Thursday, June 17, 2010

dia... kami... mereka... semua diujiNya!

syukur alhamdulillah. setidak2nya aku tahu Allah masih sayangkan kami semua. hubby, me, my kids, my family. even kena lalui ujian ini kami tahu Allah Maha Mengetahui apa yg dirancangNya. segala ujian itu petanda yg Allah masih sayangkan kami dan mahukan kami sentiasa ingat akan kekuasaanNya. walau perit dugaan yg perlu ditanggung, tp apa lah sangat kalo nak dibandingkan dgn kesusahan mereka di medan kezaliman. masih ramai diluar sana dlm konteks kekeluargaan, masyarakat dan dunia yg lebih hebat kepayahan hidup nak dibandingkan dgn apa yg aku lalui...
hari yg di nanti untuk menyambut kepulangan insan tercinta berlalu begitu sahaja tanpa kelibat. semua saudara yg bakal menyambut rombongan dari Mekah turut bersedia... dan menempuh kecewa. ye, sama saja dgn aku sbbnya ahli keluarga mereka juga tidak ada tiba seperti dalam jadual. sbbnya.... entah, sgt samar utk aku tulis di sini, bukan apa takut tersalah faham sbbnya fakta kejadian belum aku terima secara jelas berlintas langsung dari sana. makanya aku cuma berserah. apa yg pasti penerbangan pulang rombongan yg membawa suami, ibu mertua, abg ipar dan 2org anak buah aku masih terkandas di sana. katanya ada masalah passport. kedutaan bakal terlibat tapi harus tunggu sampai sabtu sebabnya khamis dan jumaat adalah hari cuti bg mereka. paling cepat kalo ada penerbangan kosong maka ahad akan sampai la mereka... itu pun if tadak sebarang masalah.
namun, hati perempuan, isteri dan ibu tetap terpalit pilu walau sebesar zarah. bila pandang muka damia aku resah, nasib soal jawab tentang kepulangan ayah tidak dihebahkan kepadanya. langsung aku, mama n adikku bagi alasan work ayah belum siap... then mama cakap "owh plane ayah tadak minyak la kakak. dh isi penuh2 nnt baru boleh terbang." balas mia "lama ke nak penuh minyak tu" *toing!toing!* mesti dia terbayang2 macam aku isi minyak kereta, kan sekejap jer... kenapa berhari2 kena tunggu nih. tapi dia pun mcm tk kuasa nak amik port lagi. aku tgk dia lalui hari2 dgn tenang, pergi balik school mcm biasa... namun riak hati Allah yg tahu betapa rindunya dia dgn gelak tawa dan usik-mengusik dgn ayah yg sgt kids-friendly itu. *uuuwaaaaa... ibu-frenly gak ayah tu, uhhuhuhuhuuuu*
dani... pead ckp "he look so depress... is he missing something in life?" i nodded... his dad. semlm bawak lagi ke klinik bila mama complaint dani tk makan minum, mogok seharian. nak tido ja. jamah bubur sesudu. susu botol pagi jer. sampai ptg tak mo apa2 lagi dah. doctor check. pneumonia. confirmed. sbb dah 3 kali nab within 2weeks still tk baik2 batuk dia. but early stage consider underlying asthma. pead bg surat suh pi hospital. discuss itu ini... aku rasa aku boleh monitor if he gave me some options. susah la kalo warded, aku tk punya kekuatan nk buat sendirian. plus aku baru start keje jer.
so, nabulized sekali then go for antibiotic. if mlm nmpk makin serious PERGI JUGAK kata pead. aku monitor him closely. dia BF direct. sgt lapar OK! sian... tp dia cepat penat la bila susu kuat2 n aliran pun laju jer. tk kisah la janji dia nk minum gak. aku massage perut dia kasi kurang kembung sbb seharian tk mkn apa2. bg ubat. dia tenang tido smpai pagi. jaga sekejap2 utk menyusu in small qty. setiap jam aku bgn jelum kepala and check suhu n breathing condition dia. looks ok to me. stayed back at home ja til morning. 9am terpacak depan clinic lg for check up. Alhamdulillah - CLEARED wheezing dia. so tk perlu nab lagi, tapi kena teruskn ubat. ptg nnt dtg lagi for review since aku tk mo warded kan. maka kena kerap la jumpa doctor. esok pg pun kena lagi sampai la doctor puas hati and confirm dia dah sihat. harap2 cepat la dia recover!!!
dan sekarang aku pening2 lalat sbb tak cukup tido and rehat. stress and tiring. sedih and down sgt. tapi depan anak2 aku purak2 selamba. aura positive harus ada utk aku terus hidup. anak2 adalah aura positif aku. semoga aku terus kuat. semoga mereka sihat. dgn harapan kepulangan yg di nanti bakal menjelma sedikit hari lagi. aku PASRAH! amin........

15 magic words!:

Mimi Sharif said...

ieta:
sabaq... sabaq... insya-allah, edi akan sampai dgn selamat... hang dah bertahan 10hari yg lalu, bertahan skit je lagi.. nasib baik damia xbyk bertanya, bila runsing2 kdg2 aku nk menjwb pertanyaan anak2 pun tak berdaya.. kami; kawan2 doakan yg terbaik utk edi & keluarganya...

iEtaFAkyR@ said...

thanx mimi...aku masih bertahan dan akan terus bertahan.sbb aku la ibu dan ayah depa la ni.mmg berat dugaan ni tp aku cuba berlagak ringan dgn harapan sengsara tu tk begitu terasa....tp dlm hati Allah ja yg tahu.

fham5579 said...

ooo patutla hg kata hg pening lalat..insyaallah everything will be alright fren....berdoala byk2 k! edy sampai dgn selamat and dani will be getting well soon...take care...be strong ibu!

iEtaFAkyR@ said...

thanx hanim! as per this morning check up, dani mmg dah recover... cuma batuk stil ada n doc said will b for a while utk pneumonia patient. so selesai satu bab. selebihnya aku masih terus berdoa utk kebaikan. AMIN.

d u r a said...

ieta, aku tau hang kuat. insyaallah, en. edy pulang nanti anak2 hang pun semua akan baik sihat balik. sakit rindu je kot..
hang pon lepas ni mesti otomatik ceria riang gumbira balik. lama tak baca entry riang ria dari hang..

iEtaFAkyR@ said...

dura *hugssss* aku mmg nk mengarang dgn senyum sengih n gelak ngekek mcm selalu... tp aku tadak material utk berbuat begitu sbb apa yg ada setakat hari ni sume suram ja. tu la, life kan ada ups n downs... so cemana aku nk publish entry yg meriah2222, OWH!! :(

Naddiea said...

owh ieta,sorry to hear that ur hubby x dapat balik on time..aku tau hang kuat kan.insyaallah sampai masanya hampa sefamily akan bersatu semula.damia n dani wil be happy as usual.and insyallah dani akan cepat sembuh.aku tau bila ank sakit mmg kita akan susah hati.Hayyan pun pernah kene pnemonia masa kecik2 dulu.sangat sedih sbb kecik dh kene masuk wad.hang kene monitor selalu la.kalo nampak dia sgt pasif cepat2 la pi jumpa paed ok..take care dear...

iEtaFAkyR@ said...

thanx nadd. aku AMIN kan doa hang tu! and mmg sgt sayu bila tgk anak2 tecit sakit. but td mama aku ckp dh nmpk dia aktif, NAIK TANGGA sendiri sampai atas masuk bilik aku cari "mama"... hihihihi...mcm2 la dani nih. btw tk bersalin lg kah cik puan? :D

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

~sigh~ sedih baca kisah hang especially bab dani relly miss his dad tu. budak kecik pun dah pandai rindu-rinduan. nak kata apa lagi..cuma blh la kata kat hang sabaq sabaq sabaq tapi aku tau berat mata memandang berat lagi bahu memikul. x bagi pneumococcal ka kat dani?

iEtaFAkyR@ said...

dah bagi eza...suppose 2nd jab last month. tp dh dia tk sihat beberapa minggu nih so asik postpone ja. pead mintak dia fully recover before proceed, hope by next week dia boleh la cucuk. suppose gap from 1st jab is 2mos, but now close to 3mos already... sian anak aku. huk huk huk......

aramis2177 said...

salam ieta...
hubby & rombongan dia ada prob kaa? so la ni depa kat mana? terkandas kat jeddah sini kaaa? apa2 let me know....leh kak farah pi tgk2 kut ada2 yg boley tlg......
apa2 inform kak farah naa...
p/s: sis, hang in there...jgn sedey2!!!! InsyaAllah everything will be OK!

Diamilikku said...

aku baru dapat baca blog hang..be strong beb...

iEtaFAkyR@ said...

salam sis farah, thanx for ur concern. from jeddah depa balik mekah semula. so tunggu hari ni la if ada perkembangan, may b ada lah planning mcm mana. if ada apa2 i roger u. mana tau, ieta pulak nk fly ke sana! dok rasa mcm nak buat centu ja nihhhhhhhhhhhhh.... :(

sone : thanx for dropping by. aku tau hg bz. its ok. focus on ur events beb!

Diana said...

takde lain yg dapat aku kata, melainkan sabar and tabahkan hati...take care ok?

iEtaFAkyR@ said...

D... thanx. insyaAllah aku ok. sedang berusaha melawan rasa dan kuatkan antibodi, rasa seram2 badan ni jgn la aku pulak yg demam!

Related Posts with Thumbnails