drama! drama! drama!
dramaqueen kerrrr????
ha... kenan dah la tu, bz sgt berbisnes dramaqueen segala bagai!
hehehehee.... masih terngiang2 cakap2 melawak, kiasan dan usikan rakan2 dan ahli keluarga aku sebaik saja aku galak bercerita perihal melahirkan baby ke-3 kali ini. adeh! kelam kelibut dibuatnya... alkisah rentetan premature contraction hari tu maka gynea dah bg date untuk induce bila dah masuk 37weeks. appointment hari selasa, tapi kena warded Isnin malam. insyaAllah selasa lepas Subuh macam tu boleh la nak jumpa baby baru. itu plan asalnya.
tapi sejak ahad petang aku mula terasa senak2 yang lain macam, tapi masih gigih bersuka ria dan wat evening walk dgn anak2 sambil tengok dia org main basikal la, motor la apa la... tup tup isnin pagi tu aku dah terasa contraction yg agak panjang tempoh masanya, more than 30 sec tapi dalam selang masa yg tidak begitu kerap, cuma sakit nya tu yg tk tahan. boleh menangis sorang2. so, me and hubby decided to go for check up. mana tau kot2 dah boleh bersalin... tk perlu la nak induce segala bagai kan. lepas hantar damia ke tadika and dani ke nursery terus la ke hospital. gynea aku shift petang pulak, jumpa ja gynea yg bertugas pagi tu. "ok. pintu rahim dah bukak 2cm. but not so soon because kepala baby masih tinggi, warded dulu, tunggu Dr Wan datang and buat review. u berehat, kalo sakit sgt bgtau nurse."
.
while waiting... 37weeks @ 62kg *ngeeee*
.
he made it on time. kekerapan contraction mula terasa. aku call nurse for paint killer. memandangkan labour room tengah free, terus ja diaorg pindahkan aku ke sana. jam dah menunjukkan ke angka 6pm. sedang aku berehat2 layan sakit sambil lalok ubat, tiba2 nurse dtg and looks a bit worried. rupanya degupan jantung baby tiba2 merudum. setiap kali contraction jantung baby drop giler2. Dr Wan masuk and stand by utk sebarang kemungkinan. aku yg tengah lalok tadi pun dah cergas sepenuhnya! berkat petua puan sone suruh mkn kurma and minum air zam zam utk tambah tenaga, mmg aku sgt cergas. bersedia sungguh nak push betul2 kali ni. sakit tu mmg sakit, tp aku lawan tahan. tak terasa pun nak mintak epidural. mmg aku boleh!
bila bukaan rahim masuk 7.5cm Dr Wan hentikan drip, dan cuma bergantung kepada kesakitan aku di paras normal sebab risaukan degupan jantung baby yg makin menurun bila contraction terlalu kuat hasil dari drip yg diaorg bagi tadi. tapi, lain pulak jadinya sebab kami semua terpaksa berehat... adegan suspen masing2 pandang ja mesin yg memaparkan kekuatan jantung baby and contraction aku tu. kenapa ya. hhmmm... contraction berhenti secara tiba2. hampir 10minit menunggu tak datang2. bila ada pun sikit ja, dan tak sakit sangat... then drop balik. but at this point baby's heart beat dah back to normal. doctor predict terbelit tali pusat dah kat leher tu so bekalan O2 makin berkurangan bila tiap kali ada contraction. bukaan 8cm, masih tiada kesakitan luar biasa utk membantu aku push baby tu keluar.
then aku dengar doctor cakap kat hubby dia terpaksa operate aku. adeh! c-sec pulak?? gudness. mmg tak dapat nk bangkang, nyawa baby lagi penting kala ini. both of us pasrah ja. tak dinafikan mmg kami tak bersedia langsung. bila pakar bius sampai dia org pun sibuk la sorongkan aku ke OT. hubby siap2 dgn baju and mask bagai utk masuk temankan aku and sign segala surat penting b4 operation nak dijalankan. dia masuk berdiri sebelah kanan, dicium ubun2 aku berkali2... nampak cecair jernih mengalir dicelah mask yg dia pakai. dan ajaibnya sepanjang proses nak bersiap sedia dalam OT room tu mmg aku tak rasa sakit langsung. sungguh! Dr Wan pun mcm tak ready ja nak bedah aku. dia masih berdiri kaku di depan kaki aku sambil mulut dia kumat kamit membaca kalimah suci doa2 segala bagai, sama mcm yang dia pesan kat aku... sambil kami menanti pakar bius tu buat keje dia dulu. Dr Ng namanya... dia tanya aku soalan2 lazim sebelum dibius, dah nampak pun jarum berisi ubat dia tengah sukat b4 nak inject aku.
tiba2.... "Dr Wan, i rasa nak teran lah!" sakitnya yg amat.................. sepantas kilat Dr Wan check "wait Dr Ng, max.10cm, giv her 1 more chance!" terus dia assist aku untuk cepat2 bersalin, alhamdulillah Isnin, 25 July 2011, jam 7.44pm dengan 2x push dan juga bantuan vaccum, kat atas katil SLIM dalam bilik OT tu lah aku lahirkan baby ke-3 kami. a boy! jenuh la husband aku and pakar bius yg dah tukar profession sbb kena tolong pegang patient, takut jatuh dari katil SLIM yg sgt la muat2 aku ja pun rasanya. selebihnya nurse2 sampai 6org nak tolong sambut baby and bantu Dr Wan... haiishhh. kalo bersalin normal kat labour room tk la ramai2 centu kena kerja keras. cukup Dr and Bidan ja wat keje then my hubby. ini dah kecah dua2 bilik, sume nak conquer yer. nasib la tadak org lain yg nak bersalin masa yg sama dgn aku. mmg kosong and free la bilik2 dan nurse2 yg ada tu.
.
day 1 - 12hrs after labour
.
macam2 gaya dan cara kan Allah nak uji kita. apapun aku bersyukur sangat2 dapat lalui semua detik getir dgn tabah. tk kira la merintih mcm mana sekali pun, hilang dah segala rasa sakit tu saat aku update blog mlm yg hening nih. syukur juga tiada sebarang komplikasi pun sebenarnya baby kami. elok ja semua, cuma masalahnya dgn contraction aku tu ja. main2 datang dan perginya silih berganti. mmg sgt syahdu tiap kali pandang muka baby. segar rasa jiwa, tenang dapat bau syurga bila cium insan kerdil lagi suci yg Allah kirimkan kepada kami sekeluarga. aku namakan baby
Dayyan Izz-Zarif bin Humaidi, membawa maksud Pelindung Kemuliaan & Periang.
.
kelahiran kali ini mmg byk dugaan, byk kerenah, dan byk jugak pengalaman yg aku peroleh. harap2 jgn la terbawak2 dlm perwatakan pulak yer. adeh. bila ditanya pada hubby, cemana perasaan dia... "trauma." simple ja jawab dia. aik? yg menyokong trauma... yg melaluinya bagaimana pulak??? *agagagagaga* tiada jawapan yg pasti... blurrrr :P











7 magic words!:
wah...sungguh trauma....nasib baik tak sempat cucuk epidural.......dramatik pun ye..apa2pun, semua dah selamat, alahmdulillah....
thanx sista... kalut gak la kan. haiisssh, tp syukur sume dh selesai. phheeww!
heheehhehe....syok baca drama hang nih...mcm dalam tv..hahahahah...:)aku cuma nak tanya satu soalan ja...
"tutup kedai atau dak?"
sebab hang kata bergantung pada proses kelahiran yang ke-3 kann *wink wink*
drama la sgt kan. aku rasa ketaq nak mampuih dah hg tak tau. hihihihi... tengok aaa, perbincangan masih dibekukan hingga ke satu tarikh yg belum ditetapkan. edi kata buat masa la jgn tanya. dia trauma. dia yg trauma okeh. dia... aku ni... aku... eerrr... :P
hahhahahahah....edi buat lawak aaarr...sian edi..dia takut apa2 jadi kat hampa dua org tu...okay okay aku tak mau buat lawak..aku kena serius..>:)
terasa mcm aku plak berada di situasi hg bila aku baca cerita ni.... betoi2 menghayati... hehehe apa2 pun syukur semuanya selamat.. sedap nama Dayyan Izz-Zarif... nama yg unik aku rasa.... (",) take care okes....
sone, mmg lepas settle sume aku suh recap situation nk bersalin tu pun dia tkmo...
sue, thanx. unik eh nama tu, sume tu dari buku jugak... tdak yg glamer2 pun :)
Post a Comment