Tuesday, May 10, 2011

..::if i want to quit!::..

ha amik kau! berat skit title ri nih. sesuai la ngan kesemakan kepala otak aku yg tk baper nak centre semenjak dua tiga menjak nih. lama dah berfikir nk luahkan semua ni, tp tk terbuat2 entry nya. tiap kali nk mulakan penulisan, ada skit rasa getar di situ. but after Mother's Day celebration semalam2 tu kan, aku rasa makin sesak gilerrrr dada ni. nak kena settle la cepat2 isu nih. heh!
aduhai hati.
aduhai minda.
aduhai jiwa.
aduhai emosi.
dengan segala hormatnya aku nk bincang kat sini. aku nk berenti kerja. sejak 2002 menjadi pekerja di 2 buah syarikat, maka kali ni terdetik satu rasa penat dan bosan dan cemuih dan rasa nk duduk rumah yg aku mmg tk bleh blah lagi aaa nk compromise. TAPIIIIIIIIIII....
.
.
ya banyak TAPI la pulak kan. jenuh pikiaq! orang kata waktu2 sekarang ni tk sesuai, sbb bila tengah carry baby mmg emosi tk stabil. yer ker. yer la kot. tapi bila time bekerja boleh ja buat keputusan utk masa depan company kan. utk kasi solutions satu2 hal kat site. kenapa utk diri sendiri tak boleh lak? hhhmmm.... *sighhh* sungguh mengada2 kan!!
series. dilema. semak kepala otak. selagi tk berenti dok rasa nak berenti situ la kan! tp bila dah berenti apa pulak kesudahannya? haaaaaa... cer berenti cer berenti! tengok apa akan jadik. LOL, giler... igt perkara main2 ka kejap benti kejap keje. haiisshh! ini yg berat nk disembangkan. actually tak tau nak mula cemana. tak tau nak kena pikiaq cemana. betul ka keputusan yang aku ambik nih. pokok pangkalnya hati. kalo aku terus bekerja tp hati gundah ja, rasa tak ikhlas, malas2, tak berkat rezeki tu kan. gaji ribu riban pun tk nampak keistimewaannya. cukup bulan habis macam tu jugak! ish. tak baik aaa.. jadi darah daging pulak tu.
owh no! aku tak suka. tapi jenuh dah cuba nak bagi suka, kesudahannya tetap negatif. makanya aku decide nak berenti. mmg kat ofis ni tadak masalah apa pun, gaji ok, benefit ok, staf ok, bos ok, job ok... bukan stress keje tp stress ngan diri sendiri yg sudah rasa bosan nih. agaknya sbb dah lama sangat kot aku kat sini. mungkin aku perlukan tempat baru. new environment, risk & challange. mana tau ada hikmahnya di situ.
but!!!!! to start everythg all over again @new place... ayookk!! gumana ek, ada rasa takut, cuak, risau, ishhhh... boleh ka. sesuai ka. ok ka. mcm2 pulak yg bersarang dlm kepala otak aku nih. merata gak aku ushar2 keje yg bersesuaian, but rasa nak muntah lak dok dlm construction line nih. boleh dak alang2 nk tukar ofis, aku nak tukar profession terus ok dak, hihihiii. tp tu la... ada ka tempat yg bleh terima? hhhmmm... tengok la cemana. belum cuba belum tau. dan seperkara lagi, boleh ka dapat offer yg lebih bagus ni? aahhh pulak! actually aku tk runsing sgt hal duit ringgit bukan sebab tk mau duit, tapi aku rasa janji cukup utk perbelanjaan WAJIB i.e for parents, insurans, shopping & spa (:P) and boleh simpan sikit2 pun dah la... setakat la ni aku dh beryukur sgt dgn apa yg ada. seadanya. alhamdulillah. sentiasa kupanjatkan doa moga2 cik suami terchenta tk berubah hati, diberi sihat tubuh badan dan terus2 berusaha utk menjamin kesempurnaan dan kebahagiaan keluarga kami. amin! cumanya aku risau gak mana tau kat tempat baru nanti silap2 jadi worst! hihihihii... apa2pun aku berpegang kepada pokok pangkal rezeki Allah pada aku. mungkin ni antara hint2 bahawa rezeki kat sini dh smpai di penghujung, kena usaha cari tang lain pulak. mungkin juga akan ada perjanjian yg lebih hebat dari Allah utk aku, siapa tau di hari muka, berlipat ganda pulak rezeki yg datang... kan Dia dah janji, setiap anak yg diberi itu ada rezeki masing2.
ok ok ok! aku nak bagi chance utk diri sendiri setahun ja lagi, maximum! (lama tuuuu weehhh....) boleh ka aku nak bertahan selama tu nanti. bukan apa, thn depan damia masih di montessori n nursery yg sama so aku tk risau sgt. but bila dah 2013 dia masuk darjah 1, ha jam tu aku cuak!! wei, anak nk naik turun van pepagi buta pehtu ptg sekolah agama, pehtu balik dh menghelop... uiiisshhh! ni yg buat aku semak. aku dulu relax ja berdikari pi sekolah naik van. pasai pa mai kat anak aku jadi tk bleh blah tak tau pikiaq. addooiihh!! tu baru cerita damia, tk masuk hat 2org di bawahnya lagi nih. errr... biar la aku jaga anak2 sendiri. boleh sep skit. cost hantar nursery 3 org kekanak itu and transport utk damia transit pun dah cecah 1.5K plus2. even ada elaun pun baper sgt aaa kan leh cover. *sighhhh*
.
.
tapi, memang ini la limitnya. kalo smpai penghujung 2012 ni aku masih semak kepala otak cenni tak kira la kat tempat baru ka masih di ofis lama ni ka, maka dh tertulis la tu tempat KERJA aku seterusnya adalah di rumah sebagai isteri, ibu, bibik, driver, teacher and last but not least of course am a QUEEN. muahahahahaha! i looiikkkeeeeee....
.
.
.
p/s : pasni i nak kena pikiaq how to become a sophisticated housewife, kena ada gaya, menjaga mutu dan keunggulan. treat my new job professionally. confirm aku akan feeling2 mcm tgh shooting rancangan masakan bila masuk dapur, then berangan jadi host ASTANA bila tgh ngemas rumah serta bergaya ala2 artis bila jadi driver anak pi - balik sekolah. phheeww! moga2 termakbul. amin! *ngeeeee*
.
.
.

9 magic words!:

bersama kak Es said...

panjang sungguh ieta pk... okeh la tu demi masa depan anak.

masa zaman kanak2 ni sekali je .. tak boleh nak turn back dah. Bila dah besar anak2 dah boleh berdikari. 1-12 yrs ni je kita boleh pampered.
Nak hanta / ambik sekolah pun waktu2 gini lah. Mesti anak2 pun suke mom sokmo ada dgn mrk.

Sokongggg!!

fham5579 said...

ieta, aku pn dok pikiaq cam hg bila irfan msk sek nnti.rasa nk buat semua tu sendiri..la ni aku hanya mampu iron baju ja kt dia..pastu time nk p sek jatuh kt tangan org lain psl dia sek ptg kan....sian dia..suka sgt kalau aritu aku yg akan antaq dia p sek..normally ckp bln la time aku nk p byr school fee dia..hopefully bila dia start sek pagi dptla aku uruskan dia.
psl keja tu aku pn cam hg..sgt cuak nk start tempat baru...tp xpa insyaallah buleh aih pelan2...mula2 mmg lama2 ok .... hg baik mesti org suka...heeeeeeeeee

iEtaFAkyR@ said...

kak es n hanim! thanx... komen hampa buat aku nk nanges pagi2 nih. terasa smpai ke tulang hitam betapa ramai yg kongsi perasaan serba salah ni. i cant forgive myself if anything goes wrong wit my kids future. sesungguhnya hanya Allah yg tau apa yg bersarang dlm kepala otak nih. aku tk larat dah nak lead the work for others. this time i must be firm n think of my family. nothing compare to the love we shared with them kan! *sob*sob* thanx again...

Diamilikku said...

Aku pelik kadang2....hurmm...dulu mak aku keje hospital ada shift lagi...masuk 7 pagi takpun 2 petang atau 9 malam..tapi lepas anak2 elok ja..aku pi sekolah naik basikal..sekolah menengah naik bas...makan belak siap bawak lagi mak aku prepare..ayah aku keje 8-4...tapi bila time aku..runsing duk pikiaq nak lepas anak2 belajaq..naik bas..boleh caya ka kat drive...haishhhh awat kita jadi pelik mcm ni ha?? nak kata mak pak kita tak sayang kita biaq kita dak juga...kita membesaq cukup kasih sayang....perubahan masa kah?? zaman sekarang menyebabkan mak2 menjadi lebih ortodoks...tak berfikiran positif...hwaaaaaaaaaaaaa..aku nak nangis jugak..pk kan nak berenti keje...tapi apakan daya..suamiku bukan jutawan...*boleh*?

iEtaFAkyR@ said...

tu la pasainya, aku dulu semua buat sndiri n berdikari sungguh. dh la dok di sekolah sehari2 ngan sports n other activity segala bagai, but still tk sama ngan suasana skrg nih. tambah2 area Klang Valley ni, aku sendiri semak nak lepaih anak2 pi mana2, biar la aku berkorban even laki aku pun bukan jutawan! :D

Anonymous said...

hmmm...kalau cikgu bosan dok kat skolah sedia ada leh sj tukar skolah...kalau mcm kes hang...kalau hang nak tukar terus profession aku rasa lagi best kot mencabar tu...kadang2 bila kita belajar buat benda baru seronok jugak...*ngah search info nak buat assignment...otak hat karat baru nak polish balik* :)

iEtaFAkyR@ said...

eta. aku rasa aku ni jenis yg flexible kot. boleh ja nk try benda2 baru as long as bukan profesional punya gheja mcm doctor tuh! masalahnya nk dptkan kepercayaan org masa nk promote kata kita buleh buat tu la yg agak mencuak. hmmm...

Diana said...

wah, congrats tukar keje!aku gak yg bertapa kat company aku neh :P but luckily kami bleh tukar2 keje dlm company so bila rasa boring aku start cari keje lain within...aku pun setuju bab apsai kita dulu ok ja, aku naik bas skolah pagi2 kol 6:30 tunggu dah, then skolah menengah naik bas public lagik...tgk anak abg aku kena amik antaq walau skolah menengah :P mak aku keja 8-5, tapi mampu ja jaga anak2, aku tanya dia, dia kata dia pun ada all those worries but mcm kita kata, tak mampu nak berenti demi family gak...so aku decide akan keja gak but kasi dekat dgn opis so that bleh still tengok2 family, mcm mak aku dok balik msk lunch dulu...yg penting, didik anak cara Islam, sbb aku tengok dah cth senior U aku yg anak 6 but VERY well-behave, siap yg 6thn bangun subuh sendiri *erkkk* doa seorg ibu kepada anak pun kan?

iEtaFAkyR@ said...

seronok dpt keje company besaq leh lompat2 dlm tu. ofis aku ni biasa2 ja, ada la pro n cons nya. aku tk lorat kt depa, tp hati aku ni ja. biasa la weh, lain padang lain belalangnya. so kita tunggu dan lihat ja apa akan jadi. aku pun masih berkira2 lagi, mana tau bila dh lepas bersalin sok kang syok la sbb leh bekerja spt biasa. la ni aku cepat penat kan, emo pun celaru tk tentu hala. heran toiiii... :D

Related Posts with Thumbnails