Wednesday, December 19, 2012

terganggu!! pppfffftttttt.....

resah. gundah. frust dgn ke-stone-nan sendiri. ralat sgt sbb tak ikut gut feeling last week.
... love at 1st sight di outlet Charles & Keith, The Curve.
..... Isnin ushar dari jauh kat One Utama.
....... Selasa, belek2 jatuh cinta di outlet yg sama, mencuba tapi lain warna dan size juga tiada. nanges!!
......... Rabu ke The Curve semula dgn harapan ada saki baki terselit.
yg nyata cuma display unit saja yg ada, warna pulak dark grey, and ada calar skit sudehhhh.
Call pyramid outlet juga display unit sahaja. grey jugak!




tapi aku mahu yg ini!!! yg ini... yg terpaut di hati ini yg tiada galang ganti. aku ni susah nak dapat kasut bertutup yg sgt sesuai dgn jiwa. dgn cutting. if ada pun satu dua ja dan akan diguna dgn penuh kasih syg pakai smpai puas!! n rosak.... :(
sbb tu aku selalu pakai yg terbuka2 seksi gitu. yg terbuka2 ni senang ja nak dapat yg menarik di jiwa. n byk pilihan design serta range harga. patah tumbuh hilang berganti konsepnya. agak2 nk murah beli ja Vincci. sume pun santek222! nak yg mahai skit go for Primavera. Sembonia. tak pun Charles & Keith. Or apa2 jer lah. asalkan suka & aku amat risau kalo kasut sgt mahai more than rm200. maximum budget aku lah nih, korang may b tk kisah yg lebih mahal harganya. sungguh syg duit lah nak di pijak2 pulak. tapi kalo kata dh nak jugak n santek n berbaloi, aku redah gak la budget itu. huhu. sbb tu bila dapat pegang yg satu ini, mmg melekat terus dlm jiwa! stil within budget, selesa walaupun tinggi namun tapak depan yg tebal itu bikin rendah semula. haaaaa magic... propa!!
bila yg di atas tk dapat, maka ku pujuk diri beli yg ini. moga sejuk hati sbb kasut ini super seksi. warnanya juga menawan sanubari!




tapi masih berbekas resah kecewa ini, bagai hilang arah bila mencuba display unit berkali2 siang tadi!! ku tambah seri rewardkan sepasang lagi... pujuk dgn warna warni, dgn sejuta harapan tiada lg memori cik Cognac ini. namun mlm ini aku tewas. tewas dlm percaturan aku sendiri. makin bungkam rasa di hati. kenapa begini wahai sanubari?




ini malam hati menangis... pejam celik berkali2 ngadap ke kipas siling sambil fikiran ligat nak buat cemana nak jugak kasut nih, sementelah shuben pun sokong n kata lawa giler. ye la, lain padang lain belalang... hehehehe...
dh belek2 phone number outlet lain. akan ku cuba Empire Subang, Mid Vall, Pavi n KLCC walaupun nyata harapan itu adalah negatif, tp akan ku rogerssssssss jugak mereka esok. kalo betul tiada.... adakah perlu sampai kena order online?? ada sesiapa nak gi singapore dak. tolong!! #pengsannnnnnn

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

0 magic words!:

Related Posts with Thumbnails