcm biasa ala2 tadak masalah. so aku juz monitor suhu badan dia jer. esoknya bila cikgu bgtau ada kes HFMD kat sana, aku cergas bawak damia ke klinik pead dekat area umah tu. doc ckp simptom ada sbb yg kata tulang tu la ulser tp di tongsil, tk melarat ke bahagian mulut2 yg lain lagi cepat2 rawat, next day ke rumah nenek saja. alhamdulillah dani terpelihara, even doc dah bg sign boleh share ubat dgn kakak if nampak ulser di mulut, titikkan saja ubat tp dgn dose yg berlainan. aku tgk anak2 aku tk mcm org sakit mulut.. sbb mkn minum sakan nak2 pulak kebetulan hari minggu... ibu sedia2 di ceruk dapur masak makan utk sekeluarga. puas aku boleh jamu depa dgn segala menu berkhasiat hasil air tgn ibu ini... sume yg di masak terap periuk depa belasah. :D aku tanya damia, ada tulang lg kah? menggeleng sakan! dani pun tk nampak meleleh air liur dia, tk meragam pun. main mcm biasa berpeluh2 satu badan. tp esok lusa aku tetap nk bwk pi follow up kot la aku tk reti nk beza kan ulser ngan anak tekak kan. hihihihiii... garu kepala gak aku nk apply cuti lama2. byk job tgh kick off skrg... so sementara ni aku apply 2 hari, then hubby pun 2 hari..tp bila dia cuti surely akan diangkut kekanak ni sume ke rumah nenek. tk terjaga dia dua sekali. ibu ja terer. hihiihihi... tp memandangkan anak2 aku mendapat limpah kasih cikgu nursery itu, dia ada offer if dua2 dah sihat betul hantar jer ke rumah dia, boleh ja nak jaga. sbbnya kami kamcing skit la kan ngan depa. may b ada ibu bapa yg agak tk kuasa nk berbahasa basi ngan cikgu2 penjaga nursery tu kan. ishh... aku tk leh aaa, nama kata org dh tolong jaga anak kita elok2, even kita bayar, aku tetap respect n terima kasih tk terhingga. ni la antara kesan baiknya. harap2 anak aku cepat sihat dan boleh pi dok "nursery baru" sekejap. ihihihi... owh ya, puan dura sekiranya anda membaca, sila tunggu panggilan saya mana tau kot2 leh singgah umah u... kekekeke, cikgu tu dok area umah u tau! :D okeh la... ada rasa kelat2 mata sbbnya dah lama tk berjaga mlm cenni. selalunya waktu2 ni aku dah beradu entah ke mana, tp tetap menten boleh dgr jika dani merengek nak susu. hhhmmm... setakat koi 3pg ni dah 3kali juga dia bunyi mintak nyonyot. bising kot bunyi aku tekan keypad nih... hik hik hik... sorry la nak, ibu ni dah lama tk berblogging. bagi chance skit! LOL...

Thursday, February 25, 2010

nothing serious...SYUKUR!

syukur alhamdulillah... as expected, nothing serious. but sgt rimas and remeh and menyesakkan la pala otak nih. well, kepada yg menjengah page FB aku mmg tau la 2-3 hari ni status ku bermlm di Damansara Specialist Hosp. hhhmmm.... hihihiii.... anak terunaku a.k.a dani iskandar admitted sudaaaa. (bunga2 nk berjalan ke sabah kah pulak ni? hahaahaaaaa) dak la... puan eza sila maklum bulan 3-5 adalah bulan kerja yg sgt ngokngek kerana sume project2 yg aku handle are at the peak period and towards the end, so sgt la kena monitor closely to meet the dateline. jgn ada yg kena LAD pulak. uiishhh, melalut sudaaaaa... ayok! jom back on track...
dedani bam bam aku since friday nite kena diarrhoea, dlm 2x centu la. pehtu muntah2 sikit jugak dlm 2x jugak. badan panas sikit, aku terus bg ubat demam, agaknya sbb dah poopoo hilang air centu kan. pehtu ok sikit la... even aku cuba pujuk hati jgn pikiaq yg bukan2, tp naluri aku dah terdetik, rasanya kes rotavirus damia akan berulang pd dani pulak kot. silap2 kena admit.... pi ofis pun aku dok tingat dia, siap upload video dia sungguh ceria main tepuk amai2. sehari 2-3 kali aku call nursery tanyakan khabar dia. tp bila keadaan dia yg sgt lemah n tak layan sume org buat aku rasa rindu gilerrrrr! tidoq mlm pun ala2 jugak aaa... aku pun tk tau nk pikiaq apa, angkut buai dari living area masuk ke bilik, pasang mesin kasi buai sendiri. aduuiii, sbbnya sabtu aku ada meeting pagi lak, cant miz that important agenda. nasib dia tidoq gak even dah lewat nak ke pagi dah kan... tp on saturday nampak ok sikit la. mama bagi petua sapu gambir pekat2 kat perut n bahagian ari2 dia. aku pun try jugak petua tradisi, tu yg pic di atas seperti "tok mamak" pakai kain putih sbb tk mo bg gambir melekat kat seluar dia. hihihiii.... on sunday bwk dia jumpa pead kat area umah aku ni. dia check tgk ok lagi, tk dehydrate and bg ubat utk kurangkan cirit dia. but.......... if after 3days still tak elok gak, dia suh pi sepital.
so ini la dia nya... mmg tk elok jugak. ishhh menatang apa la yg tak kena nih. puaaiihhh aku pikiaq di mana silapnya. let say aku mkn benda pelik kot sbb dani stil BF tp rasanya menu aku adalah biasa saja. check dgn nursery pun menu biasa jugak. n tadak case pun kat sana, even for toddler pun tadak yg problem. hhmmm... tp ada menu baru aku sendiri bg dia mkn, but sekali ja and it was a few days before. nampak pasta ABC for kids aku pun try beli n masak utk dani. mmg tak taruk apa2 special except vagie ja pun! pasta itu kah puncanya? mustahil, tp boleh jadik gak. but aku makan n damia pun makan sesama, alhamdulillah kami ok2 ja... takper lah, benda dah nak jadi... mungkin secara kebetulan jugak la menu tu aku baru cuba buat utk dani kan! sian dia...
apa2pun around 3pm principle nursery call aku and advice suh bawak dani gi check up on Tues evening tu. dia kata nampak lemah sgt sbb makin kerap dia poopoo and sgt berair. so cepat2 aku siapkan kerja penting2 esp. claim2 project aku cergas ke nursery dia. meet hubby then the 4of us lead to DSH la. hujan sungguh la lebat smpai jem teruk kat LDP tu. walhal dari umah aku ke sana ada la dlm 10mins tk sampai kalo keadaan besa2 ja. hampeh toi! ni kul 7.00pm baru kami boleh register kat ER dia. mengongsss la jln2 kat Lembah Klang ni! bila dah jumpa medical doc dia advice suh admit n go under close supervision takut virus2 jahat yg lain pulak ada dlm badan dia... dah la baby lagi, nk bg ubat lebei222 bukan buleh pun. hhmmm... amik darah n urine sume utk lab test. masa kat ER tu nk cucuk jarum kat atas tangan dia pun staff nurse tk dapat buat sbb halus bebenor urat dia. 2x cuba dah kantoi sbb ubat tk leh cucuk masuk... stuck kat junction saraf tu. kena panggil doktor gak buatkan. sian dani, seb bek tk nangeh kuat2. pulak tu, bilik sume penuh. from 4 to single bed sume tadak. yg tinggai cuma VIP room!!! uuiiishhh... bilik lg mahai pada treatment nih, camno?? hubby ckp proceed ja... tp minta top priority nk tukar to 2bedroom esok paginya. wajib! hihihihii... nurse pun noted la and mmg depa kotakan janji.
nama pun dok VIP suite, so mcm apartment dah aku tgk. cadar corak2. siap ngan comferter tebai (hihihihihi, sekali dani poopoo habis sume banjir cadar santek itu! ~lalalallalaala~) carpet segala bagai, pantry, microwave, sofabed, sofa2 duduk pun berlambak. katil pesakit 1... n pesakitnya kenet ja! amboi222... melampau! so aku arahkan hubby n damia tido sesama kat sini since aku takut dok berdua ja ngan dani ni ha... ishh, seram gak la. hhmm... kami pun berkampung la bersama2 dani yg sgt cool dan diam dan lemah dan ala2 layan ja dok jd pesakit VIP. ces! dinner dah lewat, so sudah habis laaa... hubby order pizza ja. pead dia Dato' DR Azizi (oghang jitra nih!) hihihiii... ok la cool guy, aku tersasul2 nk call him dato' ka dokter ka, lantak la mana yg kuaq. dia pun tk heran ja aku tgk... tp dia pun risau nk pasangkan jarum kat tgn dani, dia suh DR Razak buatkan sbb dia pakar cari saraf nih... apa2 je la, janji anak aku cepat sihat and dapat drip segera!
alhamdulillah lepas full drip for 1 whole nite, dani mula cergas. and mai la segala akai panjang dia, buat2 tk mo ubat la... takmo minum ORS la... ketap tutup mulut rapat222! uiisshh.... nak dukung sedia2 la... kalo tak, mmg mcm overcooked vegie ja muka dia. ihihihii... lawak tp sayu tiap kali aku usap rambut dia, mata kuyu ja mcm pasrah ngan sakit yg dia tanggung tu. hhmm...
tengok pic dia ala2 cranky ni. bukan ada ayaq mata pun, saja2 nk bunyik n buat memek muka manja kat ibu! aku nak bagi mandi... aku nak tukaq diaper, aku nak buka baju... sume dia protes. hihihihi... lagi lama dia bunyi lagi aku snap222 pic dia. saja ja aku mau usik dia. masa 2nd day dah kembali ke alam nyata duduk di 2 bedroom, ada jiran sebelah yg cool sgt... sakan kami borak smpai anak2 kami diam ja dok dengaq sambil dua2 nyonyot susu! seb bek depa below 1y.o hiihihihi! semoga tidak amik port butir bicara ibu2 ini...
3rd day Dato' dokter kata dah ok ni. tp bukan rotavirus, cuma virus biasa yg menyerang badan dia. memandangkan dia baru 7bulan, susah nak lawan sendiri kena bantuan jugak laa... tp dia kuat sbb demam tk tinggi. setengah budak leh cecah 40++ deg. sian... in fact sepanjang kat DSH dia tk demam pun cuma kena amik light paracetamol utk control tempreture. kalo panas mana dgn nak lawan kurang air sbb cirit birit itu kan... so kesian la dia... tk masuk drip lagi dah. n "stool" dia pun dah start form balik. bukan cecair sahaja. setakat 3rd day ni baru 2x dia poopoo. lega!
ni la wajah yg aku rindu sangat nak tengok! ayah ckp "mat senyum" mmg dia murah dgn senyuman! and mesra rakyat gituuuuuuu... tp masa dia sakit mmg susah nk dpt respond. mcm kita ni tak wujud ja dpn dia. dia tenung tembus ke mana2 ja! so bila dan "meghenyih" sakan, gelak2 ngan dokter and jerit2 halus nyaring bila kena agah... apa lagi! balik la... lg mau tunggu ka kat sepital nih? lewat tu jugak dokter bg kami discharge. lalalalaa... syukur alhamdulillah. semoga tak berulang lagi... tp sampai skrg aku tak tau kat mana punca nya. cuma, kena lebih hati2, bersihkan tgn222222222 yg nak pegang dia or nk masak utk dia... n tgn dia jugak yg sgt pandai mengutip2222 dah skrg nih! itu la yg aku rasa basicnya. hhhmmm... jom titun!!!
p/s : dokter tu cakap... mmg byk kes skrg ni org pekan kalo balik kampung mmg balik mai pekan sakit la. badan tak tahan dok kampung konon! ihihhii... ngok ngek la dat' dokter tu. ala2 nak melawak la katanya... hhmmm.... apa2 jer la. mama aku lak cakap, ishhh... zaman la payah nk baik nooo penyakit2 ni. dulu petua2 kampung ni mujarab sungguh. la ni nak kena masuk ward dulu baru lega. haaiiihhh. mcm2!

Monday, February 22, 2010

sedang merindu...

kala sedang menguploadkan video ni... dani stil kat nursery. rindu dia sgt2! rindu gelak tawa dia yg mengekek tiap kali main2 ngan kakak. rindu gelak tawa dia yg bersungguh2 bila ayah buat geli2 kat perut dia. rindukan jerit2 kecil dia bila nampak ibu melintas tanpa singgah mendukung barang sekejap. dah 3 hari dia tak baper sihat. perutnya meragam. asik cirit birit ja. dah bawa ke klinik, nampak gaya ada perubahan +ve. semoga cepat sihat yer dik. masam ja muka dia, sungguh2 tak mo senyum... title awang sengih yg kami suka labelkan dia dah tak leh pakai lagi 2-3 hari ni... damia pun heran kenapa adik tanak main ngan dia. adik diam jer. adik ala2 tanak kawan ngan dia. hhmm... ibu pun rindu sgt! tetiba teringatkan dia, belek2 handphone ada video aku amik masa dia cecah 6bulan. sudah pandai ikut arahan, tiap kali aku nyanyi dia akan bertepuk. suka dia melayan aku nyanyi! bila dah byk2 kali aku suh buat surely la letih kan! ibu ni asik nyanyi ja... tak tepuk tak boleh, kang tak senada... hahahaa... tapi dah beberapa hari dia tak layan aku nyanyi. dia wat stone ja... pandang dgn anak mata yg sungguh hening lagaknya. cepat sembuh yer dik. ibu rindu. rindu sangat!

Related Posts with Thumbnails