Friday, July 2, 2010

noktah!

hening.... aku tercongok di depan lappie ni tak tau nak mulakan ayat cemana. tapi apapun syukur ke hadrat Ilahi sbb sudah kembalikan en.edi ke pangkuan kami sekeluarga. (tp aku tak puas2 lagi menatap wajah encem dia tu. ahakksss!) tapi sejak dia pulang ni feel menulis aku dah merudum. byk berangan kot. terlampau tenang sampai deria rasa dan ketangkasan minda nak menyulam cerita dah jadi below zero level. tepu.
but bila terkenangkan saat ditinggalkan dengan anakanda berdua tu, masih tersisa rasa berdebar nih. mau pecah jantung bila mana hati menguasai fikiran, terbayang perkara yg bukan2, cukup ngeri bila emosi mencecah tahap maximum. degupan jantung amat laju membatasi ruang2 waktu, menguasai segenap ruang kehidupan aku. percaturan aku sgt singkat, hari2 buka web page airline, mengintai2 seat kosong kalo2 aku perlu terbang ke pangkuan dia. sugul. ye! senyum depan anak2 dan mama hanya palsu. dibuat2 utk meredakan resah mereka... dgn harapan utk aku jugak tenang. tapi hampes la kan......
apapun mendung itu sudah berlalu. jumaat lepas 26 june jam 1pm aku terima sms "han dah landed, tapi flight ni tgh pusing2 cari parking" syukur ke hadratNya aku cepat2 panjatkan doa sambil mata ni berkaca2 juga. puas aku seka, aku tahan jgn tumpah sbbnya aku masih dlm meeting, kang apa kata jejaka2 contractor yg mmg suka ngusik itu. cis! aku kalah. "excuse me!" terkocoh2 bangun keluar dari cabin kat site. uiisshhh! panasnya kat luar nih... so cepatla mata ni kering. usai site meeting, aku pecut kereta balik. mmg aku apply half day pun, niat di hati nak jemput diaorg kat KLIA tapi jumaat pagi tu mmg ada urgent matters yg tak boleh missed. kena attend gak. tak pa la aku redha lahh.... :(
adoi! tringat balloon yg damia pesan... lencong ke kedai florist dekat ngan Bandar Utama, masuk cari balloon yg bersesuaian. ala... tadak la pulak. dlm sibuk mencari2, mata terpaku pada balloon mickey-minnie with "I LOVE U THIS MUCH!!!" okeh... boleh nih. belasah! paid n run. call nursery anak2, cikgu cakap masih tido dua2 orang. sian la pulak nak kejut. biar la dulu. hhhmmm.... la, aku lupa nak reply sms hubby! nak call ker? kenapa rasa berdebar2 lak nih. dup!dap!dup!dap! macam tunggu bakal mertua sarungkan cincin jer. ceh! sms jer la.... "han dah jumpa diaorg ker? since 11am dah tunggu kat airport" he replied ; "belum, clearance immigration ni lama sikit sbbnya passport sementara kan, so leceh la nk kumpul ramai2. mau amik sejam lebih nih. by tunggu kat umah mak jer"
close to 4pm, aku ke nursery fetched bebudak. damia sengih2 tgk balloon n father's day card yg dia buat tu dah tersedia dalam kereta... niat dihati nak surprisekan ayah la kot. becok mulut dia tanya itu ini itun inun... girangnya mmg tk tergambar. layan jer lah. yg si dani pulak tersengih2 mcm boleh rasa ada sesuatu yg istimewa menanti dia kejap lagi. harap2 mood ceria dia kembali bertakhta mcm dulu2. sedih tgk dia murung for the past 3weeks. sgt perit rasanya sampai susut badan sakit demam tak kebah2. aduhai anak, bersabar ya. moga kalian sentiasa dilindungiNya. aku yg drive ni rasa awat la jauh sgt umah mak nih.............. walhal 10-15mins bleh sampai pun. tp perasaan ptg tu mcm Ya Allah jauhnya, lambatnya, mcm2 lah rasa. hhaaaiiihhh!
sesampai ja tengok rombongan dari KLIA pun baru ja masuk rumah. anak buah aku baru nak kunci pagar, bukak la balik. kami masuk dgn senyum sengih. damia yg bising2 dlm kereta tadi terus membisu, kunci mulut tak terkata. kelibat seseorang yg sgt2 dirindui, yg sgt2 dinanti, yg sgt2 menjadi igauan tiap malam muncul dgn senyum manis. walau diwajah masih berbaki penat dan badan yg sudah susut juga... tak terkata la aku cemana. bagi laluan kat damia suh salam n peluk ayah, tapi dia stone... senyum sikit. tapi mata bergenang. perlahan2 dia hulur balloon n father's day card. simple words "for you...." slowly ayah ambik dari tangan kecil dia. "tanak salam n peluk ayah ker? kenapa ni, tk happy tgk ayah balik ker?" ayah tanya dgn nada sebak bila tgk anak dia kaku. satu2nya anak perempuan yg sgt manja dgn dia. sgt tidak pernah berenggang dgn dia. sgt GENG dgn dia.
aku pandang damia, muka dia mencuka. dia sedih kot tp tak tau nak cakap. dia syahdu tapi tk pandai nak luahkan. dia mai peluk aku, peluk kuat2 pulak tu!! aku yg nangis dulu (adoiii! aku nangis lagi saat menaip ini, cesss!!) aku tau hubby tak tahan diperlakukan begitu. bukan salah dia. dia pergi utk kebaikan. dia tinggal kami utk keberkatan. tapi apa lah yg si kecil tu mampu fikir kan... hubby mengalah dan rasanya dah tk sabar menanti si anak. dia tarik damia dan peluk erat2. air mata lelakinya tumpah jua seraya anak itu dlm rangkulan. melihat 2 beranak menangis, aku lagi la mcm lipas kudung tak tau nak buat apa. kang kalo aku yg meraung segan la pulak kat semua2 ahli keluarga yg ada... control ieta, control....!
dani buat muka pelik. pehtu boleh dok cium2 aku.... dia ingat aku sedih kot. ala2 memujuk aku la pulak. ibu gembira la nakkk.... gembira sampai tak tertahan air mata ni. ramai2 yg ada pun syahdu.... sbbnya anak2 aku mmg sgt tidak sihat sepanjang ketiadaan ayah. ipar duai aku tk putus2 berutus sms bertanya khabar. dan bila hari ni berjumpa mmg tak disanggah lagi sume dh kurus... dgn ibu sekali cekeding. :)
hubby rangkul dani pulak, tapi tangan si kecil tu tegang menahan ke dada ayah... tanda protest tak mau dipeluk. muka pelik dgn pandangan tajam diberi pada "lelaki" yg sedang dukung dia tu. is he a stranger or wat? lama dia tenung. silih ganti pandang ke arah aku. ayah cakap2 la ngan dani, sebut2 nama dia berkali2. stone ja budak tu. then dia liukkan badan nak datang kat aku balik. aikk? tk kenal ker dik?? ayah la... berkali2 gak aku introduce... lupa ke syg... ni kan ayah... kan, dani selalu jerit yayah! yayah! ha... ni la... ada dekat 5minit centu baru dia nak senyum2 malu. mula la tergedik2 menggelupur di kepala bahu aku, dia ala2 seronok. lepas tu baru nak pegi kat ayah. bila dah lentur emosi semua, dia pulun dok cium222 ayah... pipi, dagu, hidung sume basah dgn air liur dia... cium bukak mulut, mana tidaknya. heh adik nih!
damia cool, besides ada ramai kawan sbb sepupu sepapat dia sume balik kan nak jumpa nenek... so dia tk la ralat sangat... kejap ja hilang kelibat dia tak tau la main kat ceruk mana dlm rumah tu. sambil hubby dukung dani, dia peluk aku. terasa hangat ja bila ciuman singgah di pipi. (ala....pipi je ker? :P) rasa erat sgt. walau tanpa bicara, hati masing2 tetap bertaut dgn satu bahasa jiwa yg hanya kami ja faham. ikutkan hati takmau lepas ja pelukan tu. sekian lama menanti. pasrah sungguh! aku sendiri sebak tak habis2. jgn ditegur. if not boleh banjir rumah. ibu paling sakan jiwa kacaunya. mana dgn nak layan emosi sendiri, nak berlakon dpn anak2, nak urus segala anak2 yg sakit. aduh! mmg aku diujiNya. errrr... sambung cerita mlm nanti lah ek. rindu ibu-ayah ni tak terzahir dgn kata2. hahaahahhaaa...
dah! selebihnya kami duduk2 gelak2 sembang2 cerita2 hal2 mereka sebagai pelarian... sambil2 tu hubby sempat peluk2 bahu aku, usap2 cincin kahwin yg aku pakai sambil cium2 jemari aku! owh aku yg syahdu sendiri.... coz he never failed in doing that!! **tearss** tiap kali aku pandang anak mata dia, hening sangat. tenang... sungguh aku rindu dia! tapi bila kita terpaksa mengalah dgn situasi mmg kepada Allah kita berserah. aku yakin ada hikmah disebalik semua ni. tengok la pica si dani yg paling sibuk nak ajak ayah sembang. mcm2 dia bagi mainan la apa2 saja yg dia pegang sume dia kasi ayah. nak ajak main la tu. sungguh sunyi hidup dia tanpa gelak kekek ngan ayah tu. even budak kecik, hati dia sgt besar bila meyambut yg dirindui....... so dgn harapan mendung kelabu akan berarak pergi. semoga kami sekeluarga kekal bahagia begini, selamanya. alhamdulillah. amin.
p/s : mmg aku tk bleh nak sungguh2 jerit gumbira di mana2, tp aku nak jugak shout-out kat blog kesayangan nih bahawasanya ;
"YYYEEEEEHHHAAAAA. cinta hati aku sudah pulang!!!" ngeh...ngeh...ngeh...

14 magic words!:

Diamilikku said...

weiihhh..
JGN DUK BUAT ENTRY SEDIH LAGI..bengong la hang...aku dah nangis dah baca entry ni...huhuhuhu....

tak suka tau...tapi aku bersyukur semuanya kembali normal..aku boleh imagine the real situation...sebab alesha ngan aisy pun bereaksi sama...

d u r a said...

yessss! lepas ni ieta kembali ceria!!

iEtaFAkyR@ said...

sone... aku igt tk publish lg entry nih sbb kat ofis td tetiba dc masa click publish. kena upgrade skit sbb pica tk upload tadi. heh!

dura... insyaAllah aku akan cuba update yg best2222ghenyih smpai tinger pasni okeh!

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

after 4 times reading baru leh komen..byk tui gangguan bila baca dgn irsa. kdg2 ada bergenang seketika bila baca, tp aku pun cam hang gak cepat2 kontrol, mujoq baca dgn irsa kalau dok emo sorg2 mau nangis.

lega la dah lepaskan "rindu-rinduan" baru leh update entry dgn tenang. mujoq juga x tergugat dgn jejaka2 kontraktor kat site.

Diana said...

sob sob sob....aku speechless...jeles pun ader...hehehe

pasni boh entry yg ceria2 sket weh, aku baru dok hati berbunga2 laling aku nak balik esok cuti seminggu nih...sob sob sob...tp dok feeling dgn entry hang plakkk...

iEtaFAkyR@ said...

eza : jejaka kat site sume apek sbb aku keje company cina ok. sbb tu la hubby aku pun ada iras cina... kena tempias kot nih. ahahahaa, wei jgn la sedih hampa nih... aku buat ayat kalut2 n ada gak selit2 ayat galak hampa kata sedih. camno.... huhuhuhuhu

DD : hg pun sama..... cukup2! satgi cik abang balik OK la emo hang tu nnt. dah dah, jgn nak jeles2 lagi ka apa ka... sila bertenang n pi make up lawa2. but dun over do mcm maid pattani hg yg lama dulu tu ok. ngeri dia kang. hihihihihii... *hugss*

aramis2177 said...

alhamdulillah semua dh selamat kembali ke malaysia!!!!! so paih ni jgn sedey2 dah naa........:p

iEtaFAkyR@ said...

hai kak fah! tu la pasai... i dah ok pun serik dah bersedih sekian lama. hihihihihihi.... u pun jgn sedih2 sis, terbawak2 emo nk tinggai jeddah, dh leh rasa aura dlm blog u tu ha... *hugsss*

Naddiea said...

ieta laling,aku dh nanges okeh baca entry hang.betoi kata sone,hang suka taw buat entry sedey2 gitu.huhu..lepas ni no no entry sedey2 okeh..lepas ni berat badan hang n anak2 mesti naik okay.x mo kuwus2 sangat.x seksi..haha...

Anonymous said...

yeay... :) sebenarnya aku tak tau nak kata apa...kalau dalam hati musim bunga :)

iEtaFAkyR@ said...

pah! aku paling heran ngan kgkawan nih... selalu ka aku wat entry sedih. ish ish ish... mintak mahap la wei. pass ni aku guna ayat gila2 lak. thanx anyway.... bab kurus tu tk bleh blah sbb mmg tk tau pi mana isi aku sume. :)

eta : hg singgah pun dh kira baik utk aku... memeriahkan pelawat blog aku ni kan ha. thanx we, mmg musim bunga dlm jiwa nih. ihihihhiii

SM79 said...

alhamdulillah... dh ceria kawan aku nihh... suka la tuh,....

sonoknya dengaq berita gumbira...

fham5579 said...

awat aku paling lambat baca entry yg ditggu2 ni..wei dlm dok kata xdk idea nk tulis ayat2 hg tu leh buat semua pembaca berkaca2 mata dok tahan dr tumpah...sedih n happy for u....semoga hgpa kekal hingga akhir hayat naih.....

iEtaFAkyR@ said...

hai sue. thanx yer! tu la kita ni kalo org seronok tumpang gembira gak... sedih pun terasa sedih kan! :)

hanim... lorrr, silap aku la pi buat entry hari jumaat. ptg pulak tu. may b hang bz lah ni. sabtu ahad tk ngadap blog sbb tu la hang terlepas. tak pa tak pa, janji aku dh puaskan hati hang. permintaan ibu2 terkandung nih kena alert skit. :) thanx beb!

Related Posts with Thumbnails