Friday, August 27, 2010

dah besar dia nih....

my lil' chef to be........... suka dia nih kalo bleh tolong ibu di dapur. tp tolong menyesakkan ibu la kan. kita sibuk kelentang kelentung siapkan juadah berbuka, dia pun sibuk2 gak nk tolong. kdg2 seronok tgk gelagat dia, tp kdg2 bila adik pun buat kalut ibu jadi 800 kali kelibut. mula la nk naik hangin sbb takut tk sempat siap makanan. heh! korang ni kekanak... sabar jer la ibu. btw teacher kat skul pulak ajar buat topi chef guna imej bendera malaysia sempena our national day next week, lagi la dia sakan masuk dapur dgn topi chef itu! sengih sana, sengih sini... alolololooo dedara damia nihh... but bila sampai dia rasa bosan mmg tak der nya nak layan ibu yg garang nih. main2 kat luar ngan ayah lagi best. leh naik beskal, main mercun pop or paksa ayah bawak gi taman lg happening!
itu la dianya anak dara aku nan seorang. skrg ni sempena bulan baik ni kan, ayat2 dia berlatar blkg keagamaan skit. damia syg Allah la, suka solat la, tk mau ikut perangai syaitan la, nak masuk syurga la... mcm2 lagi aaa seiring dgn tazkirah lepas terawikh tu kan. tp yg bestnya ada sekali tu ayat yg kuar dari mulut dia berbunyi begini :
"damia nak masuk syurga, kat syurga tu best.... ada coklat, ada toys, bercahaya, ada sume yg elok2 ja..." tiba2 mata dia pandang jauh ke depan sbb masa tu kami dlm kereta sangkut kat jem... "ibu, ayah! tu la syurga.... cuba tgk... bercahaya, ada coklat, ais krim, toys... haaa kan?" korang tau benda per yg dia pointed to? KEDAI MESRA PETRONAS ~LOL~ sebabnya dlm mlm gelap tu tepi jalan kedai tu ja yg bercahaya dan juai beraneka segala macam... sementelah kat hway kan sume kelam ja... heh!!!
"kenapa ibu masuk rumah kita ibu bg salam? bukannya ada org pun nak jawab" aku senyum ja.... " ibu ni bg salam kat malaikat yg tolong jaga rumah kita, baru la berkat umah ni" muka dia mula blurrr... tapi nak gak cakap "malaikat tu duduk kat mana ibu?.... "malaikat tu kita tk boleh nmpk dia, tp kita kena percaya dia ada...." lega skit sbb aku rasa jawapan aku tepat. tiba2 "ha, tu dia malaikat! damia dah nampak pun, dia duduk kat situ2 jer ibu!!!" jari dia pointing kat ntah mana2 ja dlm rumah aku tu... hei budak nih, suka nk bg aku serem sejuk sorang2 tau!
ada satu pagi aku mmg pi ofis lewat, so lewat jugak hantar dia pi skul, siap dh bekfas sume kat rumah sbb dia ngadu "ala, kita dah lambat la ibu, nanti mesti damia tak dapat breakfast sbb kawan2 sume dah masuk belajar, damia jer tinggal" ibu mana tk sedih kalo2 kot la betoi anak aku tk diberi bekfas kan... tp hakikatnya mmg tiap2 pg cikgu dia tanya n bagi dia makan dulu even tinggai dia sorang2 ja pun. elok dah makan sume, smpai skul sambil jalan2 masuk ke dalam, cikgu dia sambil kunci pagar tanya dia "damia dah breakfast?" dgn muka selamba dia replied "belummm.....damia lapar nih" so, kalo korang la kan, korang rasa cemana.... aku dok dlm kereta bukak tingkap bleh dgr sebijik2 perkataan dia tau. saja jer bg ibu kalut pagi2 buat bekfas sume bagai... walhal dia mkn ciput ja. dah la aku posa, tk bleh nk perabih... gerem nih! memang SUPER DRAMA QUEEN aaaa budak nih. :)
errrkk... yer! anak aku! memang la sangat kann.... ~LOL~

4 magic words!:

Diana said...

hahahahahhaha!guling2 aku baca nih ieta! yg mampu kukatakan adalah...di mata tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan...hahahahahha

Anonymous said...

kedai mesra petronas....huhuhuhuhu....cayalah damia :D

Diamilikku said...

beb..kedai mesra petronas tu paling aku tak tahan....memang sangat errr.....apa nak kata the right words ehhh...hurmmm..~tak boleh jumpa ayat paling tepat~ tapi damia memang best...hehehhe..hang patut beli apron kat dia..pastu suh ahh dia buat keje2 yang simple2....

iEtaFAkyR@ said...

D... tu la pasai weh, aku ngan edi nak gelak terbahak2 gak, jenuh tahan weh! tp sgt tidak sesuai tau statement itu, mau ikut ajaran sesat org kata kat dia nnt! LOL...

eta : sila igt selalu okeh.... "MEESSRRREEEEE" ala2 bob AF gitu. hahahaa

sone : budak ni ala2 hangat2 taik ayam ja weh, buat masa ni aku tk leh spent masa byk utk kemas dapur. so biar la aku sorang ja bekerja. tunggu ada extra time boleh la aku layan dia sepah2kan dapur itu *wink*wink*

Related Posts with Thumbnails