Showing posts with label celebrations. Show all posts
Showing posts with label celebrations. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

word from his heart ❤❤❤

alhamdulillah, i have turned 34 last Feb 28! wow....dah tua kan. tk terjangkau dek akal fikiran yg Allah dh kurniakan nikmat sebegini lama utk aku, namun tak setimpal balasan iman kuberikan terhadapNya. malu lah. but insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya utk memperbaiki diri ke jalan yg diredhaiNya. ameen.
sempena tarikh dan hari istimewa, sementelah sudah tua...tidak la ku inginkan segala celebration present bagai. cukup la dgn apa adanya dlm hidup ini, dah patut berhenti rasanya semua2 yg laqo...
"OK,salam semua, ibu nk tdokan adik n jumpa esok pg ja. korang jgn nakal2 dengar ckp ayah. tdo cepat skit jgn asik borak jaaaa" kumat kamit ibu memesan bagai. damia n dani dtg bersalam n kish2 pipi semua.
kt bilik, ibu dok uli2 dayyan mok mok, main gelak2 skit walau mood dia tk seberapa. walau dh slim dia tetap ada isi gak. bikin geram geget2. tp dayyan tk berapa sihat, dia demam ptg td kt skul. dh kasi ubat pun. semoga dia cepat kebah lah hendaknya.
tiba2 dalam samar lampu tido tu dan dgn mata rabun ibu ni dengar pintu dikuak... cahaya liuk2, suara halus nyanyi bday song. Allah haiiiii.... mesti gheja shuben i lah ni. komplot ngan anak2. sabar jer lah.
selesai nyanyi ibu tiupkan lilin atas kotak ferrero roccher itu. dayyan yg mayau2 lalok ubat plus tk sihat terpinga2 gak. heran dia apakah event yg sedang berlangsung nih.
kami pakat2 suap choc ke mulut. kongsi2 sbb dh hampir jam 11 pun nk mkn coklat bagai. gigi pun dh gosok sume.
haaiihh, seronok berpeluk bercium bersuap berbagai la. tak kisah la cemana pun, janji diaorg igt. budak2 cakap kt shuben dia org tanak tunggu esok nk wish cepat. nnt dh tdo terlepas jam 12am! owhhh gitu kisahnya....so advance celebration la jadinya. sweet lah.
dalam pada seronok mkn coklat, ayah berpesan pada anak2
"kita kena ingat hari lahir ibu sampai bila2 tau. katakan satu hari nanti ayah dah meninggal pun korang tetap kena raikan ibu" Allah hai.... rasa nak
tumpah ayaq mata tp ku tahankan jua. huhu. anak2 pun terangguk2 la mcm
paham bebenau.
damia n dani hulurkan kad. then diaorg terjerit2 "cepat la ayah kasi present ayah pulak, kitaorg takder duit nak beli present utk ibu...kakak nk guna duit tabung ayah tk kasi..." cebik damia.




"takper, ayah dh tlg belikan pun. duit kakak simpan ja bg penuh tabung tu. nnt nak masuk U senang" amboiiiii ayat power ayah haaa. hihihihiii...
dia hulurkan paper bag kecik. aku dah agak, sbb boleh baca brand kan.




alhamdulillah. thanx shuben. thanx anak2. thanx Allah atas kurniaan rezeki ini utk kongsi sama2. thanx Allah atas nikmat sebegini di kala senja memanjat usia. syukur.
selesai salam yg ntah ke berapa kali, kami bersurai. aku tidur dlm senyum. tapi terjaga2 sbb kena monitor dayyan yg tk berapa sihat...... nanti kita sambung kisah dayyan ok. huhu!
- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

awak....adik kita dh kawin!!

adik ketiga saya dh selamat diijab kabulkan last month. huurrmmm. sedih. seronok. syukur. tumpang bahagia tgk adik sendiri bahagia... tumpang ciwi2 amik gambaq dipelamin dia, bilik tidur dia. hik hik hik. syok nyibuk!





dlm pada tu sedih gk sbb akan sibuk la dia dgn tanggungjwb baru utk suami, keluarga suami, biasa la.... aku pun mcm tu jugak. tambah dia duduk di perlis, sikit sbyk mesti kena beratkn sebelah husband. taat gitu. tk bleh on call mcm selalu la bila aku balik kedah, ajak ronda jalan2 cari makan la, shopping tepi jalan la, merewang ngan anak2 aku la, picnic tetiba laaaa.... pasni kalo dh ada anak, insyaAllah lg la sibuk. tp makin meriah umah maktok. yey!!!


ini geng baju kotak, LOL!! sekeluarga yg rapat sume seragam,bantu membantu melancarkn majlis.



kakak, kamu adalah cantik sangat!! seronok tk muka berseri sinar bahagia itu... semoga perkahwinan ini dirahmati Nya, ameen.




syahdu la feeling nih. mix feeling. masa angah kahwin dulu aku rock ja. ermmmm sbb dia lelaki kot. pi mai pun tetap tunjang dlm family. ni bila kakak yg kahwin aku n adik rasa semcm. walau kami tk rapat dr kecik sbb duduk asing2, bila dh remaja kami click. ruang waktu yg sekejap ku isi sepenuhnya sblm berhijrah ke kl.




nanges! abah nikahkan sendiri anak dia kahwin kali ni. alhamdulillah.... aku n adik n mama sekali drama. terus rasa dh kurang satu ahli. makin dewasa ni bab family cukup sensitif. sbb makin kurang la ahli kt umah. sesekali ja berkumpul. ingtkan mama, sure sunyi dia.... nk tunggu ramai2 time majlis, raya, emergency gitu la... sadis! masing2 cari rezeki luar kawasan kan....




adik lg la sedih, depa mmg close dua org. sekolah rendah smpai menengah sume sama, duduk di kedah nun berkongsi bilik, katil, baju segala bagai lagi lama pada aku... dating pun p sama2! now adik dh duduk tg.malim ngejar cecita nk jd cikgu.
eeerrrmmm... pa la... tkmo citer lagi. syahdu menjengah, dlm hati ada taman. huk huk. semoga kakak bahagia ke jannah dgn akmal. tahniah!




- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Tuesday, January 1, 2013

happy new year 2013!

yes...almost end of our 1st day of 2013, me so bz lor today. btw wishing everybody a prosperous and happiness 365days ahead ya. apa yg lepas dlm 2012 kita simpan dlm lipatan, moga menjadi sejarah berguna utk terus meniti hari2 mendatang.ewah!




melepak close to midnite dekat roundbout Ikea, Mutiara Dsara. dengar la konsert dentam dentum dari balik building sana. ok, not my time anymore. nak muntah kot ramai2 sesak2 gitu. last layan semak samun mlm thn baru masa tgh peknen mia. full stop sampai skrg tk pegi. kekekekeek setakat cari bunga api ja la kasi gegar skit tinger. LOL




anak2 sungguh girangs! dengan pyjamas masing2 bergurau senda tunggu count down sambil makan kepok n minum ayaq milo kotak. asiiiikkkk amat! gamat! dayyan pun tk heran dentam dentum atas kepala, layan seh. ok olls.... last but not least, happy new year 2013 ok. happy happy happy!! cheerrrrssss.....




- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Friday, August 31, 2012

bday - merdeka - raya!!

August 31st!! happy 35th bday han darling... happy 55th National Day Malaysia dearest!! n still n raya mood. meriah!!!
cinta hati. sgt cinta!! thanx for everythg dear. super appreciate your super loves n cares. hope kekal jodoh kita ke akhir hayat, dipanjangkan usia utk sama2 pimpin tgn di hari tua. sampai ke jannah hendaknya. amin!!
so, merdeka eve p ronda n dinner kt Citta Mall, Subang. meriah lelampunya. tk pack so anak2 bebas bermain riang.
then shoot to kl, nk layan fireworks kt klcc. meriah sungguh! dah lama kami tk tengok live pun. malas nk bersesak! but this year mcm clear lak traffic. org balik kampung lg kot beraya... LOL
parking dari jauh ja pun...cantik, tp hubby amik video ja lupa nk snap picnya. hmmm...apapun three kiddos sgt sporting, even ngantuks ku tahaq jugak tkmo bg lena. on the way home baru semua terlentok2, tinggal la kami berdua ja blow candle n bukak present. hihiihiii... takpa la, anak2 dh sgt letih.
- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Agenda Syawal.

she is taken. eh. belum kot. booking ja :) hihiihhiii... alkisah 3rd raya my lil sis yg number 3 ni bertunang. memang dah jodoh, datang tanpa dipaksa tau2 ja plan nak bertunang. merisik before puasa hari tu. alhamdulillah n insyaAllah majlis langsung nya thn depan.
three of us. love hate siblings relationship.... hihihiii... sembang mcm gaduh! tp kasih syg tetap kukuh, insyaAllah. tinggai sorang lg ni, kasi belajar habis dulu la baru pikiaq. beza 10thn dgn aku. tak sangka sat ja semua nk lepas rumah dah bak kata org tua2! huhu... cenna nk ronggeng lg pakat kilik anak. hiihhihiii... nasib ku sulong anak dh besaq. phhheeeww!
me mama dearest! nampak benar dah di makan usia. rindu la tiap kali belek pic mama nih. dari kiri 23-53-33 ecewah! like :)
bebudak happy ja melasak kt mini pelamin atehnya. syok depa dok nyempit kt situ. si dayyan la suka naik turun stage tu. bila kakak abang nyanyi2 lagu raya dia pun mcm faham ja ikut tepuk tgn bagai, ciwi la rasa dh bleh main sama kot.
majlis berlangsung dlm hujan lebat, menyambut tetamu jauh. moga sejuk aman rumah tangganya nanti. usai berbincang hujan pun berhenti. haaiihh. mcm dh plan2 ja. elok la, perut lapaq semua hujan2 mkn panas2! licinnnnn.... view kat umah mama ni mcm berkabus ja. hujan rahmat. amin!
- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Salam 13Syawal...

ehem! selalu lewat. tp mood raya der lagi kan? ecececece... sume dh mula lapaq ketupat rendang semula. dah agak pun. weekend ni sambung ghaya lgi ok. cuti panjang 3hari tu. mesti jalan byk jem. ok duduk umah ja. jenjalan di sekitar cukup :)
anak2 ku jakun tk besa tengok pelita minyak gaiihh. so ini la hasil from kampung with love! if tk larang, nk di pegang2 ja api tu. tk faham kata panas n bleh membakar diri kekdahnya. hhmmm.... budak2!
as usual raya thn ni aku settlekan urusan di Kepong, usai beraya malam tu jgak cabut balik AS! keh keh keh.... bleh lepak lama skit ngan family gua. family di kl ni dh selalu sgt bertemu sapa. jadi jadi la kan. like!
menu wajib MIL di pagi raya is lontong. sambal bilis. terbaek! seumur hidup ku tk pernah makan, tp sejak kahwin dgn encik edi ensem (puji lebih skit) ku mula la reti makan ni. kekekekee... n mak bikin super lazat. *pengsan* makan non stop!
anak dah 3, kenet2 lagi so do not expect pic perfect. dapat snap dh kira cukup best ok. at least der kenangan gak. depa lebih suka nk melompat lari sana sini. kena dok diam sengih sume tk betah. candid buleh tahan aaa. tambah lak si dayyan tengah gigih berkawad satu rumah. si dani lak tk leh tengok adik tu bertatih dia sibuk nk ngusik. si damia rajin memujuk dukung sana sini. aduhai anak2! gasak la korang, layan kan ja peel masing2... nnt dah besar semua ibu rindu nk kecoh begini.
adik kakak ni ada mood mau gak posing. kena cepat2 before depa melasak semula. hehehehee... geram tgk dani melentok gitu. geget2!!!
hero kecik yg ngantuk sakan tp kesian tk leh nk tdo... ramai! bising! tp tkpa, malam masa nak balik kedah tu dia cover habis2 dlm gheta ghaib sampai AS sampai la ke siang hari raya kedua baru dia bangun. lega byk ibu. hihihihiiii...
ada la juga hasil berdua, mia snap. hmmm... jadik la. yg penting kasih syg dan ukhuwah sesama keluarga berpanjangan ke akhir hayat. n tq shuben for duit raya, present raya, kelengkapan raya and segalanya tentang raya lah. lebiusss! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin to all reader, moga segala salah dan silap kita dimaafkan ya. mana tau der yg terasa hati baca post2 i ... thanx sudi jengah ke mari. :)

- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Monday, August 13, 2012

double b'day celebrations!

entry hutang nih.... dah nk dekat sebulan baru mampu update :) alasan! my super duper hero turned 3 n 1y.o !! selang 5hari ja, both are july baby... bikin kat nursery, minum petang sambil potong kek. simple tp cukup bermakna utk mereka, especially dani la. sbb dia dah faham.. n mukanya sgt berseri2 happy nk sambut bday this year! hari2 countdown okeh. jom layan pica jom.
thank you ayah tolong ibu yg kekalutan! tgh sibuk2 siapkan loot bag tetiba dayyan terjaga nak susu. maka ayah tolong la sambung kerja terbengkalai itu. *muahsss*

jelly puding cake. senang nak jamu anak2 di taska yg rata2 below 4y.o kan. plus lembut n very colourful, sgt attractive. dani pilih sendiri kek tu. nak car! offset dgn ben10 sbb harga sampai 300 kekonon disney character. ceh. takpa la... nasib dani boleh tolak ansur. tk tolak pun ibu tetap akan tolak. LOL... hahahahaa
my 3 heroes.... love them muchos! sepattern ja muka, nasib dani der skit iras ibu. tk la jeles sgt i. *tamak*
kek n dayyan muka seiras! ahhahahaa... pipi sama kumbung la depa. dayyan mcm pooh ka pooh mcm dayyan nih. ihihihihihii.... gerem mmg stok geget2 ja nih!

happy bday dani iskandar and dayyan izz zarif! love u both till end of time. love sangat!!

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Sunday, June 17, 2012

♥we love u, ayah!♥

salam olls! happy father's day to all best daddy in da world. special wishes to my beloved abah in AS and oso my super duper love of my life, hubsy dearest i love u muchos. :)

simple celebration for our small family, the taught that count kan! so we had dinner outside, to our fav sec rec at D'Cova... cozy yet not so bz... takder hal nk kena behave or table manner :) sbb not many customer dtg sini (student area) kekekekeee...
we surprise ayah with cute card made by damia dearest. since friday dia dh sibuk2 nak kasi, jenuh ibu dok tahan n explain when is the suitable date. luckily dia mmg cepat pick up nowadays, tk susah nk pujuk. maka tersimpan rapi resi itu dlm laci. hiihhihiii...
as for dani n dayyan yg masih mentah itu, makan kek is the best to be explored. but still show some love of course ayah kan peberet depa. haiishh. ok jeles now. errmmm...
last but not least, my wish to beloved hubby, father of my kiddos "thanx han for being such a great ayah to them. i cant do much without u around. hope this happiness & loves remain tough forever. amin."
- Posted using BlogPress from my iPad ~ietafakyra~

Thursday, May 24, 2012

♥our 7th anniversary♥

salam olls... 20-05-05 till 20-05-12 genap la 7 tahun kami diijabkabulkan sbg suami isteri. isk isk isk... syahdu pulak tetiba. terbyg2 detik indah tangan bersalam dahi dicium lembut, mengucap syukur ke hadrat Allah sambil memanjatkan doa agar perkahwinan yg direstu ini berkekalan hingga ke akhir hayat lalu membawa ke syurga.
adat hidup berumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit... sama la jugak dgn kami, cumanya isu2 biasa & rajuk2 manja sering mengisi hari2 indah kami. semoga berterusan begini, tidak diduga dgn apa tk mampu ditanggung. semoga Allah perkenankan doa kami ni. amin!
so sementelah mama ada di sini, both of us grab the chance to go out together for hitea, saja luangkan masa berdua ja tanpa kiddo...kejap ja beberapa jam cuma. namun as usual nothing much utk dibualkan, insyaAllah masing2 faham dgn tugas,kehendak dan keinginan seiring dgn tanggungjawab masing2 dlm melayari bahtera rumahtangga ni.
tengok pic menu di atas, lazat eh! kami hiasi ptg yg indah dgn sweet n delicious menu from The Chocolate Lounge, The Curve. semua perasa choc. n i ate strawberries with choc jugak. lalalalalala... selesai minum2 cinta, jalan2 kejap then balik la. hehehehe.... simple kan! ♥♥♥ apapun i nak shout kat sini, "han, thanx a lot for your loves.nothing compares.thanx for pressie2 yg menarik jugak k. lebiu muchos each day. deeper. stronger. muaaahhhsss"
- Posted using BlogPress from my iPad ~ietafakyra~

party @kindy

rentetan bday damia dlm kesibukan jadual kerja ayah, maka terpaksa delay skit utk celebrate kt kindy. tp takper la asal sambut jugak kan. dh dari last year dia asik ckp kwn2 class celebrate bday tp dia tidak. mana taknya, dia kn buat kt nursery. so this year wat la kt kindy sbbnya dh tk gi nursery kan. hihihihihi...
simple but yet very warmth & memorable celebration for her. syiok la dia. ibu prepare seadanya and took it to her school together with adik2 jugak. then off to work. dah besar la anak ibu. sgt kakak2 ok. malu pun ada gak, tp dia tetap bersosial agih2kan party pack & cuppies yg comel itu to fellow teachers n frens.
cute kan? sume ckp cemana nk makan damia ni. comel la. so diaorg start kutil2 gula hiasan tu then cedok sikit2 makan. hahahaha... selamba ja budak2 ni wat kelakar. btw ibu pun tumpang happy la jugak. am a proud mother. really i do. thanx Allah for grant me with such a lovely daughter. semoga dia cekal meniti hari2 kedewasaan nanti. insyaAllah. amin.
- Posted using BlogPress from my iPad ~ietafakyra~

Friday, May 11, 2012

she turns SIX!

alhamdulillah... dah besar anak dara ibu! damia dh 6thn hari ni. ibu ayah masih blur blur mcm tk caya anak dh besar and nk sekolah rendah dh next year. adeh!! btw sempena hari indah utk mia, kick off celebration dgn GDO "girls day out" dgn ibu ja dulu. beli present n then kitaorg g Sakae Sushi memakan dgn rakusnya. hihiihhiii...
then wat slumber party berbaju tido secara kecik2 pada sebelah mlm utk our lil' family kt umah. tp adik dayyan tetap tk layan, lg syiok dia nk tdoq!! maka kami berempat ja la nyanyi2 n mkn pizza. menu seharian ni mmg international aaa. :p
then on next tuesday baru nk boleh celebrate dgn kawan2 skul dia. ini sume dek kekangan masa ayah yg super bz lately. meetg lah, site visit lah, PR work lah, nk exam lah. haaiihh. sian ayah. tp tkpa, yg penting ayah tetap responsible dgn rutin idup berkeluarga yg basic. tq ayah. :) then next week maktok n ateh mai sure nk celebrate lagi. depa dh sensiang ckp kt mia, apa lagi...menuntut la si gugurl ngada2 kan. haaiihhh. mcm2! apapun selamat hari jadi utk anak ibu. we love u muchos. alwez. forever. doa yg baik2 ja utk anak ibu, moga Allah perkenankn setiap doa ibu ini. amin.
- Posted using BlogPress from my iPad ~ietafakyra~

Related Posts with Thumbnails