Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

word from his heart ❤❤❤

alhamdulillah, i have turned 34 last Feb 28! wow....dah tua kan. tk terjangkau dek akal fikiran yg Allah dh kurniakan nikmat sebegini lama utk aku, namun tak setimpal balasan iman kuberikan terhadapNya. malu lah. but insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya utk memperbaiki diri ke jalan yg diredhaiNya. ameen.
sempena tarikh dan hari istimewa, sementelah sudah tua...tidak la ku inginkan segala celebration present bagai. cukup la dgn apa adanya dlm hidup ini, dah patut berhenti rasanya semua2 yg laqo...
"OK,salam semua, ibu nk tdokan adik n jumpa esok pg ja. korang jgn nakal2 dengar ckp ayah. tdo cepat skit jgn asik borak jaaaa" kumat kamit ibu memesan bagai. damia n dani dtg bersalam n kish2 pipi semua.
kt bilik, ibu dok uli2 dayyan mok mok, main gelak2 skit walau mood dia tk seberapa. walau dh slim dia tetap ada isi gak. bikin geram geget2. tp dayyan tk berapa sihat, dia demam ptg td kt skul. dh kasi ubat pun. semoga dia cepat kebah lah hendaknya.
tiba2 dalam samar lampu tido tu dan dgn mata rabun ibu ni dengar pintu dikuak... cahaya liuk2, suara halus nyanyi bday song. Allah haiiiii.... mesti gheja shuben i lah ni. komplot ngan anak2. sabar jer lah.
selesai nyanyi ibu tiupkan lilin atas kotak ferrero roccher itu. dayyan yg mayau2 lalok ubat plus tk sihat terpinga2 gak. heran dia apakah event yg sedang berlangsung nih.
kami pakat2 suap choc ke mulut. kongsi2 sbb dh hampir jam 11 pun nk mkn coklat bagai. gigi pun dh gosok sume.
haaiihh, seronok berpeluk bercium bersuap berbagai la. tak kisah la cemana pun, janji diaorg igt. budak2 cakap kt shuben dia org tanak tunggu esok nk wish cepat. nnt dh tdo terlepas jam 12am! owhhh gitu kisahnya....so advance celebration la jadinya. sweet lah.
dalam pada seronok mkn coklat, ayah berpesan pada anak2
"kita kena ingat hari lahir ibu sampai bila2 tau. katakan satu hari nanti ayah dah meninggal pun korang tetap kena raikan ibu" Allah hai.... rasa nak
tumpah ayaq mata tp ku tahankan jua. huhu. anak2 pun terangguk2 la mcm
paham bebenau.
damia n dani hulurkan kad. then diaorg terjerit2 "cepat la ayah kasi present ayah pulak, kitaorg takder duit nak beli present utk ibu...kakak nk guna duit tabung ayah tk kasi..." cebik damia.




"takper, ayah dh tlg belikan pun. duit kakak simpan ja bg penuh tabung tu. nnt nak masuk U senang" amboiiiii ayat power ayah haaa. hihihihiii...
dia hulurkan paper bag kecik. aku dah agak, sbb boleh baca brand kan.




alhamdulillah. thanx shuben. thanx anak2. thanx Allah atas kurniaan rezeki ini utk kongsi sama2. thanx Allah atas nikmat sebegini di kala senja memanjat usia. syukur.
selesai salam yg ntah ke berapa kali, kami bersurai. aku tidur dlm senyum. tapi terjaga2 sbb kena monitor dayyan yg tk berapa sihat...... nanti kita sambung kisah dayyan ok. huhu!
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

lahad datu..... dan adik aku!!!

tak suka entry ni tp kena jugak buat. tkmo cerita banyak...sbb byk persoalan daripada jawapan! semoga Allah tunjukkan jalan kebenaran. tp yg paling utama di entry ini sbb adik gua babe.... adik gua ATM.... bebila ja akan terpanggil ke sana. on stand by mode setiap hari. tgh jiwa kacau di sepital dgn dayyan lemah longlai, hati gua tk keruan dooowwhh tgk berita 1st day depa lancar perang! gua nanges esak2! tk terbendung dah rasa dlm jiwa.
marah pada penceroboh! marah lg kalo org tempatan yg bikin onarnya, semoga semua ini bukan mainan politik. smgt pertiwi gua tersentap tiap kali iklan ulang2 tunjuk lagu patriotik utk wira2 yg gugur.... dlm kotak fikiran gua nampak angah ja di mata! nurse yg masuk keluar bilik periksa si dayyan fikir gua selsema kot. haha! tp itu la hakikat yg kena hadapi, kena tempuh. bayang wajah farah adik ipar gua, qays n qisya anak2 buah gua... Ya Allah, nk pecah jantung rasanya. saat menulis ini menitik ayaq mata bila wajah mama pun silih berganti!
owhh jangan la perang ini melampau2 lagi!! gua sent sms bila rasa tk terluah dgn kata2.... angah sgt stone. (print screen frm IG)




keras hatinya masih sama ketika dia decide nk joint ATM. masa kena lapor diri in early 2002 dia masih belum pulih kecederaan kaki lepas accident, kena langgar lari. jalan pun berdengkot sbb jahitan tk baik lagi, dia pergi dgn smgt waja. aku tk pasti apa yg dia cari. result SPM bukan tk elok, boleh nak apply U or ITM, tp dia nak jugak masuk airforce or ATM. time tu aku mcm nk marah sgt kt dia. abah berteleku. dia ex army, dia dah cukup menentang...tp apa daya dia. angah kata dia nak jugak! mama nangis tk berirama dh. kering air mata ibu...lepaskan lah.
few weeks later dia di hantar balik utk berehat. sbb luka jahitan di betisnya yg panjang sejengkal itu, terbuka. uurrrggghhh!!! rasa nk pengsan aku, marah sgt dgn dia...plus aku mmg penakut luka2 nih! aku tgk bahu dia lebam2 bekas pikul senapang. igt ringan???!!!!! setiap peluru yg keluar satu hentakan di bahu. bayangkn la peluru sepanjang2 yg dilepaskan, hitam pekat biru pecah berdarah bawah kulit bahu itu. ya Allah.... nanges ok. nanges sgt tgk fizikal dia. tp angah relax. what happened there stays inside there... mmg dia tk pernah citer smpai la ke hari ini. ayat senang dia "tadak apa lah ni. esok baik la tu" owh me.... tak tau lah.
bila selesai tauliah diploma di johor, dia keluar dgn title leftenan muda. tgk pic parents n adik2 aku sgt berbangga. aku jam tu ada meetg yg tk boleh nk skip. sedih tk bleh raikan dia. tapi alhamdulillah rezeki angah dgn ATM smpai skrg dia di mess Ipoh. bangga aku ada adik Kapten Ahmad Rozaidy Ahmad Tajuddin, si pejuang negara! semoga Allah sentiasa lindungi angah dan anggota keselamatan yg lain walau di mana mereka berada, mempertahankan kedaulatan Malaysia, insyaAllah. ameen.
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

awak....adik kita dh kawin!!

adik ketiga saya dh selamat diijab kabulkan last month. huurrmmm. sedih. seronok. syukur. tumpang bahagia tgk adik sendiri bahagia... tumpang ciwi2 amik gambaq dipelamin dia, bilik tidur dia. hik hik hik. syok nyibuk!





dlm pada tu sedih gk sbb akan sibuk la dia dgn tanggungjwb baru utk suami, keluarga suami, biasa la.... aku pun mcm tu jugak. tambah dia duduk di perlis, sikit sbyk mesti kena beratkn sebelah husband. taat gitu. tk bleh on call mcm selalu la bila aku balik kedah, ajak ronda jalan2 cari makan la, shopping tepi jalan la, merewang ngan anak2 aku la, picnic tetiba laaaa.... pasni kalo dh ada anak, insyaAllah lg la sibuk. tp makin meriah umah maktok. yey!!!


ini geng baju kotak, LOL!! sekeluarga yg rapat sume seragam,bantu membantu melancarkn majlis.



kakak, kamu adalah cantik sangat!! seronok tk muka berseri sinar bahagia itu... semoga perkahwinan ini dirahmati Nya, ameen.




syahdu la feeling nih. mix feeling. masa angah kahwin dulu aku rock ja. ermmmm sbb dia lelaki kot. pi mai pun tetap tunjang dlm family. ni bila kakak yg kahwin aku n adik rasa semcm. walau kami tk rapat dr kecik sbb duduk asing2, bila dh remaja kami click. ruang waktu yg sekejap ku isi sepenuhnya sblm berhijrah ke kl.




nanges! abah nikahkan sendiri anak dia kahwin kali ni. alhamdulillah.... aku n adik n mama sekali drama. terus rasa dh kurang satu ahli. makin dewasa ni bab family cukup sensitif. sbb makin kurang la ahli kt umah. sesekali ja berkumpul. ingtkan mama, sure sunyi dia.... nk tunggu ramai2 time majlis, raya, emergency gitu la... sadis! masing2 cari rezeki luar kawasan kan....




adik lg la sedih, depa mmg close dua org. sekolah rendah smpai menengah sume sama, duduk di kedah nun berkongsi bilik, katil, baju segala bagai lagi lama pada aku... dating pun p sama2! now adik dh duduk tg.malim ngejar cecita nk jd cikgu.
eeerrrmmm... pa la... tkmo citer lagi. syahdu menjengah, dlm hati ada taman. huk huk. semoga kakak bahagia ke jannah dgn akmal. tahniah!




- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Monday, March 18, 2013

lukisan itu....

malam ini ibu menangis, menangis bukan sebab sedih...tp syahdu...semalam belikan dani iskandar buku kaler otomen. seronok dia keterujaan nak main sticker yg ada kat dalam tu...tapi dia tk tunjuk minat pun nak mewarna. belek bukak tutup gitu ja.
siang td masa nak hantar dia ke skul sempat lg dia marah2kan ibu...
"ibu ni suka hantar dani pegi skul, dani tk suka skul, dani suka cuti jer...."
"ala dani.... semalam kan dh cuti 2hari, sekarang skul la 5 hari..."
"dani tk suka cuti 2hari! dani suka cuti 10hari!!!"
aduhai anak.... bentak2 kaki dia menonong masuk ke pagar. eh, masuk jugak. kuat bebel ja atok sorang nih. hik hik hik...aku suka peel dia, garang tp dlm hati ada taman! mulut ramah suka ckp terima kasih. tp bila tantrum......ok, aku lari...biar ayah yg uruskan. but if takder ayah dia amatla sayangkan ibu, sume kata dia boleh turut dgn riang. pasrah ja la....
lepas balik skul ptg tadi diaorg semua sibuk main kat luar...dekat nak azan masuk rumah kemas2 badan semua. time tu, ibu sibuk prepare dinner, time org tgh azan maghrib dia turun bawak buku n sekotak kaler pensel. sorang2... kakak dok main ngan adik kat atas, ayah tgh mandi n solat. aku intai pelan2 depan tv, owh....sedang nak mula mewarna.
"ibu....dani nak warna otomen yg ni ok!" lunak suara dia nak manja and minta perhatian.
"ok...cuba warna mata dia dulu. nak ikut warna kat sticker ka cemana?"
"tanak...dani nak conteng sesuka hati...."
Allahuakbar.....dh datang angin dia. tkpa la, aku fikir takmo paksa...
"ha yer lah, buat la cemana dani suka. janji dani kaler elok2 ok."
laju tangan dia melakar warna. tapi sampai kat garis hitam tebal tu dia slow....dia follow kemas2. dia senget2 kan buku. pusing atas bawah kiri kanan.
eh! ini dah lain... aku biarkan dia dgn dunia sendiri. ke dapur goreng ikan, hidangkan lauk2, sediakan pinggan gelas semua.
"ibu!!! tengok ni... mcm ni ke buat?"
"masyaAllah cantiknya!!! pandainya dani kaler!!!"
aku yg teruja... utk budak tk cecah 4thn lagi, dgn kedegilan mencabar minda ibu, dgn akai jenuh dia, dgn tantrum dia kalo kena paksa aku rasa ini permulaan yg hebat.
"ok, pegi sambung warna lagi, cantik sgt abang buat, meh sini ibu peluk skit!"
manja dia pasrah dlm peluk cium aku yg dh kembang kempis seronok nih.
hampir jam 8:15pm ayah, kakak n adik turun. sekali lagi dani menjerit sambil lari ke dapur bawa buku baru dia tu.
kami share kehebatan dani bersama2... kali ni semua orang pun nak peluk dani. sekali adik dayyan pun dok sebut abang abang. walhal dia cukup takut nk dekat dgn abang tu. garang n suka la nak ngusik adik. kasar pulak tu.
kami duduk ngadap rezeki tapi si dani tanak. nak siapkan keje katanya. berteleku la dia sorang2 kt tv area. dia dh kenyang mkn roti coklat 2keping jam 7pm tadi. siap semua dia dgn muka stone tunjuk kat ibu. mmg tak dinafikan. ibu sgt terkejut. teruja. terpana and terpukul dgn keresahan sendiri selama ni. ibu tau dani hebat. dani byk talent. tp sbb dani adalah dani, maka bukan senang nak lenturkan dani. kena ada suis baru ON!


Ya Allah, berilah ibu kekuatan utk terus membimbing dani menjadi anak yg Kau redhai. berjaya dunia dan akhirat. insyaAllah. ameen.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

hhhmmm....

rindunya pada blog ini. tapi sekarang mood ke laut nak hupdate, kawan2 blogger jua sume senyap. ku terus hilang semangat. acaner. byk sgt dh entry tertunggak tertangguh. nampak gaya kena tukar agenda la blog ini kot. mau kasi mood baru datang. aku oun dh tk rajin blog walk lagi. sibuk ngan Ig ja skrg.... a pic says a thousand word gitu. walau pun tk der terjemahan cerita panjang lebar, suka la tgk pic2 cantik kat IG. tp blog juga best. aaarrrgghhh. tengok la acaner nnt nk kasi mood datang semula. huhu. sadis sungguh aaaiihh terbiar sepi gini. kesian. till then, jumpa lagi. ewah! salam.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Tuesday, January 29, 2013

owh me owh my!!!

sumpah rindu... rindu depa baby. rindu nak gomoi geget2 polok2 gerem2 budak2 domok gomok dadamok! OMG... sangat syiokkkk, tapi apakan daya masa sgt la pantas! now semuanpun dah membesar bagai johan n no more mok mok bby dami, dani n dayyan in da houz. uuuuwwwaaaaa....


Ya Allah. thanx for kurniaan ini. rezeki sepanjang hayat, and semoga mereka menjadi anak soleh utk warisan zuriatku kelak. mendoakan kehidupan ku dan suami di alam lain, bila tiba masanya nanti. ameen.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Thursday, January 10, 2013

Priceless! yes it is....




Precious moment.... Love is born.... Found love.... name it.
All i know is am gonna miss this chapter soon.
Dear Allah, thank you for the opportunity, letting me be one of millions breast feeding mum out there.
i really treasure each and every moment we spent, the love we shared and the satisfaction to feed him with my very own special milk!!
This is priceless.
I love you Allah.
I love you Dayyan.
**tears**

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Tuesday, January 1, 2013

preparation mode activated.....tet!!!!

ooolllaaaa..... kaluts ributs kelibuts. eeehhhh propa. tk la. tp ciwi yg lebih. esok mia 1st day school. tadi siang dh pegi register n bayar yuran buku sekolah agama pulak. but buku belum dapat. makanya esok ptg mia g sekolah lenggang kangkong aaa. tapi keributan lebih pada sekolah kebangsaan. isk! syiok. mia teruja, ibu ayah super teruja!!


mia asik tanya mcm2! counting hours lagi berapa jam nak masuk sekolah. nak duduk depan katanya. uiisshhh semangat. i suka sgt. tapi i juga risau n resah. emo. biasa la kan. cenni la kot mama ku rasa dulu. menghadap anak sulung nk masuk sekolah, so apa yg aku rasa tika dan saat ini mmg byk aku relate dgn mama. pasrah lah. kalo dulu mama kena tempub, now is my time. dunia kan bulat. alhamdulillah aku diberi ruang dan peluang utk nikmatMu Ya Allah. tak semua org dapat rasa kahwin, ada anak, anak membesar secara normal, ikut jadual hidup seperti yg dipercaturkan...insaf ok!


siap semua perkakasan, gi kedai beli roti utk bekal damia dlm kereta. actually sekolah tk jauh, amik masa 15-20mins ja dlm keadaan jalan sibuk yg biasa2, tp almaklum la keyhell ni mana der ruang utk cepat begitu. nak pulak hari pertama sume mcm lipas kudung rebut2 nk ke depan. haiihh. dgn MRT track tgh construct. uiisshhhh mak temah rasa kuar jam 6:30am surely akan jejak SKTTDI (1) itu jam 7:15am. phhheewww!! ok. pasrah. insyaAllah ada hikmah semua jadual hidup nih kan.
ok tolak tepi masalah remeh2 tu. semangat and keterujaan and kesungguhan tu yg penting. dari situ hati akan seronok, terima pelajaran jd mudah. tk mintak la jd scorer tp cukup utk berpuas hati setimpal hasilnya dgn segala usaha. insyaAllah anak ibu akan buat yg terbaik utk diri sendiri, masa depan, agama, negara dan keluarga. cant wait for tomorrow. owh Allah, Kau tenangkan lah hati ibu yg sgt gemuruh ini. semoga air mata gembira yg mengalir tak jatuh di pipi tetapi terus ke dalam hati. ameen.


- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Monday, December 31, 2012

pengakhiran itu satu permulaan...

oowwhhh! penghujung 2012 menyaksikan beberapa babak pengakhiran dlm kitar hidup. pertamanya sessi full bf utk dayyan akan berakhir, ya sbb dia sudah bijak memilih ikut citarasa sendiri. hanya mahukan FM dlm botoi di siang hari, tp malam2 jejak rumah dari nursery terkam ibu ini bagai sethn tk jumpa. mahukan nenen, haiiihhh. dia pilih direct bf smpai la esok paginya, kecanduan anak aku nih nampak gayanya. takpa, as long as masih ada susu, hrp dapat la bertahan sampai 2y.o. mix pun mix lah. dari tadak langsung, aku pasrah. rezeki Allah dah bagi begini....
terkenang2 usaha aku pump bersungguh, and bekalkan sejak akhir2 ni komplen dari pengasuh katanya dayyan buang2 ja susu ibu. tp nangis2 mintak susu lapar.... aku ada spare anmum sekotak bila dh cecah sthn umur dia, habuan kot2 tercicir stok ka apa kan, hari tu depa return sbb dh lebih 3mos. mmg byk lagi but nmpk mcm dh nak keras pun. bg yg baru, mmg depa guna la bila dayyan buat perangai tkmo susu ibu lagi. so ini ja la stok yg ada.... ada utk dibuang atau akan diguna hanya Allah yg tahu planNya. ku simpan jua. huhuu... maka bermula la aktiviti beli stok susu tepung utk 3org kanak2 ini kala usia dayyan nk menginjak ke 18mos... pencapaian terbaik aku setakat ini. Alhamdulillah.



dan pengakhiran yg ini juga bikin ibu emo seketika. sbb dah nak bercerai bilik dgn mia irsaleena. hhhmmm.... dah besar kekdahnya nk cuba tdoq sorang. dah nak sekolah kan esok lusa. sebelum ni mmg dia dh berjaya pun tdoq sorang.... tp kami la gedik ajak dia tdoq ramai2 balik. sian lak, dia mcm tgk kami tdoq ngan dani ja time tu. bila aku dh balik berpantang lg la dia berkepit ja tdoq ngan ayah. now dh aku ada dayyan, maka dani and damia kepit sama2 tdoq ngan ayah tera nak lena hanyut kan.


so malam ni damia request nk tdoq sendiri. mintak belikan jam loceng. hah hamekkk kaawww! jam ini bising amat!!! ada jiran yg bangun dulu esok nih. hihihihiii.... dia yg pilih sendiri. kaler kunin. ok. nasib tk pink. pinau kot bijik mata ibu tgk pink segala. tadi masa aku tidurkan mia siap baca buku, baca doa panjang2 mintak malaikat jagakan mia sampai pagi. then dia peluk lengan aku sampai terlena. masa tgh tdo2 ayam tu aku bergerak skit dia dh jaga. ayokkss!!! tunggu la sampai dia ghaib... fuh. syahdu kot. tp mmg elok la pun dia belajar gitu. memula....mmg la. lama2 ok la nanti. insyaAllah. tp dedua pengakhiran ni beri sejuta rasa dlm jiwa. terima kasih Allah atas kurniaan nikmatMu ini.

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Wednesday, December 19, 2012

terganggu!! pppfffftttttt.....

resah. gundah. frust dgn ke-stone-nan sendiri. ralat sgt sbb tak ikut gut feeling last week.
... love at 1st sight di outlet Charles & Keith, The Curve.
..... Isnin ushar dari jauh kat One Utama.
....... Selasa, belek2 jatuh cinta di outlet yg sama, mencuba tapi lain warna dan size juga tiada. nanges!!
......... Rabu ke The Curve semula dgn harapan ada saki baki terselit.
yg nyata cuma display unit saja yg ada, warna pulak dark grey, and ada calar skit sudehhhh.
Call pyramid outlet juga display unit sahaja. grey jugak!




tapi aku mahu yg ini!!! yg ini... yg terpaut di hati ini yg tiada galang ganti. aku ni susah nak dapat kasut bertutup yg sgt sesuai dgn jiwa. dgn cutting. if ada pun satu dua ja dan akan diguna dgn penuh kasih syg pakai smpai puas!! n rosak.... :(
sbb tu aku selalu pakai yg terbuka2 seksi gitu. yg terbuka2 ni senang ja nak dapat yg menarik di jiwa. n byk pilihan design serta range harga. patah tumbuh hilang berganti konsepnya. agak2 nk murah beli ja Vincci. sume pun santek222! nak yg mahai skit go for Primavera. Sembonia. tak pun Charles & Keith. Or apa2 jer lah. asalkan suka & aku amat risau kalo kasut sgt mahai more than rm200. maximum budget aku lah nih, korang may b tk kisah yg lebih mahal harganya. sungguh syg duit lah nak di pijak2 pulak. tapi kalo kata dh nak jugak n santek n berbaloi, aku redah gak la budget itu. huhu. sbb tu bila dapat pegang yg satu ini, mmg melekat terus dlm jiwa! stil within budget, selesa walaupun tinggi namun tapak depan yg tebal itu bikin rendah semula. haaaaa magic... propa!!
bila yg di atas tk dapat, maka ku pujuk diri beli yg ini. moga sejuk hati sbb kasut ini super seksi. warnanya juga menawan sanubari!




tapi masih berbekas resah kecewa ini, bagai hilang arah bila mencuba display unit berkali2 siang tadi!! ku tambah seri rewardkan sepasang lagi... pujuk dgn warna warni, dgn sejuta harapan tiada lg memori cik Cognac ini. namun mlm ini aku tewas. tewas dlm percaturan aku sendiri. makin bungkam rasa di hati. kenapa begini wahai sanubari?




ini malam hati menangis... pejam celik berkali2 ngadap ke kipas siling sambil fikiran ligat nak buat cemana nak jugak kasut nih, sementelah shuben pun sokong n kata lawa giler. ye la, lain padang lain belalang... hehehehe...
dh belek2 phone number outlet lain. akan ku cuba Empire Subang, Mid Vall, Pavi n KLCC walaupun nyata harapan itu adalah negatif, tp akan ku rogerssssssss jugak mereka esok. kalo betul tiada.... adakah perlu sampai kena order online?? ada sesiapa nak gi singapore dak. tolong!! #pengsannnnnnn

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Saturday, December 15, 2012

Ya Allah....lindungi la semua budak2!!!

huhuhu.... tk boleh tido... shuben balik dr dinner ngan client, kami borak2 hal mcm2. keluar cerita budak India 3thn, kena dera masuk youtube 2-3hari lepas. bapak tiri dia hentam cukup2! masa video tu tgh panas kt fb aku dh baca byk komen bengang, caci maki, description cara pukul, sumpah seranah org2 yg view. aku tk bleh blah aaa, mmg aku tk click view pun. baca komen dh cukup buat darah naik ke kepala, jantung getar mcm nk pecah dada. 1001 mcm rasa ada! rasa nk baling ipad jua. huhu.
pg td masa bfast aku baca kt paper, lagi teruk ada print screen 3 aksi pukulan walau di blurr kan skit tp tersentap selera siot!!! rasa nk gigit2 koyak2 paper tu ja. serious emo walaupun katanya dh kena tangkap n soal siasat. dlm hal ni aku sokong kalo polis siasat depa sambil belasah smpai mati pun tk pa!!! tolong balas dendam bg pihak ok. so tadi kami borak la hal yg sama. tiba2 aku mmg dok pendam rasa yg amat sgt dh kan, boleh nangis teresak2! panic gk kenapa emo nya Ya Kareem. but itu la realiti!!
dlm kepala aku cuma nampak bayang2 anak2 aku yg bertiga ni, mula la terfikir merepek2. tp cepat2 kupanjatkan doa semoga Allah panjangkn usia aku utk jaga n didik anak2 sampai depa boleh berdikari dan terhindar dari segala gejala penderaan kanak2!


giler kot...kalo nk pukul lain caranya. pukul nk mengajar anak itu ada kaedahnya dlm Islam. ini bukan pukul. apa yg berlaku adalah hentam! belasah! dera! org gila punya kerja ni. tk kira bangsa dan agama, sama saja kalau dh tdak pegangan dlm hidup mmg manusia mcm ni adalah binatang buas yg nk makan mangsa. binatang buas yg asli pun tahu sygkan anak dia. eeiiiii!!!!
kdg2 aku terfikir mcm mana la org2 ni tergamak nk belasah budak kecik? tk kesian ka tgk muka lembut, manja, mintak dilindungi, mintak perhatian??? Ya Allah sumpah kalo aku marah anak2 aku, time tengok muka depa tdoq aku boleh rasa nyesal yg teramat. boleh ja aku meleleh2 sedih sorang2!!! inikan pulak nk belasah sampai lembik!!! sungguh tk terjangkau dek akal ku... memang bangsat!!! titik.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Tuesday, December 4, 2012

GDO anak beranak katanya :)

dan December adalah bulan meriah dgn sale. wah! sale la sangat. year end sale, x'mas sale, back to school sale. walllahhh!! mana2 pun sama. so sempena damia nak masuk school maka aku tumpang sekaki la nak serbu sale. ewah mak limah. hihihiii...
kami keluar berdua ja, senang nak pilih itu ini bagai. tau la anak sorang tu tk boleh keputusan dlm hidup bila mata sudah rambang. errrr, sama ja ngan ibu jua. LOL. aku tk pasti quantiti yg patut sedia utk dia sekolah, tp secara logic hitung p hitung mai ku beli la baju putih 5 sbb pakai sehari sehelai terus sampai ptg kan, kain biru 2, kain hijau 2, kasut 3, tudung utk ptg also 3... cukup la kot kan. insyaAllah seadanya. nnt adjust lain lah. hihihiii... beli jugak singlet, org tu request nk pakai sbb dh besar dh sekolah. amboih. ok. beli. :) tk lupa jua boxer, handkerchief n socks. syoknya nak sekolah kan!!
selesai belek2, test2, beli2 n bayar2 maka kami terus bergerak ke new wing OU dgn gumbira rasa hati. aku seronok bila tgk mia seronok. walau tak semua perkara ku turut, tapi tetap yg satu itu ku kena ikut. yakni, sume kaler pink! goshhhh!!


then puaskan nafsu makan kat Seoul Garden. yumssss.... lagi la syiok makcik kecit tu main masak2, rebus2, bakar2! ibu dok dendiam dia nak served. tapi dia tk la layan makan heavy, cuma ku suapkan mee n a bit of chic n beef. selebihnya dia belasah salad, buah, ice cream. ha, makan jer la apa pun. ibu yg makan mcm2 bagai2 sampai sengkak tk larat bangun sudehhhh.
sambil makan kami chit chat gelak2, citer hal nk sekolah. ketara betul dia semangat, dia ceria. dia nervous at the same time. nak nangis kot ibu layan cerita dia! huhu... rindunya damia kecik2 bleh gomol2, now big pwinnceess sista lagi. owh me owh my!!! settle semua, ronda2 cuci mata jap tp nothing much yg aku berkenan sbb fokus energy sume utk damia nak skul. aku ni hari2 pun boleh shopping, tunggu mood mari saja. hihihiii...




sesampai di rumah tk sabar dia nk try itu ini, kemas itu ini. sempat pose utk ibu instag sbg kenangan. thanx Allah for granting me this cute lil girl. blessed us Allah. Ameen.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

sudah cukup sudah!

ok. cubaan nak tido awal adalah gagal. sejak lutut kong, aktiviti ke gym tersentap! insomniac pun timbul tenggelam sesuka hati. baru lepas supper gardenia 2keping. ya 2keping angkara dayyan lepas nyusu dgn lamanya. gigil2 perut ai mintak diganti isinya. hahahhaa... apakah ini. belasah!
so...bila gagal tido, maka jemari sibuk browse sana browse sini. aduhai la hai... actually ku ada skit rasa sesak semak nyampah gk main social media lately. tak tau la kenapa. tp tetap nk main. tetap twit, tetap instag...cuma ku pasti fb mmg dh kurenggggg. update ada, sbb pic instag ku link jugak sesetengahnya ke fb itu. ada la sekomen dua. weelll.... may b update masyarakat marhaeenn skrg ni amat pelik, galak, gigih, pulun, desperate, emo...ntah. bagai2 la bikin aku jelek. sejak bila la fren list aku ni pelik cenni ntah. aging factor kah perasaan ini.
cuba bersikap positif mahu suka, redha, terima la...itu wall masing2 maaaa per der hal. tapi tetap la hati ni tk keruan. sikit hari ku buat spring clean la. mana2 yg tk "hidup" dlm aktiviti aku nak kena lambaian world peace la kot. depa pun tk heran la kalo aku tetiba ilang dr list depa. stalker aku ni ada ker ramai? hahahaa... ramai sgt pun semak, tk der kawan kang wat per ko nk main fb dak? baik deactivate duk dendiam ja. haiyoooohhh!!
tapi kt twitter best, twit like no one care. kalo care pun lantak la. nama kata burung sapa nk marah bising sepanjang masa. hehehehe... but kdg2 pun ku tk tertwit gak. ikut mood la kan. ikut mood. hhhmmm... bila la nk berenti main semua2 ni. seronok bila seronok, semak bila meluat. hah. pulak. nmpk sgt dh over limit mata nih. otak dh penat tp mata degil tkmo lelap.
ok la. welcome december, hooyyeehhh :)

- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Friday, November 9, 2012

ciwi dapat presie :D

salam ceria!! cuaca sejuk diluar tp hati di dalam kembang kempis syiok. hahahahaa... ok, over! siang tadi aku dok ghalit dengar khutbah jumaat dari ruang dapur tetiba dapat sms frm hubby dearest.
"your fon is note kan?"
"yer la...sendiri yang belikan pun tk hengat, nak belikan note II pulak pun ok gak! kekekekee"
"ceh..."
"eh, tak solat jumaat ka? meronda tgk henfon?"
........ lepas setengah jam .........
"tak, tadi masa jalan kaki ke masjid lalu pyramid, saja tanya :P"
"owhhh.... potong stim betoi, ok bye"
........ jam menunjukkan ke angka 5:30pm ........
"by, buat teh tarik k... der goreng pisang."
maka kelentang kelentong la aku bikin teh tarik seteko kecik. mmg peberet shuben ku itu. piring kosong tersedia tunggu pisang goreng meniarap masuk. ahhahahaa...
tengah ku settlekan semua di meja....
"nah, baju baru"
"eh??? lorrr.... uiiitttt, santek!!! like like... tenkiu. cium sket!"







hihihihii.... alhamdulillah, note ku sudah dapat baju baru setelah 8bulan pakai baju merah ja. sempena nak Deepavali next week, nah....ameekkkaawww kaler striking fink n ijau pucuk pisang :D but truly deeply am so in love , wallllaaaahhhh lah taste shuben gua. muaahhhssss...
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Wednesday, November 7, 2012

ini masa dia...

salam. seribu satu rasa bila dapat berita teman yg satu ini ditimpa musibah.... mengalami slip disc di bahagian bawah tulang belakangnya. walaupun bukan major, namun jika tidak diberi rawatan segera beserta fisio yg betul boleh memudaratkan kesihatan dlm jangka panjang. dan kesakitan yg ditanggung akan berterusan hatta utk mendukung bayi pun akan terasa ngilunya! mendengar kisah dan keluh kesahnya buatkan hati wanitaku ini terdetik untuk meletakkan diri dlm situasinya. alangkah peritnya saat menanggung kesakitan itu, pedih juga rasa hati dgn layanan sejenis hospital yg kurang rasa hormat pada pesakit dan si polan yg tiada rasa belas kasihan dlm jiwanya. berbolak balik sejuta rasa aku sbg wanita, isteri dan ibu.


semoga kamu tabah Che Em. tabah mengharungi semuanya. diberi kekuatan olehNya utk segera sembuh, meneruskan hari2 indah dgn ceriamu. mewarnakan pelangi dgn cara yg tersendiri. aku percaya teman yg satu ini mampu bangkit dgn gagahnya utk meneruskan misi hidup sebagai hambaNya. amin.


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Monday, October 15, 2012

obvious... lately. aging?

kalau di tanya mama tentang peel aku masa sekolah, siapa sangka aku boleh tringin n ada rasa n minat n gigih rajin nak memasak! mungkin dulu asik di padang bersukan setiap ptg, aktif perihal aktiviti sekolah itu ini. dh gheja pun bz meetg sana sini, lepak chillaxing smpai ke mlm bila dh lepas ofis hour. honestly i had enjoyed my yesteryears to da max. ini mungkin la ada skit insaf nk jadi wifey n mommy n homey type gitu.
ewah! belasah la apa pun termnya, yg penting aku ada hobi baru yg sedang menyemarak dlm jiwa. factor usia kah yg bikin kita berubah? hhmmmm... seiring kegigihan ku masuk gym saban hari, makan tk pulak ku diet bagai nk rak! but... mmg ku susun menu agar lebih sihat dari yg tk sihatnya. insyaAllah. amin.
jom intai skit hasil jogetan di dapuran ku ini. lately la. since before bulan posa dh ngada jugak. but it continues until now. n me likey. enjoice. :)
pineapple steam kerapu in soy sauce... yummmeehh! serious ni google bagai nk rak sbb tetiba tringin nak wat ala menu chinese food. tp sebenarnya senang amat weh!!
ni marinated grilled chicken, simple habis! dah perap sume ngan bebahan, biar "mesra" then bakar. n kiddos makan sampai jilat jari. tk gaduh p kfc pun sbb bila depa p nak main ja lebih, makan skit ja muak dah. ok ibu masakkan yg sihat k! :D
my fav in high cholesterol. yg ni tk sihat tp i suka....bukan hari2! butter prawn. hehehehee.... takpa, makan then kita workout burn the calorie ok. janji!! damia tk minat udang sgt, so me n hubby ja layan. eerrrrmmmm lazats!!

this is whole family number 1 fav. pan grilled siakap, cicah la cili kicap or cencaluk or air asam. superb! partner in crime harus tomyam yummsss! mix vegie n white meat cik prawn. suka colours!! kalau stim ikan biasa2 my kiddos tk berkenan sgt, agaknya tk leh ngam ngan rasa sejati ikan tu sama. but kalo bakar mmg selesai sekali hadap. alhamdulillah!

steam chicken rice. rerebus ja. minyak ayam yg natural tu dh cukup bikin sedap semuanya. cepat, mudah n lazat. pehtu umpan la skit berry ripple ice cream tabur choc rice. tau2 ja la kids...sesekali nk gak manja n rewards. muaahhsss.
ini aglio olio value meal. hahahahaa.... but of course kalo aglio olio kena minyak la kan. goreng2 ni. but can choose olive oil. tk rasa pekat sgt mcm minyak sawit :) .... saya nak belajar hias spag lagi lepas ni. nk pusing2 gulung2 masa taruk dlm pinggan. masih fail dowh! huhu... layan puding n garlic bread cicah wild mushroom. ngada woooo menu ni. lengkap frm starter to dessert. me sooo over!
yo! all time fav spag bolog. pantas n sedapannnn!! like the true vegie colours.... chef ckp lepas rebus or stim cepat2 rendam dlm air ais! teknik nk menten the fresh colour katanya. menjadik wei bila ku tiru. dulu tk amik port pun. hahahaha... #tips
errmmm... ini fav shuben. asik rebus bakar jer kan, dia nk gak signature dish mak dia, santan mantan sume nihhhh.... lontong sambal bilis. ku belajar n ku yakin ku reti even aku ni org utara. mmg b4 this tk bleh masuk lontong nih. dh kawin org sini, dah itu ja menu utama korang igt ku tengok ja? kena la cuba. dap dap gak! n ikat la suami kata i pun reti masak cenni. hihihihi... ok, mmg tk leh lawan MIL wat, but ini lontong cik ta kekdahnya.




prepare for mee kuah sup tulang, tabur kacang tanah skit.... utara style! dah lama sy tringin nk bikin. tp tk jugak buat. tetiba mai idea nak buat. sementelah itu kelibuts la cari bahan. sgt teruja....terbayang2 wajah arwah jiran di kedah yg selalu masak ni n sedekah ke rumah jiran2 terdekat. mmg lazat. alfatihah utk arwah makcik ani. moga rohmu dicucuri rahmat di sana. amin...
tip top. insyaAllah. shuben request dah 2x bulan raya ritu. before this dia tk pernah kot rasa. or tk perasan pun dia pernah makan ke tak. LOL... so ku buat dgn penuh kasih syg, anak2 pun makan slurp sana slurp sini. nak menitik ayaq mata. besarnya kuasa air tgn ibu, patut la sampai la aku tetap merap mama nk makan itu ini. moga anak2 ku akan jd penggemar setia masakan ku hingga ke akhir hayat. insyaAllah.
last but not least, mana boleh tinggai laksa! tp pic ni laksa penang sbbnya daun selom out of stock kt kedai...maka bila diganti dgn salad harus la ada cik nenas. title pun kena tukaq. tk kisah la. janji laksa. n laksa mesti mau yg uratnya halus...laksa bihun. tenang nk telan. kalo hat mok mok ku kembang gak rasa tekak. psycho heh! damia dani sekali hadap 2 mangkuk. then after few hours mau repeat lg. kalo der baki utk esoknya pun depa mau balun. weiii... ayah geleng pala tgk anak sume turun mcm mak, hantu laksa! yeyeyeyeyeyee... *big grins*
laksa penang isi ikan kena kasaq skit...n byk bahan smpai org kata "sampah".... but itu yg bikin lagi sedap. heran ku cemana org makan laksa n kuah semata. paling pun buh timun ja. pe rasa? baik masak asam pedas rebus n taruk laksa dlm tu. settle. *jgn marah* hihihihii....cek bebel skit.
but this is obviously my new me n passion lately. masak simple pun nk over2 snap n published kat instag then ciwi sorang2! lagi ciwi bila anak laki puji cantik n sedap. ewah! kembang pungkoq cek. LOL.... yg paling best bila mama stalked my photo n she was caught by surprised. not to say am better than her but i wanna prove that her dotter who was so kayu before in da kitchen now has turned to a new leaf. infact, she is so proud of me. i know! ~lalalalalalala~

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Sunday, October 14, 2012

new routine.

ya, sdg menggila skrg. seminggu min.3x.... ada kala naik smpai 4x. over! target : tambah stamina ja... yg lelain kalo dapat itu rezeki berganda namanya. i like :D



ahli bwh umur, free yuran sepanjang hayat. LOL... sakan la budak tecit ni, tk penat weh! even lps 1hr swimmg dia bleh sambung kt sini... huhu *malu ibu*


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Wednesday, October 10, 2012

Merindu!!!



Sangat merindui laman ini...tp semangat menulis terbang entah ke mana, sekuat hati cuba digagahkan jua...namun sia2. Masih sepi tanpa nota. Maaf pada yg setia. Huhu...
~Posted via Blogaway using My Note~ ♥♥ietafakyra♥♥

Sunday, August 5, 2012

sungguh cinta!!

sukar utk dimengertikan. tp mmg surprise! dipendekkan citer tiba2 di pagi hening indah der van courier dtg hantar barang. bila bukak.....tada!!! impian hati.
wife : u owe me an explanation dear...
hubby : smile.
wife : thanx so much, u've made my day. *tears*
hubby : i know...
wife : how?
hubby : peep thru ur ipad bookmark, saw this pic n email to a fren, having conference in US... there goes my story.
wife : *grinsssss* *tears* tk terkata apa2!
owh dear.... i love u. alwez. sampai ke jannah. amin!!
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Sunday, July 29, 2012

instagram ituuuuu.....

salam 9ramadhan semua. ok. cemana keep track menu for iftar? sejak sy kenai instagram ianya jd satu kegilaan. gila dlm erti kata ciwi tgk pic sendiri. LOL. no. actually der satu aura dlm instagram ni. my personal opinion la ni. kan. errrr.... sy suka sbb boleh camwhoring sesuka hati. amik la pic mender pun n post, sume jd cun. ewah! n as for me ku suka pic foody. lagi satu, konsep insta ni pada aku dh mcm diary... boleh tgk balik menu per kita dh masak, yg selalu masak, yg plan nk masak bebila pulak. tp der la selang seli ngan pic2 lain la... tp sempena ramadhan ni mmg pada aku instagram ni sgt berguna. keep track menu per dh masak so repeat nenanti la pulak. and i hav come out with a concept like weekly basis nk masak theme apa. so last few days concept nasi. sementelah perut suamiku berbuka dgn nasi, maka ku harus turuti. aku biasa ja sume pun boleh. next week igt nak main bihun, mee or gril lak.... then back to nasi balik ka... tengok la kan cemana. boleh ka dia tahan, even sahur tu mmg wajib nasi jugak. hiihihiiii.... jom intai skit jom. ampun kalo der yg terliur... eh. mana der, sume pun kuat iman kan. yey!! 1st iftar berbuka umah MIL maka ku tk la gedik nk snap pic kan. heran lak mK nanti. hihihiii...
2nd iftar :) der gulai lemak udang n siakap bakar. 3rd iftar masak kurma ayam, tp kalut tk dan snap for insta. 4th iftar masak kuah asam pedas ja sbb i hav 5:30pm to 6:00pm only to cook. kelewatan atas urusan gheja. sbbnya anak2 balik nursery kul 6,so ku tk mau bersilat masak ngan depa. biar sume settle kemas bagai, tenang skit nk layan peel sorang2! huhu.... sama la pic pun tk dan amik.
5th iftar der kari ikan n mix vegie. then hubby tapau ayam percik. yumssss! errr boleh nmpk pic kuah asam perangat baki semlm. LOL.... kantoi!!
6th iftar sy hoverrrr sbb terasa nk main masak2... plus hubby tanya pandai ke buat nasi kaler... seumur hidup ni ku 1st time masak selain nasi putih. LOL... tp betoi la, mmg tk reti pun. so utk masak nasi tomato ni ku google la puan mama utk tuntut ilmu. untung2 dpt gi habib jewel sbb jaga perut suami kan. hihihiiii... beside hari ni mmg ku semak perut dgn gheja. maka ku off lappie seawal jam 4 n p kedai cari bahan sekali bikin puding karamel.
7th iftar bikin tomyam udang n vegie pairing dgn bawal sweet sour. terangkat !!!
8th iftar.... hhhmmm.... sepagi photo shoot kt studio utusan, maka hubby ckp tk payah masak. merap la tapau kuih sume from param, lepas maghrib kuar ke kedai makan, kekekekekee.... tp still ku amik pic comei2. kuih wajib kami tepung pelita. mmg tk ngecewakan la setakat ni membelinya. berbaloi. top up skit stoberi celup nutella for kiddos. depa bkn reti koi koi ni sume nk makan. haaiihh. ok. for next week rasa nk main masak2 pesyen lain lak. antara yg ada dlm kepala, as follows. ecewah. over!
bihun sup... pesyen utara ht kaler kuning tu sedap gk. cabai merah. wooowww!
oglio olio spag. not sushi aaaa, tk leh masuk kot posa2 nih. :)
tringin laksa fames telok kechai ni. tp ht ni pic lama, ku kalo bikin tdak la sambai nyioq bagai :)
dedua pun salmon. atas microwave, pic bwh pan grill. yumssss vegie tetap rebus2!!
nk masak yg ni tp tk reti.... kantonese yee mee. dapnyerrrrr!!! ok dah. janji ni last upload pic foody kala ramadhan. kalo der special ku citer lg k. selamat puasa n beriftar. bykkan ibadah, kurangkn juadah. eh!
** sume pic ni ihsan akaun instagram saya. ngeh ngeh ngeh... **
- Posted using BlogPress from my iPad ~ietafakyra~

Related Posts with Thumbnails