sayu malam ni... sayu sangat! tiba2 hati aku tersentuh dgn pelbagai peristiwa yg berlaku lately ni. byk yg manis bakal aku tinggalkan dlm bulan May. dan yg pahit sekali akan aku tempuh dlm beberapa jam saja lagi. inilah dinamakan hidup, sekejap di atas, sekejap di bawah. sesekali rasa gundah menyelinap ke jiwa, memenuhi ruang2 kosong di celah2 keseronokan hidup aku. ya, mmg aku akui dan amat bersyukur sbb boleh dikatakan hidup aku penuh warna ceria. tapi sesekali dugaan kecil pasti muncul utk mengingatkan aku padaNya. syukur...
namun mlm yg sayu ni sgt mencuit rasa. terbyg wajah kecil mungil dani tatkala jam menginjak ke angka 11pm. dia mengantuk, tp masih cuba menguatkan semangat temankn aku di sini. pelukan2 dan gelak tawanya membuai perasaan aku. mcm mana la agaknya dia akan tidur mlm nanti di rumah? mata aku terpaku pada mama pulak, terima kasih tk terhingga sbb sudi hadir memberi aku semangat utk menempuh hari esok. dlm ketenangan itu aku tahu keresahan dijiwa mama bilamana saat mahu beransur kami sama2 menitiskan airmata. bila aku renung wajah hubby, nyata dia cuba sembunyikan keresahan terhadap 2kekasih hatinya yg akan ditinggalkan bermalam di sini. dia harus tunjuk kekuatan luar biasa tatkala isterinya juga sdg berlawan dgn 1001 rasa. sms pengganti diri dikirimkan kerana kami tidak mampu lagi utk saling berbicara seperti lunch siang tadi. keseronokan kami sambut hari bersejarah buat aku lupa seketika apa yg bakal aku lalui esok. aku rindu dia. rindu sangat. aku sayu!
malam ini aku tk punya bantal peluk "dedani" utk disusukan... bunyi pam madela memecah kesunyian bilik, sedaya upaya aku cuba kumpulkan susu utk dia buat bekalan hari esok walaupun aku sudah mula berpuasa. doktor advice at least for 3days dia perlu elak minum EBM sbb baki ubat masih tersisa dlm tubuh aku. malam ini juga dia akan tidur bersama ayah. susu aku pulak tidak semewah mana, puas sudah cuba dikumpul namun hasilnya tk sepertimana. agaknya aku stress fikirkan byk perkara... owh! ini tidak bagus... aku pasrah saja pada rezeki yg ada untuknya. semoga dia mahu minum lebih FM buat sementara waktu ini, dan jgn la FM itu memudaratkan anak aku. dan jgn juga dia terus tolak susu aku bila masa sudah mengizinkan kami menikmati sesi penyusuan ibu ini.
Ya Allah, sungguh aku tk sanggup melihat anak kecilku disakiti esok. sunggguh aku takut dia tk boleh menerima kesakitannya esok. sungguh aku rasa bersalah kerana membawa penyakit ini kepadanya. namun apalah daya aku, insan kerdil dimuka bumimu Ya Allah... sungguh aku pasrah dan harus mencari kekuatan diri demi anak2ku. oleh itu Ya Allah, aku mohon Kau berilah kekuatan utk aku melawan kesukaran ini walau seketika cuma. Semoga segalanya berjalan lancar dan kami akan pulih seperti sedia kala. AMIN.
salam dari Damansara Specialist,





7 magic words!:
beb...doa aku sentiasa bersama hang...take care....
Akak juga doakan yang terbaik untuk Damia begitu juga mamanya.
tissue please...wei pandai gak hg mengarang no..mcm novel cinta yg tangkap syahdu tu..aku dh menitik airmata dh ni...take care and kuatkan semangat ok...sgt terasa nk pi melawat hg...insyaallah aku try tp x berani nk janji.
damia leh dok 1 wad ngan hg ka...okla kan ...
take care wei, hang and damia...
sayunya..semoga berjalan lancar. take care. mana tau kot hidung bertambah mancung lps operate ni.ish aku blh buat lawak lg noh...
take care dear...
thanx guys... alhamdulillah sume berjalan lancar, cuma kesan sakitnya masih terasa saat ini. dh 5hari selesai, baru hari ni aku mampu nk ngadap lappie. thanx for the doa n concern, hanya Allah yg boleh balas jasa2 kalian. sayang korang *HUGSSS*
Post a Comment