Tuesday, October 30, 2012

kick off holiday mode...

ayok! cuti sekolah lagi 2weeks. kami dah mula rangka perjalanan...bukan apanya, gua mcm malas nk berjalan time sesak2... tambah damia nk masuk darjah 1, byk la urusan nk buat time cuti sekolah ni. 10/11/12 dah ada orientasi, nak kena g cari baju n kasut sekolah dia...takkan nak beli semua dah? anak ku cepat tinggi la. kang elok Jan 2013 semua singkat. hahahhaa.... may b beli sepasang ja kot, then nnt beli lagi lah time cuti sekolah tu.
so sempena cuti aidiladha kami lajak extend cuti... selesai dayyan buat korban yg wajib itu, maka kami balik ke Kota utk packing semua. Sunday morning nk start journey janji ngan kawan2 lain. nak bawak anak2 ke Lost World of Tambun. standard la ayah, ada tiket free, ajak kawan2 geng futsal dia lagi 4family, kami konvoi dari kl 4kereta. then 1family turun dari penang sbb balik kampung cuti raya kan. puas berendam air sejuk air panas semua... kami lepak apartment sebelah theme park tu. i malas snap pic yg sama ja...sbb Lost World ni kes sama mcm Sunway Lagoon aaah. acara n tempat wajib saban tahun. ahhahahaa...


then esoknya lepas lunch kami gerak naik Cameron Highlands. haaaa.... syoknya tengok nature! berbalam2 banjaran titiwangsa bikin hati gua rindu mau masuk keluar hutan adventure mcm zaman muda dulu, eh! tua ka. hiihihii... shuben pun nak test drive sportage dia kan. selalu test drive genting, ini kali kasi mencabar skit la. kekekeke... over! dh berbulan pakai baru nk test drive la sgt heh.


ok la, lama dh tk pergi sini. 1st time pegi masa bercinta...thn 2000. wooooo, lama wei 12 thn kemudian kami sampai lagi. ni kali kedua aku jejak CH, and with 3kiddos. not bad huh?! but seriously dh tk sejuk. heran. tk panas pun, tp hawa sejuk tk terasa. smpai lewat jam 6pm kami kt situ... biasa ja. masa nak turun balik baru nmpk jalan berkabus semua. gamaknya terlampau byk sgt development kt pekan tu yg tk rasa tu. jalan2 dlm hutan bukit masih sejuk kot sbb tu berkabus.





sedih gak...aku prefer genting. sbb development dia sakan gk, tapi tersusun. CH mmg bersepah. kotor. berdebu jugak. isk isk isk....hilang keseronokan tempat sejuk. hopefully geng2 yg "genggam" CH tk la rakus sgt smpai lupa kawasan hijau tu penting. focal point tadahan hujan Malaysia kot! haiyoooo....




btw this trip i ok ok ja... tk teruja sgt, sbb bila ramai2 stndrd la ngan anak kecik semua slow n easy ja schedulenya, tk rushing2. alhamdulillah anak2 ku ok. cuma dani ja baru nak elok demam, agak moody. n tak lalu makan. sian dia. huhu... shopping pun ala2 ja, sbb kt mana2 pun dh leh dpt souvenir typical gitu. ku beli strawberries (price pun pricy jugak) cuma fresh la kan, bunga sket, damia beli fridge magnet utk ticers katanya, present for maktok n nenek sekali. then bantal strawberry. thats all :D


siap digubah oleh kerastangan ku. sempena nak kick off Tuesday blues. katanya.... hhmmm... hampeh toi, tetap malas i nih. arrggghhhh *ngeliat skit*


i cant wait for another trip up north this weekend. ini best! gua mau makan puas2! LOL


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

anak ibu dh convo!!

Ya Allah...sebak syahdu seronok bangga semua ada dlm jiwa. bergenang ja air mata ni, menanti masa utk gugur. hati ibu sgt tersentuh kala menjejakkan kaki di dewan besar sempenan majlis konvo n annual concert tadika damia. erm... baru cenni, kalo dh besaq esok2 gradnya cemana eh. duuhhh! semoga Allah panjangkan umur ibu utk sama2 raikan detik sebegitu, amin!


amik scroll...formal pic teacher dah buat kat school, ala2 pic kedai kot. tk pulangkan lagi pic tu kat rumah...may b tunggu hujung2 nak cuti sekolah kot. harus diframe ok! concert kali ni geng mia menari lagu Beat It by late MJ. sakan bergedik. ikut step sume, rancak. hebat anak ibu! hiihihiii....


this year event ni dibuat dekat SRI KDU International School. dekat skit dengan rumah. last year kat Subang. tapi time tu damia buat konsert ja. tk grad lagi baru 5thn kan. but tetap teruja la tgk dia atas stage itu. zaman dah berubah, sedari kecik cenni anak2 dh didedahkan dgn acara besar. cemana la sekolah esok ni. berdebor dah ibu jadinya!!


after the event. abam dani pun teruja, nak gi skul mcm kakak jugak katanya! insyaAllah ok sayang. semoga dani pun dipermudahkan segala urusan nak belajar, sama mcm kakak. senang bgn pagi, tk meragam nak ke sekolah, semangat ja wat hwork, seronok nak joint semua event. pengalaman anak pertama ibu mmg menyeronokkan. harap damia akan carry attitude ni sampai ke sekolah rendah n menengah... and ke university perhaps!


adik dayyan mr cool. meronda seluruh pelosok dewan ala2 wakil rakyat. sempoi ja budak ni terkedek2 jalan sana sini. gerem ja nk geget2!! ibu ayah juga sangat teruja n berbangga, nak gak tumpang snap kasih syg dom dewan. hihiihihii... thanx han sayang, it will be tough without u around... thanx sgt sbb sama2 ambik berat tentang anak2, semoga kita berdua terus bekerjasama ke akhir hayat, ewah!


apapun doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidup damia. ayah juga tk ketinggalan. begitu juga dgn semua ahli keluarga yg menyayangi mia. semoga damia membesar menjadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat. tk lupa pada org tua, berjasa pada agama dan negara. memiliki jati diri dan iman yg kukuh walau ke mana jua kaki melangkah. ibu sayang mia selamanya. sayang sangat! *tears*


there goes my big gurl. sangat big. sangat sista2 ngan ibu. like!!! love u mimia. love u a lot damia irsaleena. ❤❤❤

- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Monday, October 15, 2012

obvious... lately. aging?

kalau di tanya mama tentang peel aku masa sekolah, siapa sangka aku boleh tringin n ada rasa n minat n gigih rajin nak memasak! mungkin dulu asik di padang bersukan setiap ptg, aktif perihal aktiviti sekolah itu ini. dh gheja pun bz meetg sana sini, lepak chillaxing smpai ke mlm bila dh lepas ofis hour. honestly i had enjoyed my yesteryears to da max. ini mungkin la ada skit insaf nk jadi wifey n mommy n homey type gitu.
ewah! belasah la apa pun termnya, yg penting aku ada hobi baru yg sedang menyemarak dlm jiwa. factor usia kah yg bikin kita berubah? hhmmmm... seiring kegigihan ku masuk gym saban hari, makan tk pulak ku diet bagai nk rak! but... mmg ku susun menu agar lebih sihat dari yg tk sihatnya. insyaAllah. amin.
jom intai skit hasil jogetan di dapuran ku ini. lately la. since before bulan posa dh ngada jugak. but it continues until now. n me likey. enjoice. :)
pineapple steam kerapu in soy sauce... yummmeehh! serious ni google bagai nk rak sbb tetiba tringin nak wat ala menu chinese food. tp sebenarnya senang amat weh!!
ni marinated grilled chicken, simple habis! dah perap sume ngan bebahan, biar "mesra" then bakar. n kiddos makan sampai jilat jari. tk gaduh p kfc pun sbb bila depa p nak main ja lebih, makan skit ja muak dah. ok ibu masakkan yg sihat k! :D
my fav in high cholesterol. yg ni tk sihat tp i suka....bukan hari2! butter prawn. hehehehee.... takpa, makan then kita workout burn the calorie ok. janji!! damia tk minat udang sgt, so me n hubby ja layan. eerrrrmmmm lazats!!

this is whole family number 1 fav. pan grilled siakap, cicah la cili kicap or cencaluk or air asam. superb! partner in crime harus tomyam yummsss! mix vegie n white meat cik prawn. suka colours!! kalau stim ikan biasa2 my kiddos tk berkenan sgt, agaknya tk leh ngam ngan rasa sejati ikan tu sama. but kalo bakar mmg selesai sekali hadap. alhamdulillah!

steam chicken rice. rerebus ja. minyak ayam yg natural tu dh cukup bikin sedap semuanya. cepat, mudah n lazat. pehtu umpan la skit berry ripple ice cream tabur choc rice. tau2 ja la kids...sesekali nk gak manja n rewards. muaahhsss.
ini aglio olio value meal. hahahahaa.... but of course kalo aglio olio kena minyak la kan. goreng2 ni. but can choose olive oil. tk rasa pekat sgt mcm minyak sawit :) .... saya nak belajar hias spag lagi lepas ni. nk pusing2 gulung2 masa taruk dlm pinggan. masih fail dowh! huhu... layan puding n garlic bread cicah wild mushroom. ngada woooo menu ni. lengkap frm starter to dessert. me sooo over!
yo! all time fav spag bolog. pantas n sedapannnn!! like the true vegie colours.... chef ckp lepas rebus or stim cepat2 rendam dlm air ais! teknik nk menten the fresh colour katanya. menjadik wei bila ku tiru. dulu tk amik port pun. hahahaha... #tips
errmmm... ini fav shuben. asik rebus bakar jer kan, dia nk gak signature dish mak dia, santan mantan sume nihhhh.... lontong sambal bilis. ku belajar n ku yakin ku reti even aku ni org utara. mmg b4 this tk bleh masuk lontong nih. dh kawin org sini, dah itu ja menu utama korang igt ku tengok ja? kena la cuba. dap dap gak! n ikat la suami kata i pun reti masak cenni. hihihihi... ok, mmg tk leh lawan MIL wat, but ini lontong cik ta kekdahnya.




prepare for mee kuah sup tulang, tabur kacang tanah skit.... utara style! dah lama sy tringin nk bikin. tp tk jugak buat. tetiba mai idea nak buat. sementelah itu kelibuts la cari bahan. sgt teruja....terbayang2 wajah arwah jiran di kedah yg selalu masak ni n sedekah ke rumah jiran2 terdekat. mmg lazat. alfatihah utk arwah makcik ani. moga rohmu dicucuri rahmat di sana. amin...
tip top. insyaAllah. shuben request dah 2x bulan raya ritu. before this dia tk pernah kot rasa. or tk perasan pun dia pernah makan ke tak. LOL... so ku buat dgn penuh kasih syg, anak2 pun makan slurp sana slurp sini. nak menitik ayaq mata. besarnya kuasa air tgn ibu, patut la sampai la aku tetap merap mama nk makan itu ini. moga anak2 ku akan jd penggemar setia masakan ku hingga ke akhir hayat. insyaAllah.
last but not least, mana boleh tinggai laksa! tp pic ni laksa penang sbbnya daun selom out of stock kt kedai...maka bila diganti dgn salad harus la ada cik nenas. title pun kena tukaq. tk kisah la. janji laksa. n laksa mesti mau yg uratnya halus...laksa bihun. tenang nk telan. kalo hat mok mok ku kembang gak rasa tekak. psycho heh! damia dani sekali hadap 2 mangkuk. then after few hours mau repeat lg. kalo der baki utk esoknya pun depa mau balun. weiii... ayah geleng pala tgk anak sume turun mcm mak, hantu laksa! yeyeyeyeyeyee... *big grins*
laksa penang isi ikan kena kasaq skit...n byk bahan smpai org kata "sampah".... but itu yg bikin lagi sedap. heran ku cemana org makan laksa n kuah semata. paling pun buh timun ja. pe rasa? baik masak asam pedas rebus n taruk laksa dlm tu. settle. *jgn marah* hihihihii....cek bebel skit.
but this is obviously my new me n passion lately. masak simple pun nk over2 snap n published kat instag then ciwi sorang2! lagi ciwi bila anak laki puji cantik n sedap. ewah! kembang pungkoq cek. LOL.... yg paling best bila mama stalked my photo n she was caught by surprised. not to say am better than her but i wanna prove that her dotter who was so kayu before in da kitchen now has turned to a new leaf. infact, she is so proud of me. i know! ~lalalalalalala~

- Posted using BlogPress from my iPad
~ietafakyra~

Sunday, October 14, 2012

new routine.

ya, sdg menggila skrg. seminggu min.3x.... ada kala naik smpai 4x. over! target : tambah stamina ja... yg lelain kalo dapat itu rezeki berganda namanya. i like :D



ahli bwh umur, free yuran sepanjang hayat. LOL... sakan la budak tecit ni, tk penat weh! even lps 1hr swimmg dia bleh sambung kt sini... huhu *malu ibu*


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

picnic!

amik mood! tak sabar rasanya nak jenjalan. sejak kakak school mmg semua programme byk kena hold sampai la cuti sekolah. standard la tu. anak dah besar kot. this month ja full every weekend der ja event kakak. final sem exam la, rehearsal concert la, grad la, then come raya haji. after that baru la kita2 nak berjimba. alhamdulillah dh prepare sume booking in advance. insyaAllah if tadak aral boleh la berseronok2 di luar kawasan rumah pulak.


tapi utk permulaan jom amik mood skit jom! si kakak sediakan khemah... nice natural light, evening sun! syok i dapat snap secara kebetulan gitu. ok ni bukan payung cilok, hotel mmg bagi kebetulan nak balik dari Pd hujan lebat and dari Langkawi panas amat! and dedua locations dani masih baby, rezeki la tu! depa kesian kat baby berpanas berhujan. ewah :)


then baring2 di laman seri pulak. fefeeling tidoq la kan! belasah ja....rumput tu mmg dibasuh setiap hari. alhamdulillah ayah kan rajin :) (up sket) hahahahaa.... syok kan jadi mereka. ibu tringin woooo


then ada bekal popop a.k.a keropok. haaaa! apa lagik.... picnic sakan la adik2 bila kakak dah jamu bagai. tengok kipas bateri tu. mmg panaihhh pun. berpeluh2 ha, sian depa. ekekekkee...


oopppsss!!! bagi popop tapi ayaq tadak. mengkelan dah kami dua badik makan. jom pi cari ayaq lekaihhhh, tercekik dah ni. hihihiiii....
sekian!


- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

peel mereka ❤❤❤

ok. tarik nafas! hembus....... not easy to handle the three kiddos. even 1 oso sudah terasa peningnya juga. tapi mereka ini anugerah Ilahi yg tak terhingga hebatnya, dunia dan akhirat. susah mana pun, keseronokan memiliki insan2 kecil ini sgt membahagiakan.
ada hari sgt kecoh, bingit dgn gelak tawa dan usik tangis. pantang bertempuh asik nk cengeng! pantang dipegang ada ja nak dirampas. pantang dicuit mesti nak meraung sekuat jiwa. hahahahhaaa.... macam2 peel bebudak ni. antara aksi sempat ku snap si dayyan tgh sungguh2 nak hijack botoi susu kakak n abam. dia kan masih bf, so kat rumah botol adalah tiada dlm wish list. eh! bukan dia nak pun, saja nk ngusik, nak jugak ada bila yg berdua tu ada. kan!!


ni pulak kala diam menyepi... buat hal masing2. ini adalah magis!! sesekali ja berlaku, namun tetap terasa sunyi sepi syurga kami. hhmmm.... si kakak bila dtg mood nak membaca or nk layan tv mmg dia tk heran sekeliling. kdg2 dani joint dia pun dedua senyap ja buntang mata tgk tv tu. ada gak tawa2 kecil, apa la yg mencuit hati tu sgt kan!
ada masa dani lagi suka menyendiri main ipad or toys dia. tp awas! pastikan si dayyan tak dtg nak hijack, nahas kena belasah. garang abam hero ni. sesekali mood baik nak la sharing, but out of 10, 8 mmg belasah aaa LOL!!! dayyan pun dh pandai melawan sbb belajar dari abam jugak la. if abang tk usik dia, dia yg usik abang. fair n square. *pengsan ibu*


but anyway, syukur Ya Allah atas rezeki paling berharga ni. tak semua pasangan dpt memiliki dan melalui hikmat sebegini. segala yg baik itu dariNya, dan yg buruk itu dari kita sendiri. sentiasa bersyukur. amin!

- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

selalu rindu!

semoga perasaan ini berkekalan ke akhir hayat. jauh rindu, dekat lagi rindu! anak2 keliling perlu perhatian...sentiasa curi perhatian. kami main mata, belai jiwa. mana tak rindu kan. hahahaha...harap jodoh kita kekal ke jannah ya han dearest, insyaAllah amin! jom dating jom...honeymoon seround ka, tk thn depan thn depan2 der lagi. keh keh keh. *gerdix mode activated*




- Posted using BlogPress from my iPad

~ietafakyra~

Wednesday, October 10, 2012

Merindu!!!



Sangat merindui laman ini...tp semangat menulis terbang entah ke mana, sekuat hati cuba digagahkan jua...namun sia2. Masih sepi tanpa nota. Maaf pada yg setia. Huhu...
~Posted via Blogaway using My Note~ ♥♥ietafakyra♥♥

Related Posts with Thumbnails