Monday, January 2, 2012

2012...owh yeahhhhhhhhhhhhh!

salam olls. salam sejahtera. salam tahun baru. salam dihulur maaf dipinta. keh keh keh.... :P
btw kejap kan. pejam celik tidoq bangun tengok2 dah bertambah lagi setahun usia kita. usia dunia dan alam maya. semakin dekat juga kita dgn hari percaturan. hari kiamat. owh! cepat2 mari tingkatkan amal ibadah semoga kita semua tergolong dlm mukmin yg beriman. amin.
sungguh cliche ucapan saya. hihihiii... btw ini doa yg baik utk semua pembaca blog saya k.
2011 melabuhkan tirai dgn seribu satu kenangan. sama jugak la 2012 ni membuka tirai dgn seribu satu impian. sebagai hambaNya tak banyak yg saya dambakan. Alhamdulillah segala pemberian & kurniaanNya selama hayat saya sangat2 bermakna. tak ada satu pun yg tidak baik. segalanya indah untuk dikongsi bersama. terima kasih Ya Allah.
dan untuk kesekian kalinya Dia juga telah membuka satu lagi ruang & peluang untuk saya di tahun 2012 ini. memang dah lama sangat terintai2, terfikir2 dan adakalanya sedikit stress bila tk jumpa jalan keluar. namun Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. di saat saya dan rakan2 sepejabat makin bosan kena bekerja pada setiap hari sabtu (stgh hari) maka dengan rasminya boss dah announced semua akan bercuti pada setiap sabtu. so jam kerja akan bertambah dari 8.30am - 5.30pm (5days/week).... tapi boleh jugak nak masuk 9am-6pm. as for me, flexible la as long as masuk office jugak kan. :P knowing me yg gheja seperti tak gheja nih maka boss tk berapa lorat. (uuhhh i anak emas lalalalala)
tapi lagi bestnya........................ untuk saya la kan!! saya kan kdg2 lebih dari bos. ahhahahahaa. maka starting February 2012 saya akan WFH (work frm home) ~lalalalalalala~ menari2 gelek dangdut bagai ok~ 2X / week pilih la mana2 hari yg sesuai utk masuk office morning session, selebihnya duduk umah buat la gheja apa yg ada. or nak pegi office client ka, nak p site ka, nak duduk umah saja pun boleh aaaiiihh. yg penting kerja mesti siap. jujur & amanah menjaga kredibiliti syarikat. gitu katanyaaaaaaaaaaa :)
alhamdulillah syukur Ya Allah. sebagai seorang ibu, tak ada yg lebih baik dari susunan ini. memang anakanda dani & dayyan akan terus di nursery sbb saya tiada helper utk tengokkan mereka kala sy keluar bekerja or sedang siapkan kerja. tapi setidak2nya damia pergi/balik sekolah boleh saya jemput sendiri. sebelah ptg pun dia boleh duduk di rumah dgn saya saja. tk perlu pergi nursery lagik :) owh me owh myyyyyyyyyyy.... tak dapat bygkan apa yg akan berlaku nnt. semua yg indah2 saja di mata saya. ahahahha... syukur Ya Allah. sungguh tk terkata apa lagi. memang rezeki saya & jodoh bekerja di office ini sungguh kuat sampaikan diberi peluang keemasan ini.
maka dengan ini saya mmg tiada wishlist lain yg lebih hebat untuk 2012! dan azam saya utk 2012 ini nak jalankan tugas sbg hambaNya yg taat, isteri mithali (gitu kheennnn!) , ibu yg all-rounded, anak yg solehah serta menjadi pekerja dgn penuh dedikasi. terima kasih Ya Allah atas segala limpah kurniaMu terhadapku. semoga 2012 ini bermula, berterusan dan berakhir dgn penuh gemilang. insyaAllah.

6 magic words!:

Diamilikku said...

Apek terhidu niat hang nak berenti...sebelum dia kehilangan anak emas puyu dia yang poyo...baik dia ubah polisi syarikat...actually dah boleh hidu sket2....cuma saja tunggu announcement betoi2....congrats...

iEtaFAkyR@ said...

alhamdulillah. ini namanya rezeki berterusan. konsepnya masih ada yg sayang. ahaks! cheerrrssss.....

fham5579 said...

hg sungguh lucky la pn ieta....syabas & amin utk hg

iEtaFAkyR@ said...

alhamdulillah pn hanim. skrg masa utk aku, esok2 insyaAllah ada rezeki yg lebih baik utk hang k. jgn berhenti berdoa dan berharap. Allah ada :)

SM79 said...

tahniah ieta... tumpang gumbira bg pihak.... syok sguh la.... :)

iEtaFAkyR@ said...

alhamdulillah su. thanxxxxx

Related Posts with Thumbnails