Tuesday, May 24, 2011

...bila sendiri...

May 20th... actual date for my wedding anniversary yang ke-6. hhhmmm... as early as 4am, i woke him up to catch up for flight. he'll be off to Cambodia. yes. on our big day. *sob*sob*
before kejutkan hubby, ku pandang2 muka dia. lama. tenang. sarat. penat. penuh kasih sayang. semua rasa berbaur menjadi satu. sian dia. bukan senang kan nak jadi suami dan ayah. besar sgt tanggungjawab terpikul di bahu. tambah lagi sebagai anak lelaki, wajib dia ambil berat hal ehwal ibunya yg sudah tua dimamah usia tu. selagi hayat dikandung badan kan. tapi itu la pengorbanan & tanggungjawab yg harus kita sama2 pikul kalau dah menjadi suami isteri.
tautan salam kami di pagi hari ni agak berlainan dari biasa, terasa genggaman dia kuat sangat. tak tahan tengok dia nak pergi centu. lama dah rasanya kami tk terpisah2 jauh , nak pulak tengah sarat cenni. mmg la aku terasa amat!!! peluk kuat2 mcm lama sungguh tk jumpa. babai! huhuhuhuu..... usai dia berlepas masuk ke perut kereta yg dtg menjemput, aku terkelip2 sorang2 menanti Subuh...
syahdu bertambah2 tengok muka anakanda berdua tuh. aduhai... 3hari tanpa ayah, confirm mati kutu budak2 nih. siapa nk bawak ronda2 naik motor ptg2 balik dari skul. ke taman. main2 gelak2 ngekek sementara ibu sibuk di dapur. surely suram ja. dah boleh predict emosi sensorang cemana. uuuwwaaa... esak tangis aku mengganggu tidur damia. terpacak dia duduk tengok ibu cenggitu. apa kes gelap2 ni ibu nangis? tapi dalam mamai2 centu dia tido balik. haaiihh! dah. i must be strong. for the sake of my kids. n also to motivate myself jugak. tak lama.... 3 hari ja. pejam celik pejam celik dah balik. *ngeeeee*
selesai kekalutan nak kemaskan anak2 hantar ke sekolah & nursery, aku ke klinik. ya sendirian. utk monthly check up pregnancy. mayau2 muka sbb tk cukup tido ibu nih. tunggu pulak gynea yg tgh buat ward review... terus2 aku terlentok kt ruang menunggu tuh. syiok tgk pasangan2 yg dtg temankan isteri masing2. meriah gak ngan anak2. tp aku sorang2 ja. malas la nk layan. jeles! tido lagi best!! pejam mata rapat2....
dengar nama sayup2 nurse panggil. owh! my turn... yey!! nak jumpa baby... dah 1.1kg youuuuu... pipi nampak debob, 3D scan nampak tangan dia bersilang atas dahi. alamak! apa la masalah negara yg baby fikirkan tu. sian... tido... tk gerak2 mcm selalu. doctor tepuk2 perut baru dia gerak2 nak ngeliat sume cukup. amboooiihhh. besar sungguh kurniaan Ilahi. syukran ya Allah atas rezeki dan kegembiraan untuk aku di pagi hari. kesihatan ibu juga sgt memuaskan cuma air ketuban agak byk, sbb tu perut nmpk sangat gemssss! n am already 62kg. woowweeeiiii! kena control sugar, risau takut kena diabetes pulak sbb risiko air ketuban byk nih cepat leh kena diabetes. ok ok ok. sy mmg tk layan manis2 la doctor, jgn risau. insyaAllah i'll be fine with ayaq suam. i loiiikkkeeee... tiba2 dapat sms bertanya khabar dari jauh sana. dah sampai rupanya hubby tercinta nih. bertanyakan perihal check up n condition baby. hoohooo... berbalas2 la sms sementara tunggu nak bayar bil tu kan.
erm... next! doctor kan bg restday ri ni. apa lagi, MC kan... mmg aku penat pun dgn braxton hicks ni sgt la membuatkan tido malam tak selesa. tambah2 hari ni mmg kurang tidonya kan. (ALASAN!!!) tima kasih doctor kerana sgt memahami... bukan selalu pun, sebulan sekali ja kan! ahaksss. terus keluar and breakfast sorang2 kat restoran dpn hospital tu. sambil2 tu call office settle kan apa yg patut, tinggalkan pesanan2 wajib, arrange n remind for all Q works yg tk seberapa yg tinggal... at least even aku tak de kat ofis, keje masih berjalan kan. :D then calling2 my date of the day.... taaadddaaaaaaaaaaaaaaa!
.
.
ms yeen, my childhood fren since primary school. cool! kami lepak2 @the curve and i had another breakfast session cum lunch la kot. it is almost 11.30am pun. ehheheee... makan! makan! makan! mana la tk membesar bagai johan i ni kan. :P chit chat lebih kurang gelak2 gosip2 sembang2 legakan perasaan yg berkecamuk. lega. syg yeen! thanx.... actually lately ni byk kali gak jumpa yeen. one after another makan2 session. ada ja kesempatan mesti nak roger2. syioookkk!
pehtu pusing2 mall kejap... errrmmm, awal lagi nak amik anak2. apa kata kita layan movie sat noooo. cergas melangkah ke cineleisure. jom layan emo ngan citer nih. jom! tk payah la nak review2 lagik... mmg rata2 org dok sembang dah. even aku tk layan the series dia, tp aku tau pujian2 org ramai so aku terpanggil utk menonton. ya. sendirian. tk per, dah terbiasa. ahaksss!
.
.
nak2 citer2 syahdu cenni. lagi la tk kuasa cik abang i nak melayan. kena gelak lagi ada aaaa... awal2 lg dia dh suh aku pi tgk. takpa takpa, pi sensorang pun takpa. heehehheee... paham sgt la kan peel dia tu. LOL. mmg sepanjang cerita bergenang2 mata aku weiiiiiiiiiiii. tk kira la scene apa pun. sume meruntun emosi aku nih. best! perfect for my emotion. suit my mood. i feel u lah Nur Kasih. owh weeeeee~~~~ nasib aku tk sok sek sok sek teruk2 kat dlm panggung tu. malu gak. tp lantak aaaa. jiwa i, perasaan i kan... ekekekekee... hhhmmm. dah nak habis sume org bangun n keluar baru aku follow. sempat aaaa kesat2 ayaq mata tuh. dan aaaa tenyeh2 idungku. hahahahahaa. *malu sendiri*
pehtu tgk jam awal la lagi. jom jalan2 jamu mata. tengok koleksi de zehra yg Nur Amina pakai tu, mmg aku dh ada beberapa helai... tp yg terbaru kot2 la ada lagi yg cunsss... cergas ke mutiara dsara. owh no! aku rambang mata. sebat 4helai. errrrkkk! pehtu ke Ariani lak sambil on the way to pick up the kiddos. alamak!! cantik2 gak... sebat lagi 2helai. kopak la aku sementara nak sampai ujung bulan nih. adoooiihhh. tapi tak pa aaa... anggap kata hadiah utk anniversary sendiri. buleh kan! ~lalalalalalala~ okeh... selesai agenda melepak, merelax dan segala "me" yg ada.... moga2 emosi kembali pulih. i need this for the next couple of days. for me. for my kids.
...tik tok tik tok... sekejapan ja dah 3hari berlalu. and syukran, our happiness has came back to us! again... we love you so much, han n ayah!!!

6 magic words!:

fham5579 said...

aku pn tgh melayan perasaan tetiba nmpk blog hg updated..baca then trus lagila membuai rasa...adoyai...ni dh blk la kan?

iEtaFAkyR@ said...

dah la hanim. sat ja pi pun. tp aku ni besa aaaa, jarang2 pisah jadi merap pelik skit aaa kan. hehehee...

Diamilikku said...

aku tak sempat nak update blog..sibuk ngan assignment n exam..hwaaa.....

iEtaFAkyR@ said...

takpa, lepas ni update kerap2. hg kan terer auto publish. kekekeek!

Naddiea said...

wah baru nk sedih2 tetiba cik suami hang sudah pulang.heheh..alhamdulillah back to normal life again kan ..syukur..jeles wohh hng dh pi tgk nur kasih.hng brp bungkuih tisu abes??hehe

~:F:L:I:K:~ said...

hihihihi.... as usual, thats the art of being a DQ bebeh. thanx beb, dh tk sedih lagi ni... :D

Related Posts with Thumbnails