Thursday, May 27, 2010

syukur alhamdulillah!

tatkala ini kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sebab masih berkudrat utk terus mengetuk lappie comel ini sambil melayan perasaan lega yg amat sgt setelah selesai sume yg menakutkan aku. 5hari lepas, blog ni sunyi tanpa update. aku pun tk sempat nk singgah ziarah ke mana2 blog kwn2 yg lain... baru ja selesai qado satu persatu. skrg baru ada ruang utk aku berblogging pulak. :D
slow n steady, setelah 5 hari berehat aku mula rasa segar sikit badan nih. cuma pening2 lalat dan sesekali ada jugak rasa sakit kepala serta hidung bila aku menguap. tp tk la sampai rasa tk leh tahan. boleh... saja galak nak ngadu. hiihihihihi... but bahagian tekak paling sengsara di sini, even surgerynya itu pada hidung tp dah nama pun endoscopic surgery so camera dan segala wayar masuk ikut tekak. luka la.... dah la 6jam dok proses dlm hidung yg conet nih. mana tk perit rasa tekak, smpai sekarang ni nk cuci mulut lepas berus gigi masih ada kesan darah pada kahak tu. seksa tiap kali memberus! jom la kita layan pic kehidupan kami di sepital tempoh hari yer...
mama n dani yg temankan kami buat seketika mlm itu. aku jugak susukan dani sepuas2nya sampai dia naik muak jugak rasanya.tapi sebab mata dah ngantuk, dia layan gak nenen! hiihii..
damia yg asik makan selagi tk pukul 12am. kami kena start puasa after midnite.so selagi ada makanan yg dia teringin sume dia balun. aku ja yg tk baper nk lalu makan sbb tingatkan apa yg akan kami lalui esok. budak2 centu la... mana reti apa. haaiiihh!
that morning... siap mandi sume bagai, dia dah mula merengek mintak susu... air la, roti la... mcm2 akal dia. nasib nurse call cakap org OT nk datang jemput sudah. mana ayah ni, cepat la! aku yg berdebar2 sbb damia nak kena buat dulu... budak2 mana tahan puasa lama2 kan, so by 8am dh stand by prep kat OT.... 8.30 sharp depa start sume procedure. anggaran proses flush hidung damia dlm 1 hour plus. by 10 should be settled.
mereka berdua on the way to OT dan berehat sekejap kat day ward. bila doktor anesthetic dtg dan bgtau procedure bius sume, aku dah bergenang ayaq mata. tak sukanya! peluk damia kuat2, bisikkan ayat2 suci dan kalimah syahadah... hubby mintak nak dukung dia ke OT... tk payah la kerusi roda segala bagai. aku tak berani ikut, aku tk sekuat mana... elok depa masuk dan hilang di celah2 daun pintu tebal berlapis2 tu aku dah hujan lebat kat day ward, tup tup hubby sampai. dia peluk aku kuat2. dan temankan aku balik bilik utk bersiap2 tunggu giliran pulak. kami diam seribu bahasa.. sungguh aku kelu saat itu. isshhhh, tk mau igt lagi lah! tiba giliran aku, nurse dtg bawak katil terus, katanya senang nanti tk payah turun2 change bed terus ja. so aku akur, hubby ikut sama. tp tengok2 depa tolak aku masuk pintu lain sbb dh guna katil... dia dok tunggu kat area day ward sama ngan tmpt damia. aku pasrah ja sbbnya aku pun risau kalo damia dh siap dan dh sedar mmg hubby kena ada dgn dia.... aku tunggu giliran kat depan OT yg damia ada kat dalam tu! aku pun tak tau... plus mata pun rabun sbb tk leh pakai spec or lense sume kan. tiba2 aku dengar suara nangis and nurse sume dok panggil2 nama damia suruh bukak mata... aku terpaksa kecikkan anak mata utk tangkap dari mana dtg suara2 tu... tiba2 bilik OT dpn aku tu dibuka dan depa tolak katil keluar. DR Awal pakar ENT yg buat surgery tu pandang aku and mcm faham ja, dia angguk dan tunjuk tangan ke arah damia. dgn mata berkaca tp "ala2 buta" ni aku tolak selimut pelan2... nurse bantu aku turun, cepat2 aku meluru ke katil damia. pujuk2 dia ckp ibu ada and jgn nangis2 nnt berdarah. dia cool kejap.. then hubby pun masuk. he kissed me on my forehead and released me to go in. drama la jugak sbb rare case ibu n anak masuk OT same day except for emergency cases jer. hiihihii...
bila smpai turn aku, dr anestatic tu ckp "puan, ubat ni saya bagi utk bius dan tidurkan puan, then saya akan hentikan jantung utk elak pernafasan melalui hidung, kita bagi bantuan oksigen. baru dokter Awal boleh lakukan surgery dgn mudah ya. selawat dan mengucap yer puan." aku pasrah... mmg tk sedaq apa dah lepas tu. so as docter said, my procedure will be about 3hrs, but depends on the condition jugak. tunggu la suami and anak aku ni dgn penuh tabah. hubby cakap damia lepas 1hour sihat terus and sibuk nak berlari ke sana sini. heran betoi! tk sakit kah dia.... aduhai anak!
after 6hours baru operation aku siap... lama wei, mcm major operation ja haiihhh! apapun syukur la sume dah selesai. tp sakit badan2 ni sbb bila rest, sume otot pun rest. so muscle pain jugak la awai2 tu tera nak bergerak mcm normal balik kan... then tekak aku perit smpai tk leh ckp sbb tiap kali telan liur rasa luka amat sakit la.mkn pun tk leh telan betoi2. dari luaran mmg tk nmpa teruk pun, hidung pun tk la bleeding tahap melampau. boleh cuci2 and tampal balik kapas kain tu. lepas 3hari doctor cakap akan stop darah2 tp kahak masih berdarah sbb luka di tekak tu ambil masa nak sembuh. mmg aku ala2 org bisu sekejap n byk guna isyarat ja. sabtu malam kami dh discharge, aku mintak rehat kat rumah ja sebab senang hati sikit dapat tgk dani sekali. plus mama ada utk bantu itu ini. so now aku lepak rumah la under medical leave sampai june 4th. sedang elok lepas hubby ke umrah. mmg Allah itu Maha Mengetahui apa yg dirancangNya adalah terbaik utk umatnya. semoga kami pulih segera dan boleh hidup ceria seindah pelangi selepas hujan. AMIN.
p/s : kepada rakan2 yg mendoakan kami, hanya Allah yg balas jasa baik kalian. to hanim n shepah, aku tk bagi visit sbb aku risaukan hampa sbb berada dlm golongan berisiko H1N1, so tk payah la cari masalah kat sepital ni. kalo tadak apa hal toksah dok melawat sepital ok. love u guys... thanx once again.

11 magic words!:

Mimi Sharif said...

al-hamdulillah, smua dh sihat... dani cmna? dh bleh bf? kot la dr xbg sbb hang dok makan ubat...
Damia nmpk mcm tadak apa2 jer... Dah ke kindy semula?

Diamilikku said...

alhamdulillah...patut la tak jawab call aku..rupa2nya hang sudah menjadi "bisu" seketika..hahahhahaha....btw aku happy semua dah settle...cepat2 sembuh tau..aku nak tuntut marche kat hang nih....wink wink

d u r a said...

ieta, alhamdulillah dah selamat semuanya..sori aku tak dapat pi visit kat spital..aku ni pon baru terhegeh-hegeh dok melawat belog kawan-kawan lepas balik dari kuching ni..hang cuti sampai 4june eh..insyaalahh, aku akan visit hang kat umah boleh dak?
apapun gumbira lepas ni boleh la hang aktif balik cam biasa.you go girl!

fham5579 said...

aku ni suka nk touching lebih2..hahaha...mcm hg kata la dia jd lebih sedih sebab mak n anak sekali nk kena msk ot kan....
la mak hg jaga hg lg la? okla kan...kalau aku camna la..dgn anak2 aduyai..minta la disimpangkan...mentua tau sj la kan mana nk sama mak sendiri...
anyway take care friend...kalau dan aku pi visit hg sabtu ni...ada kenduri la mcm2 la..next week nk blk kg plak

iEtaFAkyR@ said...

hai mimi : aku dok ngan damia ja kat umah, dani pi nursery siang2. tk daya aku nk bela sorang2 dlm keadaan pening2 ni. sukur dia masih nak BF. menyondol2 geram lagi. aku notice susu makin kurang, may b sbb byk ubat2 lain kan...harap2 lepas dh tk mkn ubat nnt boleh la dpt mcm stok dulu2 balik.

sone : ha tu la... aku membisu seribu bahasa. kekekekee... sms ja hari2. mai la kita menggeletek di restoran lembu itu. jom!

iEtaFAkyR@ said...

dura : sila mai...hg tak nampak aku teruk2 dah haaiihh. aku dh sihat alhamdulillah, hidung pun tk bleeding lgi dah. c u!

hanim : hg aku citer happy pun sedih nih...kekekekee...besa la mommy preggy kan! wei, mak aku dah balik.sian dia nk tunggu lma2 esok edi pi umrah dia nk mai teman jugak.lg pun aku dh sihat, setakat mkn kami 2beranak siang2 aku masak biasa2 ja..janji tk pedas sbb kena pantang. seksa weh tk rasa cabai seingu dah nih. hhhmmmmm.... nway thanx for ur concern, mai la kalo ada free time.

sengetminda said...

aku baru melawat blog hang.....smoga cepat sihat. jgn kata hanim, aku pun touching gak. susah nak xplain perasaan tu....dududu. Sayang hang selalu.

iEtaFAkyR@ said...

thanx for drpping by shiera. aku tau set2 bos n staff mmg layan emo, wei hampa jgn dok nangeh2 dua2 org kat opis udah la yer... mana tau saling menjadi shoulder to cry on pulak! jd teman menggeletek la wei, baru meriahs! *hugggsss*

Diana said...

ieta...sedih aku baca, walau tgk damia mcm takdak apa2 ja...hehehe..syukur semua slamat...
lama xnampak mak hang, bila tgk gambaq teringat dulu dok stop main kat umah hang dgn wati...hehehe...kem salam dia nnt

iEtaFAkyR@ said...

dee...tu la, aku kesian kt damia la sbb aku rasa dia kecit sgt nk go thru all this, but i hav no choice..infact bila dia dh besaq esok if nose structure dia sama gak cam aku, harap2 endoscopic ni jd makin maju dan dia leh buat surgery tanpa rasa sakit mcm yg aku rasa. tp lg baik aku doa dia tk sakit terus! cancel sume procedure di atas. hihihiii.. insyaAllah aku gitau mama ku. wei, waty jd polis, hang tau dak?

Naddiea said...

ieta,weh sedih la weh..aku plak rasa risau bila baca.kene stop jantung etc.uuuii takutnya..huhuh..ni aku nk bersalin ceaser ni pun dh jadi cuak dh baca story hang.walaupun dh experience dua kali tp takut tetap ada.hang dlm OT sampai 6 jam noo..uisshh lama sungguh.aku bersalin c-sect pun x selama tu.wawawawa...tetiba aku jadi takut.huhu..

Related Posts with Thumbnails