Wednesday, March 17, 2010

termenung sejenak...

entry ni sekadar luahan rasa aku dan buah fikiran insan kerdil di muka bumi Allah... lately ni aku agak byk berfikir, terfikir dan memikirkan soal2 hidup. jatuh bangun dan asam garam kehidupan yg sangat memeritkan insan2 yg aku kenal dalam kehidupan. setiap yg berlaku ada hikmah dan ketentuanNya, cuma belum dizahirkan secara nyata... tp sebagai manusia tetap kena teruskan usaha utk hidup. entah, agak sukar utk dimengertikan tp mmg rata2 ahli keluarga, sahabat, kenalan jauh or dekat, jiran2 atau sesiapa saja yg aku kenal termasuk diri sendiri mmg tak pernah lekang dihujani masalah kan...
KISAH 1 : tp dalam byk2 hal, ada satu yg melekat dlm kepala otak aku nih. bermula dgn perkenalan sejak sekolah, mereka menyulam cinta hingga ke jinjang pelamin. mmg ada masa2 up and down, adat dlm bercinta... menjadi saksi pertunangan dan perkahwinan mereka aku sgt2 bersyukur dan happy for them. majlisnya meriah dan pd pandangan mata kasar aku ni mahal jugak la segala hantaran dan persiapan yg dijalankn. jauh di sudut hati, dah boleh baca ada yg bakal terbeban di sini... aku kenal dan tahu dan faham akan ekonomi kehidupan yg rata2nya sederhana tetapi bilamana majlis perkahwinan agak hebat, sudah tentunya ada sumber kewangan tambahan. ya. pinjaman... dan usai berkahwin, hutang juga menggunung. mana dengan kewarasan fikiran diletak jauh2 tatkala berbelanja, tanpa mengukur baju di badan sendiri, sume mau branded dan butik mariiiiii.... hari demi hari dilalui penuh bahagia (walau dlm kepura-puraan, sekilas ikan di air...) hingga ke detik entry ini ditulis, aku rasa pemerhatian dan gerak hati aku jarang sekali mengecewakan. aku tak mahu mendoakan yg tidak baik, tp aku rasa ada sesuatu yg tak kena di situ. apabila si suami sudah mula menidakkan tanggungjawab terhadap keluarga, tapi sanggup berhabisan utk perkara lainnya, dan si isteri pula mula bosan dgn kehidupan "sempit" hasil tinggalan hutang berlambak2 ketika mahu membina istana cinta... makanya mcm2 masalah timbul. wahai hati, bersabar la untuk sedikit masa lagi. semoga ada sinar harapan utk kalian berdua. entah... di mana silapnya. duit juga menjadi punca! takut melihat akan keretakan yg mula meruncing. jangan la ada kisah duka yg bakal menjelma. air mata aku ni tk tertahan2 lagi... setiap kali aku terkenangkan mereka, hati aku meronta2 mahu menolong, tp apa yg boleh aku buat selain dr berdoa dan terus berdoa?? bila cuba nak nasihat, byk la alasan2 dan paling tk best if disalahertikan pulak. so mengambil sikap tunggu dan lihat (aku sgt tidak suka sikap ini!!) sejauh mana aku boleh bertahan menanti kejernihan itu bakal berlaku? si anak kecil baru belajar mengagah dunia, tapi keseronokan ibubapa tidak ditumpahkan kepadanya. kesian... sebak mengenangkan mereka, tapi apakan daya aku hanya insan yang terpilih utk menilai dan mengambil iktibar dari permasalahan mereka!
KISAH 2 : semalam aku balik ofis, park kereta kat depan pagar rumah ja... sebabnya hubby ke ipoh, tk dapat jemput anak2 balik nursery. dlm fikiran aku lepas siap mandi dan prepare bubur utk dani baru nak amik dia org. malas nk bukak pagar masuk parking 2 3 kali... tup tup nampak motor keluar dr kawasan surau dan penunggangnya gelap mcm berbangsa india. tiba2 dia senyum dan berhentikan motor sebelah tingkap kereta aku. sambil senyum dan mintak turunkan cermin, mahu berbicara lagaknya. aku fikir 2 3 kali jugak la, ushar keliling tadak pulak budak2 main kat luar time2 cenni. haaiihh! tengok muka boleh percaya gak ni... aku turun kan sikit cermin sebelah penumpang setakat boleh sangkut batang idung dia ja, janji dengar la apa dia nk tanya. berdasarkan citer sedih, dia mualaf baru convert from indian to muslim, the whole family 7pax. tapi kena buang keje, jiran sume india tak suka dia... so skrg tk cukup duit, nk beli susu anak pun tadak. nak wat i/c baru mau tukar status ke islam pun tk boleh... hhmmm... ok, aku congak pi congak mai, bg jer la sedekah tapi dok igt2 balik masa lunch td office mate yg bayarkan harga makanan aku sbb aku tadak small change, yg ada sekeping note Rm10 and the rest sume Rm50. aku dah bayar ke belum kat liza... kalo dah bayar confirm rezeki rm50 la kat mamat ni. seluk pi seluk mai, mana wallet aku nih??? addooiiii! tertinggal dlm drawer kat opih lerrrrrrrrrrrrrrrr! dlm keta tadak cash sikit pun, sume guna touch n go ja. mmg tadak rezeki hang la weiiii. dgn muka sedih aku ckp sorry, dan muka sedih jugak dia blah centu ja. hhmmm... nak wat cemana kan. sama ada dia cuba menipu sbb tu tk berjaya, or Allah nk suruh dia bekerja keras utk mencari jalan kebenaran kan. bukan dgn menadah tangan. sesungguhnya aku juga sgt careless! huuiishh... esok pi gheja tk dak lesen, tadak i/c and tadak duit sekupang pun. ihihhihii... jgn la ada polis gedik nak pull my car aside. lalalalalalala.....
itu saja kisah aku kali ini. tp mmg bila aku fikir2 balik... hidup manusia ni tk hbs2 bermasalah dgn duit, duit, duit! besaq sgt la duit tu kan... apa daaaa!

8 magic words!:

Naddiea said...

emm..macam2 ragam manusia kan.tp ieta,hang jaga2 tau.jgn sebarang2 bukak tingkap reta.aku yg cuak baca cerita hang ni.apa2 pun nasib baik niat murni hang nk tolong tu tak disalahgunakan.precaution lebih sket lepaih ni okeh.

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

aku kan baru2 ni kena mcm hang jugak..kat tepi pekan rabu. pondan mana ntah mai tepi tingkap keta aku nak minta 2-3 ringgit nak mkn tp aku kata purse x dak bg adik bwk pi beli pekasam (tipu dia)..dia insist nak duit and aku buat2 seluk beg tertarik duit 50 sen 3 kpg..siap minta halal lg kat aku pondan tu.sib baik la dia x sua pisau kat aku.

aku pun ada member yg prob dlm rumahtangga. bdk sekolah kita gak. pray her for the best je la.

iEtaFAkyR@ said...

hhmmm... guys, aku pun risau memula, sbb tu bukak skit ja bg lepas btg idung dia sangkut ja. hihihii... entah la wei, bab2 duit ni mmg mcm2 bleh jadik aaa.
eza : bab2 nikah kahwin ni, kita hanya mampu berdoa, dan berharap jgn la benda2 tak elok jd kat kita pulak kan. sian anak2... huhuhuuu...

sengetminda said...

qada' dan qadar semua dah ditentukan. semua org ada masalah sendiri, blum kawin atau dah kawin semua ada bahagian masing2. berat mata memandang berat lg lah bahu yg memikul.......

dlm 2 tahun ni aku tgk pelbagai masalah di kalangan kawan2 dan aku sendiri. airmata tu dah jadi lumrah cuma org xnampak jer.....

apa2 pun aku cuma nak teruskan hidup dgn baik sblum 'dijemput'. smoga kita smua bahagia

iEtaFAkyR@ said...

yer betul shiera.. mana kata manusia mana leh lekang ngan masalah. cuma kecik besaq ja impact dia tk tentu pada kita. tp aku selalu igt, kalo kita rasa kita susah... ada lg org yg lebih sengsara dari kita! so tenang dan bersabar serta bersyukurlah dgn kententuanNya. *sob*sob* insaf sekejap!

SM79 said...

aku setuju ieta.... duit sllunya menjadi prob utama dlm kehidupan seharian... biaqla hidup bersederhana aja dr setgh konsep "biaq papa asal bergaya...."

tp aku ad 1 kes mcm ni...melibatkan saudara mara aku jg... terlalu bnyk wang pn akan menjadi punca penceraian jg..sbb si suami hanya reti taboq duit ja... tp x reti nk beri kasih syg pada isteri & anak...

apa2 pun punca ialah DUIT.... renung2kan & selamat beramal... :)

Diamilikku said...

hurm..aku sokong...duit boleh membawa bahagia..duit juga boleh bawa derita....tapi apa yang lebih penting sebenarnya kepercayaan antara suami isteri....

iEtaFAkyR@ said...

tu la kan wei... sedih sungguh bila duit menjadi angkara. kita ni gheja la nak cari duit, tup tup duit pulak merosakkan bila dh tk reti nak value duit tu. sian DUIT. ihihihhihi...
apapun su n sone, aku redha ja rezeki byk mana mai yg tu ja aku terima. pandai2 la ukur baju di badan sendiri, aku hari lebih dan ada hari kurang. apa yg penting KERJAAAAAAAASAAAAMMMAA! aceh! wonderpets pulak... hahahahaa...

Related Posts with Thumbnails